Biar Lelah Menyimpan Dari Tersepit Hutang

Terkesan dengan confession mengenai ibu bapa suruh anak buat personal loan tapi anak dia pon cukup2 makan. Sebenarnye ada juga kenalan yang mempunyai masalah yang sama seperti ini.

Hal ini menjadikan anak2 kadangkala memberontak serta tidak menghormati mereka kerana tertekan tidak dapat menggunakan langsung hasil titik peluh sendiri. Punca utama masalah ini adalah pengurusan kewangan. Pada saya kalau buat personal loan untuk kepuasan peribadi bermaksud kita MEMANG TIDAK MAMPU dan ingin menunjuk2 yang tiada hasilnya.

Sebagai anak2, ikhlas kan lah pemberian yang termampu kepada ibu bapa, mungkin mmg rezeki mereka, sesungguhnya doa dan kegembiraan mereka tidak ternilai, berjasalah selagi mereka masih hidup. Hormat lah mereka dan bawa berbincang. Jangan pernah culas memberi walaupun sedikit lagi2 kalau tinggal serumah. Kesian mereka sudah tua perlu meminta2/ mengharapkan anak orang lain seperti kes Mak Long RM5.

Sepatotnya jika anak ramai sudah bekerja tidak perlu rasanya pinjam dengan org lain, anak2 sendiri patot rasa malu. Jika mereka minta buat personal loan, tanya sebab apa? Adakah untuk menunjuk2/ kepuasan peribadi/ dadah/ judi/ rokok (melampau tak? hahaha) atau memang kecemasan antara hidup dan mati (selain pinjam along)?

Kalau bukan kecemasan bincang elok2 beritahu mereka, daripada saya berhutang, lebih baik separuh dari komitmen bulanan (Kalau buat personal loan) tu saya bagi ibu ayah sebagai tambahan belanja bulanan, separuh lgai saya tambah saving.

Sebab ekonomi sekarang tidak menentu, macam mana kalau 2-3 tahun akan datang saya tak mampu sebab tak ada kerja/ terjadi penggangur/ downgrade gaji tak ada siapa boleh tolong saya selain diri sendiri), sebab kalau ccris hancur, dsr tinggi, atau muflis saya juga yang susah hati tak dapat bagi belanja dekat ibu ayah sebab susah dapat kerja/ kekangan kewangan bayar installment.

Selain itu, anak2 jangan lah terpengaruh membuat hutang besar seperti perniagaan/ bercuti/ atau apa2 yang berisiko tinggi. Minta pendapat dan restu ibu bapa atau pasangan dahulu. Jauhkanlah diri daripada orang2 yang mengambil kesempatan, mula perniagaan dari bawah/ modal yang ada jangan sampai berhutang, dan jangan boros.

Sebagai ibu bapa, belajar lah dari pengalaman. Tergamak ke anak2 muflis seperti anda? (Contoh) Sanggup tengok anak catu makan minum sbb nak bayar hutang? Siapa nak bayar hutang2 semua tu kalau anak mati? Ibu bapa yang patut mendidik kewangan anak2 supaya pandai menilai duit, berjimat cermat, dan menghargai.

Tidak salah meminta jika anak tidak langsung menghulur sebagai teguran, tp jika keterlaluan diluar kemampuan akan menimbulkan perkara negatif sehingga menyebabkan tekanan kepada anak2. Lgpun anak2 adalah tanggungjawab ibu bapa lagi2 jika yang belum cukup umur/masih belajar, bkn pelaburan ibu bapa.

Jika masih tidak yakin untuk komit dengan simpanan insurance yang boleh mengakibatkan duit burn kalau lapse, sekarang kita banyak didedahkan dengan pelbagai instrumen simpanan kurang berisiko tetapi perlu berdisiplin seperti artikal viral simpan serendah RM30 sebulan di tabung haji, dan banyak lagi instrumen simpanan lain boleh kita tangguhkan/ gunakan jika terdesak. Tahniah kepada ibu bapa yang masih ada effort menyara keluarga dan tidak mengharapkan bantuan semata2. Sifat malas, kurang bertanggungjawab, dan malu kadangkala menutup pintu rezeki.

Sesungguhnya tiada yang sempurna di dunia ini, tiada anak yang tidak mahu membahagiakan ibu bapa, tiada ibu bapa yang mahu anaknya susah. Kesedaran uruskan kewangan jugak tidak boleh dinilai mengikut umur, mesti ada kehendak sendiri untuk mengubahnya. Disamping itu, ilmu, usaha, kerajinan, dan bersungguh2 dgn apa yang kita buat dapat keluarkan kita dari kesusahan.

Namun perjalanan hidup kita berbeza dan perlu melalui jalan yang tersendiri. Jika diatas jangan cakap besar/ berlagak/ lagi2 Kalau pasangan bekerja serta dapat tajaan ibu bapa (alhamdullilah rezeki dapat ibu bapa yang hebat), jika dibawah jangan pernah rasa tidak cukup atau sedih sebab setiap orang ada rezeki masing2 yang tidak dapat diukur dengan duit seperti kesihatan / kebahagian / jumpa orang baik2.

Bersyukur kadangkala buat kita rasa lebih dari cukup. Ukur baju pada badan sendiri, usah banding2 kan sebab hidup ini pilihan. Setiap orang berbeza cara reward diri sendiri, nak beli rumah? Beli kereta idaman? Bercuti? Shopping? Sambung belajar? Bawa ibu bapa menunaikan haji? Kalau mampu tak salah, hidup kita kan. Cuma pastikan simpanan hari esok ada sehingga tidak menyusahkan orang lain.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dilembutkan/ikhlas kan hati, dan dijauhkan daripada orang/ perkara yang tidak baik utnuk terus berbahagia dan mampu memberikan terbaik kepada orang yang tersayang.

Buat anakku, mak ayah cuba yang terbaik utnuk anak dpt lebih baik dari kami, seterusnya tawakal berserah kepada Allah. Mungkin Allah beri yang kita perlu bukan yang kita mahu. Sentiasa bersangka baik dan jadi lebih baik dari sebelum ni.

Yang inginkan terbaik,

– Bukan mak awak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *