Assalamualaikum. Aku menulis ni setelah banyak kali aku fikir. Aku buat benda ni pun senyap. Cuma bila makin lama aku banteras sorang, makin aku rasa muak dan loya.
Aku tak tahu pandangan orang terhadap banterasan aku ni macam mana. Mungkin ada akan kecam, tapi aku tetap nak ajak, korang yang dewasa ni sama-sama banteras.
Aku cuba banteras dengan cara aku. Macam korang tau, media sosial sangat hitam dan gelap. Korang taip satu perkataan pun, muncul banyak benda yang tak elok. Caranya, korang report je.
1. (Instagram) IG
Mulanya aku taip untuk tengok tahap kebersihan instagram. Aku terkejut. Aku sangkakan instagram ni bersih rupanya, ya, aku salah. So, aku buat keputusan, segala yang tak bersih, aku report. Aku report gambar, aku report akaun, aku report hashtag.
Aku cuba banteras benda ni banyak kali. Sampaikan bila aku guna keyword (untuk report lagi), tak keluar dah yang tak bersih. Aku tak pasti sama ada IG dah take action atau guna algorithm. Aku harap IG dah take action dan pandang benda ni serius.
Bila korang report pada IG, IG akan bagi makluman untuk review. Kalau apa yang korang report tu melanggar syarat yang ditetapkan oleh IG, benda tu akan dibuang, sama ada gambar, hashtag, video atau akaun.
Sampai bila? Jangan tanya aku sampai bila. Agaknya aku cuba banteras sampai benda benda tu dah tak wujud dalam IG kut.
Caranya, tekan titik 3 dan tekan report. Pilih sebab apa kau report. Kalau benda tak senonoh, kau tau kan nak tekan sebab apa.
2. Youtube
Kalau kat Youtube lagilah aku terkejut. Guna keyword biasa pun muncul macam cendawan. So, tindakan aku, report.
Cuma kalau Youtube ni, bila report, akan keluar minit ke berapa ke berapa. Macam lebih detaillah kut. Aku report sampailah tak boleh report. Tah masalah apa pulak Youtube ni.
Caranya, kat bawah video, ada 3 titik juga, tekan situ, dan akan keluar report. Tekan report dan pilih sebab yang sama macam kat IG. Dah selesai, tekan report.
3. Google
Aku baru tahu boleh report pada Google. Jenuh jugak aku search macam mana nak report website. Kat Google ni, memacam ada. Dah nama pun google. Mana yang ada anak kecik, aku nasihatkan buatkan Parental Control. Lagi bagus kalau kau tak bagi guna Google. Banyak yang buruk dari baik.
Caranya macam ni, bila korang search, kat bahagian setting tu, pergi kat HELP, akan ada arrow untuk Report An Issue. Keluar pula window lain untuk report. Automatic akan di screenshoot oleh Google.
Korang copy url website dan paste kat window tadi. Bahagian comment tu, tulislah sebab apa report. Nak lebih jelas, pergilah Google macam mana nak report website tak elok.
Aku kongsikan ilmu macam mana nak report benda yang tak elok. Jom sesama banteras benda macam ni, benda yang rosak fikiran, rosak hati dan rosak semua. Biar lambat asal kita bertindak.
Kalau persoalkan dan kecam kenapa aku bukak benda tak elok, aku tak boleh nak halang. Aku cari dan aku cuba sedaya upaya untuk banteras. Report dan terus report. Tapi, kalau kau rasa tak kuat, jangan cuba. Karang tak pasal, muntah pulak.
Sekiranya ada cara lain nak report, boleh tinggalkan kat ruangan komen.
– Banteras (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit