Tulisan Buat Anak Perempuan

Confession ini aku tujukan untuk diriku sebagai peringatan untuk diri ku dimasa hadapan dan buat anak – anak perempuan yang alami nasib sepertiku.

Sejak kecil, ibu sering kali menghina diriku kerana aku “seorang anak perempuan”. Ibu melabelkan anak perempuan sebagai tak guna, dan anak perempuan menyusahkan. Jadi boleh bayangkan sendiri macamana layanan ibu kepada anak perempuan dan bagaimana anak lelaki diagungkan sebagai raja.

Aku malas untuk singkap segala kenangan lepas kerana ia cukup menyakitkan. Setiap hari aku di maki, dihina, dicaci dan dibuli. Perkara ini beterusan hinggalah saat aku dewasa dan ibu “taste her own medicine”.

Macam kisah – kisah “confession” lain di sini. Akhirnya ibu cuma bergantung kepada anak perempuan kerana anak lelakinya tak memperdulikanya langsung. Sesen pon anak lelakinya tidak beri duit pada ibu, jenguk apa tah lagi, setiap hari air mata bercucuran bila kenang anak lelaki yang dirajakan selama ini membuang jauh dirinya bila itu lah anak yang dipujakan saban hari. Akhirnya anak lelaki tu lah jadi tak guna dan menyusahkan.

Aku pula, tidak berkahwin kerana menjaga ibu, gaji setiap bulan 4/5 diperuntukkan untuk ibu, lebih RM 5000 setiap bulan, tiada rumah, tiada kereta, tiada simpanan walau sesen. Sebulan aku hanya menggunakan lebih kurang RM 1000 lebih untuk duit pergi kerja dan kegunaan personal dan selebihnya beri semua pada ibu untuk bayar bill, duit makan, dan bayar hutang – hutang ibu.

Perkara ni beterusan selama bertahun – tahun. Ibu mempunyai hutang yang sangat2 banyak. Ibu gila berhutang dan ibu juga sangat2 toksik. Jadi anak lelaki ibu melepaskan diri dengan buang ibu sendiri. Anak lelaki juga bukan lah “saint”. Saat ibu ada duit, dialah anak kesayangan, bila dah habis kikis duit ibu sendiri, terus buang ibu sendiri.

Fast forward tahun ini, setelah bertahun – tahun anak lelaki aniaya ibu. Anak lelaki kesayangan baru sedar betapa susahnya hidup di luar sana. Merangkak kembali mencari ibu yang dibuang, dan kini ibu mahu aku keluar dari rumah, supaya anak lelakinya tak susah hidup di luar sana.

Jadi aku pon dah buat keputusan untuk keluar dari rumah ini. Dengan gaji aku, aku boleh beli rumah dan hidup sendiri sebab kau anak perempuan tetap akan jadi kasta paling hina.

Aku nekad untuk tulis confession ini untuk peringatan pada diri ku dan bila membaca 2 confession serupa sebelum ni. Jalan cerita yang lebih kurang sama. Anak perempuan yang paling dibenci, bila besar kau lah tempat bergantung, tapi macamana pon kau tetap kasta kedua. Bagaimana kau berkorban pon semua tu tetap akan jadi salah kau sebab kau perempuan tak guna.

Ibu salahkan aku sebab aku andartu, sebab aku tak ada rumah, tak ada kereta, tak ada simpanan, tak ada apa. Sedangkan selama ni walau kau berkorban sebagai anak, kau masih manusia paling hina sebab kau perempuan. Lupa kan je ibu bapa toksik macam tu. Sekarang, aku nak hidup sendiri, keluar dari rumah, pandai – pandailah dia nak hidup. Aku cuma akan bagi duit cukup – cukup untuk makan. Tak perlu lagi merengek nak macam – macam. Anak lelaki yang dipuja2 tu kan ada?

Aku cuma kenangkan tanggungjawab aku sebagai anak. Namun ternyata aku silap. Kau anak perempuan patut jadi “selfish”. Sebab ibu bapa kita dah ada mindset dari kita kecil lagi yang anak perempuan akan kahwin dan tinggalkan mereka. Itu memang expectation mereka.

Jadi kalau kau selfish pon, mereka dah expect dan tak kisah pon. Bukanlah aku nak kau buang ibu bapa kau. Tapi tolonglah jadi selfish, buang masa bagi lebih RM 5000 sebulan sampai bila2 pon kau masih second class, kau biarkan je anak2 lelaki tu tengokkan ibu bapa kau, dia kan ada anak lelaki dia, walau pon anak laki tahap useless dan sendiri buang dia.

Untuk sesiapa yang hairan kenapa aku beri ibu sebanyak tu, aku memang orang KL, ibu dah biasa bergaji besar, namun kerja di swasta tiada pencen, cuma ada KWSP, pencen yang ibu terima besar jumlahnya namun habis dikikis anak lelaki sendiri, dah habis duit ibu, anak lelaki tu juga yang buang dia. Dan ibu juga suka berhutang, dan kini aku yang menanggung hutang ibu, walau ibu dah tiada kerja, ibu masih kerap membuat hutang, dan mengharap aku yang membayarnya.

Walau aku beri ibu duit sangat banyak tiap2 bulan, ibu masih merungut sebab bagi dia tak cukup. Problem ibu satu je, setiap hari merungut, semua benda tak kena, kurang bersyukur. Kadang2 aku wonder, pernah ke dia reflect diri sendiri, patut dia bersyukur ada lagi masih yang peduli walau dia layan aku macam sampah selama ni. Ibu tak bersyukur walau aku ada kerja yang baik, gaji yang baik namun dia masih merungut tak tentu hala.

Aku nekad nak bina hidup baru, hidup aku sendiri, beli rumah sendiri, beli kereta sendiri, dan berkahwin walau aku andartu. Kesilapan aku sebab aku tak pentingkan diri, sedangkan anak lelaki dia tak kisah pon keadaan ibu dan sanggup aniaya ibu sendiri.

Aku perlukan nasihat dari rakan-rakan apa yang patut aku lakukan seterusnya. Tak perlu komen berkaitan ibu dan anak lelakinya. Ini jalan yang ibu pilih, ini jalan yang anak lelakinya pilih, jika itu yang dapat membahagiakan mereka, biarkan mereka. Aku cuma harap ibu bahagia kerana sekiranya anak lelakinya menganiaya nya lagi, aku dah malas nak masuk campur.

Anak lelakinya dah besar, ibu pon dah tua, biarkan mereka. Mungkin jalan ni lebih membahagiakan ibu. Cuma aku nak beritahu anak – anak perempuan yang alami nasib yang sama, percayalah kita ni cuma tempat bila mereka perlukan kita, tapi akhiranya kita masih second class, masih anak paling hina.

Tapi percaya lah, kau dan aku tak perlu hidup untuk dapat kan recognition dari ibu bapa toksik, dari ibu bapa yang akan tetap puja anak2 lelaki, walau anak lelaki mereka sendiri sanggup menganiaya ibu bapa sendiri, mereka anak lelaki tetap masih anak terpuji. Dan kau anak perempuan tetap anak perempuan paling hina dimata mereka. Kau buat apa pon semua benda masih tak kena di mata mereka.

Sekian…

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *