Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Aku bagi pengenalan diri dululah ye. Aku MJ (Mak Janda) beranak enam. Ibu tunggal lah kiranya. Bercerai hidup. Bukan bercerai mati. Hidup aku penuh dengan liku-liku ranjau onak duri selumbar segala macam lah.
Aku berkahwin dengan bekas suami, membela biawak hidup wei. Mesti korang cakap.. dah tahu pemalas, yang beranak ramai dah kenapa? Aku tahu..mesti itu yang bermain di kepala korang. Pasal apa aku DIPERINTAHKAN beranak ramai..nanti entry lain aku cerita.
Aku sekarang nak cerita pasal aku baru tahu, bapak aku yang sekarang ni..yang bela aku selama 38 tahun, yang aku sangkakan bapak kandung aku, SEBENAR NYA BUKAN BAPAK AKU. Oh mannn! Lillahi taala. Arwah mak aku simpan rahsia dia sampai ke akhir hayatnya. Arwah mak aku meninggal 3 tahun lepas. Arwah mak tak pernah cerita apa-apa, tapi aku tahu, arwah mak banyak pendam perasaan.
Bapak aku sekarang ni, bukan lah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Pakejnya lengkap! Kaki perempuan, taik judi, pernah minum arak, tak pernah solat, puasa apatah lagi. Ada lagi lah benda tak baik dia buat, tak tertulis aku. Arwah mak bertahan dengan bapak aku asbab anak-anak je. Aku ada 4 beradik. Aku yang sulung (un-officially).
Arwah mak pernah berpesan dengan aku, walau susah macamana sekalipun, anak-anak jangan di pisahkan. I was like.. what is she trying to tell me? Masa mak aku sakit berbulan di hospital, aku tak berkesempatan jaga mak, sebab aku ibu tunggal. Anak-anak semua dengan aku. Aku jenis lone ranger. Semua aku buat sendiri. Masa tu memang kewangan aku sangaaaattt kritikal. Nak upah pengasuh pun aku tak mampu.
Aku bawak semua anak aku pergi kerja. Aku minta ehsan boss aku utk bawa anak-anak pergi kerja. Alhamdulillah, syukur boss aku sangat memahami. Adik adik aku banyak habiskan masa jaga mak di hosp. Arwah mak tak pernah cerita apa-apa pada adik-adik. Once aku lepak lepak dengan mak, masa tu mak masih sihat. Kitorang tengok tv cerita apa ntah, dalam cerita tu kalau tak silap aku berkisahkan pasal diary.
Korang tahu lah.. ada sesetengah orang, suka tulis dalam diary. Mak aku tetiba cakap, ‘mak tak suka tulis kat mana-mana pasal sejarah @ kisah hidup mak. Mak simpan kemas-kemas dalam kepala’. I was like..wow. aku ckp dengan mak, ‘sesetengah orang gunakan diary sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Mak orang kuat sebab tu mak simpan dalam kepala, tak share dengan sesiapa’. Masa tu aku bengap lagi. Huhuhuhu. Walaupun ada anak 3-4 orang masa tu.
Aku pernah tanya mak, kenapa aku berbeza dengan adik beradik lain? Kalau korang nak tahu, aku dengan adik beraidk aku yang lain, aku paling cerah weih. Mak aku muslim biasa. Bapak aku indian muslim. Tapi, aku sikit pun tk ikut warna kulit bapak aku atau mak aku. Aku memang berbeza saaaannnngaaat dengan adik beradik lain. Sumpah! Tak tipu!
Tapi korang tahu apa jawapan mak aku? ‘Masa mak ngandungkan kau, mak suka minum air soya. Tu sebab kau putih tak sama dengan adik beradik lain’. Aku macam.. okay, What ever. Di takdirkan aku mengandung. Masa tu set dalam kepala.. aku nak anak aku putih. Maklumla.. aku kawin dengan lelaki mix india + pakistan + bombay mari.
Jadinya aku taknak la anak aku gelap gulita. Noob betul aku masa tu. Aku pun tetiap hari bedal soya. Sekali keluar anak aku, tak putih pun. Masa tu aku tak amik port sangat la kenapa anak aku masih berkulit suam suam sawo matang gitu wlupun tetiap hari aku minum soya. Tetap bersyukur, sebab anak aku sihat walafiat, cukup sifat.
Selepas mak meninggal 3 tahun lepas, aku di datangi dengan seribu persoalan. Aku bercerai hidup sebelum ni kan..? Aku upah peguam dan PRIVATE INVESTIGATOR wei. Sebab bekas suami aku, hmmm macamana aku nak cakap eh. Kejahatannya bukan setakat malas koje, malas bantu aku, malas serba serbi, tapi perkahwinan aku dengan dia pun, sindiket weiiii.
Jadinya, aku dapat seorang peguam dan juga seorang penasihat yang sangat membantu. Deme siasat habis habisan. Sampai ke lubang cacing deme siasat. Mahal woiii aku bayor. Ikat perut aku anak beranak nak bayor. Tapi puas hati hasil aku dapat. Lillahi taala. Bila kau tinggalkan seseorang KERANA ALLAH, ALLAH akan bersama kau, dan ALLAH akan gantikan dengan orang yang lebih baik.
Bebaru ni, bapak kandung aku ada hubungi aku. Perghhhh kagum aku dengan hasil kerja peguam dan penasihat aku tu. Dia berjaya menjejaki papa aku. Okay..aku nama kan bapak kandung aku, Papa. Bapak yang dulu sebagai ayah. Papa mesej aku, beritahu siapa ayah. Aku memula macam tak percaya, sebab yelah dah 38 tahun kot. Tapi setiap butir bicara papa, beserta bukti. Aku belum lagi jumpa papa. Hanya berbalas mesej. Itu pun baru 3-4 kali. Aku rasa mcm tak boleh nak hadam weih. Semua bukti ada.
Saudara mara sebelah papa aku semua tahu pasal aku di larikan oleh arwah mak dan ayah aku. Mereka bercerai kerana EGO DAN HARTA. Padahal, ayah aku bukannya kaya mana pun. Selidik punya selidik..papa aku sebenarnya di sihir. Aku percaya benda tu, sebab aku sendiri, depan mata, 38 tahun hidup dengan ayah. Aku tahu siapa ayah aku (yang aku nampak lah).
Aku masa tu, baru la dapat hadam, kenapa mak aku pesan, jangan pisahkan anak-anak walau apa pun jadi. (Masa ni aku ada sorang kawan, selalu pinjam anak-anak aku. dia belum di rezeki kan lagi untuk ada anak sendiri walaupun 13 tahun dah kawin. Kawan aku ada mintak nak jaga anak-anak aku 2 orang, tapi aku tak bagi). Barulah aku faham, kenapa aku lain dari yang lain.
Peguam aku dan penasihat aku dah jumpa personal dengan papa aku. Dan ahli keluarga kandung aku. Deme cakap, aku punya banyyyyaaaakkk persamaan dengan papa dan adik beradik lain. Yaaaaa aku ada 2 kakak dan sorang abang. Yang aku tahu, abang aku engineer offshore. Papa aku bekas peguam. Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga kandung aku. Gila tak melompat seronok! Memang aku berangan all this while, teringin nak jadi anak bongsu. Papa sendiri panggil aku ‘adik’.
Tapi satu je, aku tidak rasa teruja pun untuk berjumpa dengan mereka. Terdetik satu perasaan di hati aku, adakah mereka akan menerima aku? Dengan anak-anak? Aku bakal membebankan mereka pula nanti. Aku jadi paranoid. Sebab keluarga aku sekarang ni.. pulaukan aku sebab aku berjuang ke jalan Allah. Aku tinggalkan bekas suami aku kerana dia buat sesuatu yang mensyirikkan Allah.
Setelah berubat, rupanya pembongkaran demi pembongkaran berlaku. Dalam keluarga aku sekarang ni pun dok buat benda yang sama. Gila betullah. Dunia semakin uzur. Papa aku dan arwah mak berpisah pun kerana sumpah dan sihir oleh ayah aku. Papa pernah cuba untuk mendapatkan aku secara legal (dia kan peguam).. tapi kekurangan bukti. Bila peguam aku dan penasihat aku datang, terbongkar sudah semuanya. Papa aku dalam rangka mahu mengambil tindakan undang-undang pada ayah aku.
Ayah aku dahulunya kawan baik dengan papa aku suatu ketika dahulu. Dek kerana mahu berebutkan arwah mak, sanggup gunakan sihir pemisah. Papa aku di pukul, di belasah. Gila jahat ayah aku!! Dah kena belasah..kena pukul, di buang dalam kumbahan. Memang kejam!! Berpuluh tahun menderita sakit di sihir. Abg aku sangat protective dan defensive.
Pada mulanya dia tak mahu papa terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat aku ni..tapi kerana peguam dan penasihat aku cari papa untuk urusan peribadi (aku tak leh nak bagitahu, nanti-nanti dah settle aku bagitahu) abang aku akur juga akhirnya. Mereka adik beradik jaga papa saat papa sakit di sihir. Papa pernah buka lawyer firm, tapi tak bertahan lama. Sebab sakit tu. Macam-macam tempat berubat. Kasihan papa.
Sekarang ni..alhamdulillah. Papa beransur pulih, asbab berjumpa dengan aku. Sihir ayah pada papa sudah gugur (adalah caranya. Aku takleh bagitahu). Syukur alhamdulillah. Sujud syukur pada Allah.
Sebab aku confess ni.. aku nak bagitahu pada kome-kome di luar sana. Dahulukan agama dalam kehidupan. Macam aku yang beragama Islam ni.. of course aku mengamuk weih. Mujur lah aku bernikah dengan bekas suami di luar negara. Kalau dalam negara…ayah aku mengaku dia wali aku, nikahkan aku, apa jadi pada keesahan pernikahan aku? Beranak ramai dah ni!!! Gila betuilah.. bertuhankan nafsu.
Aku tak boleh hadam. Kot ye pun berebut.. agak-agakla. Jangan sebab ego, anak jadi mangsa. Bukan untuk jangka pendek punya kisah ni ye.. ini kisah untuk jangka panjang. Haduh, sungguh aku kesal. Aku juga mendapat tahu, keluarga sebelah arwah mak aku juga terlibat dalam hal perpisahan papa dan mak. Serious..aku percaya sebab mak pernah cerita siapa arwah atok aku (sebelah mak).
Aniaya anak-anak. Satu bab agama, kedua bab main sihir. ALLAH laknat!!! ALLAH tak ampunkan dosa kecuali taubat setaubat taubatnya. Aku tahu lah sakitnya mcmn bila kena sihir. Bukan setahun dua papa menderita, berpuluh tahun. Bukan satu bomoh yang kerjakan papa, banyak bomoh. Patutlah aku mula berubat dahulu, ayah aku bangkang sekeras kerasnya. Padahal dia tahu siapa dan apa bekas suami aku buat pada aku. Layak ke aku kenang jasa ayah aku lagi?
Sepanjang aku membesar dengan ayah, bukan lah kata dia tidak ada kebaikan langsung. Ayah aku tak pernah lokek dengan duit. Walau dia kopak macamana sekali pun, singgit tetap dia hulur pada anak dia. Cuma yang aku jadi benci tu, sebab dia tidak bertanggungjawab. Arwah mak aku? Seksa!! Arwah mak pernah cerita dengan aku, ayah aku penah kunci nafsu mak aku. Ada lah cara mak aku tunjuk pada aku.
Dalam salasilah keluarga ayah aku jugak, deme kuaaaatttt main benda khurafat ni. Sumpah, bukan tak pernah nasihat ayah aku. Dah berbuih nasihat, last last, ayah aku jadi racun. Hasut adik beradik lain untuk benci aku sebab dia tidak boleh ‘kawal’ aku lagi. Banyak ‘barang’ dia aku buang diam-diam.
Dia jadi bengang. Tapi bengang dia, dia tak tunjuk terang-terangan tau. Ni jenis cakap depan, lain, cakap belakang lain. Lillahi taala. Ada manusia macam ni di muka bumi Allah ni. Ketiga, hubungan aku dengan adik beradik (kira adik beradik satu mak la), i tell you! Aku pernah dapat ugutan tau! Tapi aku relax je. Sebab semua yang adik beradik satu mak aku buat pada aku, aku beritahu penasihat aku. Dia take note.
Deme buat aku mcm sampah. Yelah, dah kena racun kan? Deme berkumpul beramai-ramai, bincangkan masalah aku yang kununnya jauh terpesong, lepas tu tetap cuba ‘tuba’ aku. Ya ALLAH, masa aku dapat tahu ni, aku terfikir. Apa dorang nak sebenarnya eh? Nak apa dari aku? Aku miskin hina dina, mak janda, anak 6, hutang keliling pinggang, mana ada harta, kereta pun dah setahun lebih kena tarik dan dah kena lelong dah pun, rumah pun takde, hanya aku dan anak-anak.
Kalau alasan nak aku kembali kepada fitrah asal, woaaahhhh! Aku taknak. Fitrah asal tu..kalau ikut fahaman aku, sujud pada Allah la kan? Tapi deme punya fahaman fitrah asal tu, deme nak aku yang dulu. Yang lupa pada Allah, apa deme cakap, aku ikut seperti kerbau cucuk idung, jujur aku cakap, dulu aku tak solat, tak mengaji, takde kesahkan hal-hal akhirat. Deme tak nak aku berubah.
Pada aku, aku berubah ke arah kebaikan. Bila kau utamakan Allah dalam hidup kau, in shaa ALLAH, semuanya Allah permudahkan. Aku dah merasainya. Walaupun aku berjuang sorang-sorang, tapi Allah sentiasa melindungi aku, sentiasa ada dengan aku.
Bersungguh ayah dan adik beradik satu mak aku ni berpakat untuk jahanamkan penghijrahan aku. Seriously, aku betul-betul tak faham. Sepatutnya ayah aku bertindak sebagai kepala yang bantu adik beradik lain faham apa yang aku buat, tapi sebaliknya yang berlaku.
Hitam nya hati deme bila terusan tidak mahu terima perubahan aku ke arah kebaikan. Anak sulung aku juga pernah di jadikan mangsa ilmu sihir atas alasan, anak sulung aku lah penyebab aku kawin dengan bekas suami aku. Subhanallah, ayah aku tu yang buat statement macam tu. Kegilaan apakah yang aku hadap ni?
Tapi itu kisah yang hampir kepada penamatnya. Demi ALLAH yang satu, memang perit perjalanan aku utk ke arah kebaikan, TETAPI aku semakin hampir kepada kemanisan nya. Aku semakin hampir kepada kemenangan..asbab adanya peguam, penasihat, teman-teman dan sahabat-sahabat yang sentiasa ada di sisi aku tak pernah jemu beri semangat dan motivasi saat aku down gila-gila bila tak dapat selesaikan tugasan-tugasan yang diberikan.
Aku bakal bernikah dengan seorang lelaki yang sangat mengutamakan redha ALLAH dan redha ibunya. Anak bongsu dari 7 beradik (aku pun anak bongsu). Lelaki tersebut penghafaz Al-Quran, sangat berbudi bahasa, tinggi harga diri dan paling utama, menerima anak-anak aku as if anak-anak aku itu darah daging dia. Itu paling aku suka.
Keutamaannya pada anak-anak (selain ALLAH dan ibu). Aku dia tak heran sangat.. (mood sentap). Dia sedih tengok anak-anak aku membesar tanpa kasih sayang dan bimbingan seorang lelaki yang bergelar bapa.
Panjang lagi cerita ni sebenornya. Tapi nantilah.. kalau admin keluarkan cerita aku ni, aku sambung lagi. Kalau korang rasa aku bohong, terpulang. Aku buat semua ni kerana ALLAH. Jadikan tauladan dalam hidup masing-masing.
– Pejuang kebenaran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit