Assalamualaikum semua. Harap artikel ni terpilih untuk bacaan umum dan panduan sempena musim2 raya ni. Terima kasih sebanyaknya admin. Mari kita mulakan…
Tips ‘JANGAN’ untuk tuan rumah yang ingin terima tetamu :
1) JANGAN ADA BAU DARI LUAR RUMAH :
bersihkan sangkarnya.. Kerap kan tukar pasir. Sebaiknya alihkan ke belakang rumah atau jauh sikit Dari pintu masuk rumah. Kalau rasa malas baik jangan pelihara. Aniaya je binatang tu n worst come to worst boleh bergaduh jiran tetangga sebab bau busuk tahi kucing tu terutamanya bila kucing tu membiak.
Jangan biarkan berkeliaran masa tetamu datang. Fikirkan Mungkin ada tetamu yang takut kan kucing atau alergi dgn bulu kucing.
Tips ni bukan spesifik kucing sahaja tapi semua binatang kesayangan kalian tu. Ada yang suka tikus, katak, ular tapi letak depan pintu rumah. Kesian tetamu terpaksa fikir banyak kali cara nak masuk rumah kalian.
2) JANGAN SIDAI KAIN DI HADAPAN PINTU MASUK :
Jika perlu, stop dulu basuh baju pada hari tetamu ramai nak datang. Jika terpaksa basuh jemur juga, jemur dalam bilik atau tarik ampai kain jauh Dari pintu. Berperang tetamu nak masuk rumah dengan kain baju kalian tu.
Jangan tayang percuma pakaian dalam kalian. Jemur Di celah2 baju lain. Tindih jika perlu. Jangan lupa pakaian dalam adalah maruah diri kita. Malu jika terlihat yang dah bertompok2 hitam atau dah macam roti kirai rupanya.
3) JANGAN BIARKAN BAU BUSUK DI DALAM RUMAH:
Kadang2 ada sampah yang terlupa nak dibuang. Pastikan bersih dulu Dan sentiasa segera kan buang bila dah penuh. Ada yang sampah betul2 Di sebelah tempat memasak. Agak2 berselera tak orang nak makan masakan kita?
4) JANGAN BIARKAN TANDAS KOTOR :
Bila orang datang bertamu, tandas pasti jadi sasaran sama ada wajib atau tidak. Bersihkan dulu Dan jangan lupa gosok lubang tandas sekali. Sinki jangan diabaikan. Usahakan agar tetamu selesa Di tandas kita sebaiknya. Kutip semua botol kosong Dan jika ada mop atau kain2 lap pastikan disusun sekemas boleh. Lubang keluar air pun pastikan tiada rambut yang melekat.
5) JANGAN BIARKAN KAIN TIDAK BERLIPAT MENYAMBUT TETAMU ANDA :
Sesibuk mana pun anda, usahakan agar kain2 ini disorok ke tempat lain. Jika rumah anda terlalu sempit Dan tiada ruang untuk menyorokkan kain2 ini, ikut lah tips ini :
~ ambil kain batik / pelikat Dan bentangkan.
~ campakkan baju tak berlipat atas kain tersebut.
~ ikat Dan simpan dengan kemas.
~ susun bertingkat Dan tutup dengan sehelai kain Besar spt cadar dsb.
6) JANGAN BIARKAN BARANG2 TIDAK PERLU BERADA DI RUANG TAMU :
Ambil sedikit masa sebelum benar kan tamu datang untuk me ngemas ruang tamu, rak TV dsb. Tak perlu tayang semua kertas2 Dan buku2 anda atau segala wayar yang berselirat Di lantai rumah anda. Jika berlaku kemalangan akibat kecuaian tuan rumah anda harus bertanggungjawab.
7) JANGAN BIARKAN TAMU SOLAT DI TEMPAT YANG KOTOR :
Jika anda merasa kan tetamu akan tumpang solat, sediakan sedikit ruang yang bersih. Jika Di bilik stor sekali pun, pastikan bersih Dan tiada bau. Tidak semestinya ruang yang ekslusif cukuplahh agar tetamu selesa.
8) JANGAN BIARKAN SELIPAR KASUT TUAN RUMAH BERSEPAH DI LUAR RUMAH :
Sediakan rak kasut atau susun dengan kemas juga sudah cukup. Kadang2 selipar putus dah berkulat pun ade Lagi. Bila kita susun elok2 InshaAllah tetamu pun akan terikut susun sekali. Lagi manis jika letak sikit notis Anda Bijak Jika Susun Selipar, @ Kindly arrange your shoes before entry. Pernah terjadi ada tetamu yang OKU jatuh tergolek kerana terpijak selipar jepun Di luar pintu rumah.
Rumah kita tak semestinya perlu dihias cantik. Tapi rumah kita terutamanya Muslim MESTI BERSIH DAN KEMAS. Rumah yang sempit boleh terasa lapang jika dijaga kebersihan Dan kekemasan sepanjang masa. Berkemas Mungkin tak perlu setiap hari tapi jadikan ia habit yang baik.
Semoga bermanfaat untuk semua.
– Wan Chu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit