Tips Atasi Gastrik

Assalamualaikum semua.. Hai, nama aku Fatin. Aku pembaca setia kisah-kisah di IIUM confession ni. Tapi, hari ni aku rasa macam nak share some tips yang berguna untuk pesakit gastrik. Tu pun, a lot of thanks kepada pihak IIUM confession jika artikel aku ini disiarkan. Yelah kan, macam pelik je tetiba tulis artikel pasal kesihatan ni. Hehehe.

So, apa yang membuatkan aku nak share tentang isu ni bila mana aku selalu dengar dan terbaca kisah kawan-kawan dan orang sekeliling yang mengalami gastrik yang teruk tetapi mereka tidak tahu apakah jalan penyelesaiannya.

Aku memang ada gastrik sejak usia aku 4 tahun and seriously it killed my mood and my health. Paling teruk yang aku masih ingat bila mana kedua-dua kaki aku sampai cramp teruk tak leh jalan, cirit dan muntah serentak. Gastrik pun boleh menyebabkan orang pitam tau. So jangan pandang remeh tentang isu gastrik ni.

So, here the tips yang boleh korang follow untuk pesakit gastrik ni.

1. Pakai stokin semasa nak tidur. Mungkin ada yang dengar macam pelik. “Eh, macam budak-budak laa pakai stokin” haha takpeee. If korang nak tahu pakai stokin masa nak tidur boleh mengelakkan kaki daripada masuk angin. Sebab orang gastrik ni lagi senang angin tu masuk dari kaki tambahan pulak kaki tu sejuk. Berstokin semasa tidur juga dapat memudahkan kita untuk tidur. So bagi sesiapa yang susah nak tidur tu boleh lah amalkan tips ni ya.

2. Korang perlu jaga makan. Contohnya, pagi tu makanlah apa-apa pun even biskut pun dah okay. Jangan biarkan perut kosong. Tengahari mesti kena makan nasi. Tak boleh skip. Malam tu it’s okay kalau tak nak makan nasi pun sebab tengahari tu dah makan. Malam makan macam ni goreng atau yang simple2 pun okay dah.

3. Kurangkan makan makanan yang berangin contohnya macam nangka, cempedak, cendawan goreng, durian dan makanan yang berminyak. Boleh makan tapi kurangkan kuantiti tu. Yang aku share tu semua contoh makanan berangin.

4. Sapukan minyak dekat perut, belakang badan dan telapak kaki. Minyak angin, minyak afiat pun boleh, yang penting bukan minyak petrol ya. Nanti meletup pulak perut korang tu haha. Kalau boleh rajin-rajin lah ye lepas sapu tu urut sekali kat bahagian yang aku sebut tadi tu. Penting.

Mak aku selalu ajar, kalau kita urut telapak kaki dengan minyak, kaki akan terasa lebih ringan ,badan selesa dan esok pagi tu korang akan senang je nak bangun pagi. Tapi kalau still tak bangun pagi pulak, jangan salahkan aku sebab mungkin korang jenis yang kuat tidur, spesis bom meletup kat sebelah pun tak dengar.

5. Jangan lewat makan. Ini penting sebab aku pernah kena gastrik sebab lewat makan tengah hari. Elok lah kalau makan dalam around pukul 12-2 ptg. Kalau pukul 3 dah lewat sangat. Tak elok untuk pesakit gastrik. Hehe

6. Kalau korang kena gastrik sampai cirit tak henti-henti, aku sarankan korang ambil setengah atau satu sudu garam, bancuhkan bersama sedikit air panas dan air masak. Lepastu minum. Tapi jangan duk perhabiskan pulak satu gelas. Just minum sikit je. InshaAllah ia akan menghentikan cirit.

Air masin sangat bagus untuk menghentikan cirit. Sama juga dengan air laut, tapi perempuan kalau tengah haid elakkan mandi dekat air laut sebab nanti haid korang akan tersekat. Ni aku selitkan sikit pengalaman aku.

Okay, itu saja tips dari aku. So minta maaf andai ada kekurangan sepanjang penulisan artikel ni, atau artikel ni panjang sangat sampai korang mengantuk baca tapi tips ni sangatlah penting especially bagi orang yang ada gastrik. Kita hanya mampu berusaha, tapi segalanya atas izin Allah. Ilmu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama. Dapat pahala berpanjangan ya kawan-kawan.

– Cik Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *