Assalamualaikum.. Thanks kepada semua pembaca atas komen2 yang memberi semangat pada aku dalam kisah, “Derita Bella” (https://iiumc.com/derita-bella/).
Tak sampai beberapa jam aku luahkan di sini, Syahir contact ajak jumpa untuk bincang tarikh pertunangan dan pernikahan kami. Aku tetapkan syarat, pertemuan itu wajib diketahui keluarganya especially parents dia. Kalau tidak, sampai situ je hubungan kami, aku akan undur diri.
Thanks juga pada yang kata aku mudah percaya dengan lelaki. Aku mahu korang tahu, tak semudah itu. Aku terima Syahir setelah 2 tahun aku tutup pintu hati untuk mana2 lelaki. Untuk kelukaan yang aku pernah alami sebelumnya, jatuh bangun aku, tersungkur aku, semua aku adukan pada Allah.
Siapa kata aku tak percaya dengan ketentuan? Kau faham apa rasa bila hati hampir mati dan Allah tiupkan kembali semangat yang selama ini hilang? Aku bukan perempuan yang mudah give up. Aku bukan jenis mudah serik. Terpulang mahu judge aku sebagai apa. Aku yang laluinya.
Aku pernah alami depression beberapa tahu lalu sehinggakan tak mampu keluar bekerja. Selama dua minggu berkurung di dalam rumah, aku rahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarga, yang tahu hanya housemate merangkap bff aku masa tu. Dia banyak sedarkan aku tentangg akhirat bila aku ugut untuk mati.
Aku pernah meracau2 di tempat kerja tanpa aku sedari, aku pernah alami gangguan hingga sakit berbulan2, aku pernah drive sendirian ke hospital walaupun masa tu hampir pitam akibat appendix yang hampir pecah dan aku lalui 2 kali operation tanpa ada seorangpun yang menghantar ke hospital, apatah lagi ke bilik bedah.
Semua aku laluinya seorang diri. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Mak hanya dimaklumkan setelah aku sedar dari pembedahan, ayah, aku call mintak doa agar dipermudahkan urusan. Siapa yang boleh aku harapkan? Hanya diri sendiri dan Allah bersamaku.
Aku dari broken family. Dari kecik aku dah jadi bahan tinju ayah dan abang2 aku. Aku membesar dengan menyaksikan mak jadi mangsa keganasan rumahtangga, tak cukup mak, aku dan kakak2 jadi mangsa bila kami cuba halang ayah daripada terus pukul mak.
Masa sekolah menengah, aku masuk sekolah berasrama. Setiap kali balik rumah hujung minggu, tak sah kalau tak dapat ‘hadiah’ sana sini kat badan. Dan, sikap tu jadi turun temurun ke abang2 aku. Tiga daripada lima abang aku dah bercerai, masing2 kaki pukul bini. Jadi, di mana lelaki yang baik untuk aku jadikan contoh?
Bila aku dah bekerja, jumpa macam2 manusia sepanjang kerjaya, aku dapat tapis apa yang baik dan apa yang buruk untuk dijadikan pengajaran. Ayah, sejak tua, dah takde pukul mak sebab mereka dah bercerai pada usia senja. Talak tiga. Mak tinggal dengan kakak dan keadaan mak sudah seperti anak kecil, pelupa dan ingatan yang semakin hilang.
Kasihan mak sebab perlu lalui ni semua dalam usia hampir ke penghujung. Sekarang ayah tinggal sebatang kara. Anak2 menjauh sebab ayah suka sumpah seranah setiap kali anak2 balik. Aku lah anak yang rajin layan ayah walaupun aku juga jarang pulang ke kampung. Orang kampung anggap ayah kurang siuman sebab selalu cakap merapu di kedai kopi.
End up, dari jauh kalau nampak ayah, orang kat kedai mula bersurai. Ayah pun selalu cakap sorg2. Aku tahu ada yang perhati ayah sambil senyum sinis. Sebagai anak, aku sedikit malu. Tapi, ayah tetap ayah. Dialah imam yang wajib aku taat. Biarlah apa orang kata, aku tetap sayang ayah.
Lately ayah kerap kata dia tak sihat. Isu ni timbul bila Syahir datang merisik, ayah kata nak abang aku yang sulung jadi wali andai terjadi apa2 padanya. Ya, dia sedar dia tidak waras seperti orang lain.
Abang Long aku dah lebih 7 tahun tak balik jenguk ayah. Lupa jalan mungkin. Atau disorok bunian (maaf, tapi dia masih di dunia nyata). Dulu ayah aku imam di kampung. Entah mana silapnya, segalanya musnah dan keluarga kami porak peranda. Ayah tiada mata pencarian, sejak muda hanya mak je yang kerja sara kami adik beradik.
Sekarang aku dah pandai ambil hati ayah walau kadang2 masih bersisa panas barannya, tapi tak sampai memukul. Kerap aku bawa ayah ke mana dia mahu bila aku balik. Aku jadi tempat ganti anak lelaki ayah. Raya Baru2 ni, ayah menangis minta maaf dengan aku sebab tak dapat berikan yang terbaik pada satu-satunya anak gadis yang tinggal. Allahu, luluh hati.
Kami dari keluarga susah dan aku jadi sumber kewangan keluarga. Abang, bila tak cukup duit, mintak dengan aku. Perbelanjaan dapur utk ayah di kampung aku yang tanggung, hanya kadang kala kakak2 hulur duit poket utk ayah. Mana pergi anak2 lelaki? Semua tak mampu bela hidup sendiri, mana mungkin boleh bela mak ayah. Usah kata duit, balik menjenguk pun tidak.
Nak tak nak, aku yang bongsu jadi mangsa semua orang. Ipar mengadu abang pukul hingga lebam, ipar mengadu abang tak beri duit dapur, ipar mengadu abang tak hulur nafkah berbulan2, kakak mintak duit tak cukup untuk belanja sekolah anak2. Ya, aku benarkan diri jadi mangsa. Sebab aku tahu perit tak punya sesiapa disaat kita memerlukan. Jadi, selagi mana aku mampu aku tolong yang mana boleh. Ibaratnya lilin membakar diri.
Berbalik soal jodoh, bff aku kata, aku terpilih sebab diuji sebegini rupa. Sebab itu, aku cuba cari kebahagiaan di dalam rumahtangga. Bukan aku tak bahagia sekarang dengan hidup single, aku happy. Bebas beli apa aku mahu, bebas pergi kemana kehendak hati.
Tapi, derita hidup tak pernah lari. Walau sekuat mana aku kuatkan diri, terkadang tersungkur menyembah bumi. Aku mahu terus istiqomah mencari redha Allah, sukar bila berseorangan tanpa dibimbing.
Aku bukan terdesak untuk kawin, aku juga tidak mencari. Tapi aku tak serik mencuba. Andai gagal lagi, aku ada Allah utk pulihkan hati yang lara.
Aku cuma mahu pesan, bersyukurlah kalian dengan hidup yang kalian miliki sekarang kerana ada insan yang setiap hari merayu pada Yang Maha Esa agar dikurniakan ketabahan hati dengan setiap ujian yang tak pernah putus, yang sering mendambakan kebahagiaan di dalam sebuah keluarga.
Aku redha dengan apa yang Allah berikan padaku kerana aku yakin, Dia sayangkan aku. Aku mohon, titipkan secebis doa untuk aku agar terus kuat melangkah di dalam setiap percaturan hidupku.
Sekian…
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit