Berdosakah Aku Sebagai Ibu

Assalamualaikum.. Terima Kasih admin jika luahan aku ini disiarkan.

Dulu aku tekad untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Tapi sehingga usia anak 1 tahun aku terpaksa campurkan dengan formula milk. Ini kerana kekangan waktu aku untuk pam. Dan kadang-kadang terleka dengan kerja sehingga aku lupa untuk buat stock susu yang akhirnya tak cukup untuk di hantar ke pengasuh.

Kini usia anak lagi 4 bulan menjangkau 2 tahun. Demi Allah aku sedih dengan keputusan yang aku buat. Aku nak minta pendapat kalian semua. Aku terpaksa untuk berhentikan anak menyusu kerana :

1) Sejak sebulan ni anak kerap bangun malam dan nak bf (brest feeding), sampai berjam lamanya. Sehingga aku rasa letih dan tak bermaya apabila bangun untuk bekerja. Tak tahu kenapa sebab sebelum ni rutin harian sama saja. Waktu tidur waktu yang sama sejak dia 4 bulan. Sebelum tidur dah bagi cukup susu dan makan. Adakah ini yang dinamakan “mengempen” (aku tak tahu betul atau tak sebutan ni).

2) Setiap kali menyusu dia akan baring atas badan. Berat badanku 44kg. Dan berat anak 12kg. Bila dia menyusu baring atas badan aku rasa tak terdaya sangat. Aku tak tahu macam mana anak bole belajar menyusu posisi macam tu. Kalau aku mengiringkan badan pun dia tetap akan baring atas badan aku. Dan selalu sangat dia menyusu sambil bermain. Dia akan hempapkn badannya berkali-kali atas perut.

Aku dah explain sejak dia satu tahun lagi. Tapi mungkin dia lambat nak faham. Kadang-kadang bila kelakuan dia macam ni aku jadi hilang sabar. Pernah aku tertampar dia. Dan aku menangis lepas tampar dia. Aku taknak ulang kesilapan yang sama sebab aku tahu dia anak yang masih belum mengerti apa-apa. Sebab tu aku niat untuk putuskan susu. Kerana aku bukan lah orang yang sangat penyabar.

3) Sejak anak lahir lagi aku selalu positifkan diri bila anak menyusu berjam lamanya. Tapi bila aku hadap tekanan tempat kerja. Balik kerja letih nak hadap lagi kelakuan anak yang umur sekarang sangat2 aktif aku jadi tersangat letih. Sehingga suami sendiri nampak emosi aku makin tak stabil.. Suami banyak membantu. Bila suami ada memang aku banyak berehat. Tapi emosi akan jadi tak stabil bila suami keluar oustation berminggu.

Hari ni dah 2 hari aku berhentikan anak dari bf. Aku menangis bila terkenangkan anak rintih merayu untuk direct bf. Aku dh pam bagi melalui botol. Tapi anak tetap tak nak. Adakah aku ibu yang berdosa? Adakah alasan-alasan aku di atas di terima dalam doa.

Ya Allah. Ampunkan aku kerana aku tahu ramai ibu di luar sana yang berkeinginan untuk direct bf anak mereka. Tapi ada ibu-ibu yang tak dapat rezeki macam aku.

– Ainul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *