I am married, and I don’t want to have children. Maybe sebab waktu kecil-kecil, ibu banyak bantai saya dan kakak. Ibu ibarat sangat tak happy dengan life ibu dan jadikan kami sebagai tempat lepaskan kemarahan.
Nak kata kami nakal, nakal kami yang hanya di rumah dan main permainan perempuan. Tapi ibu macam meroyan dan suka siram kami dengan getah paip secara tiba2 bila kami menari atau bermain di halaman rumah.
Bila ditanya kenapa ibu buat sedemikian, ibu hanya sengih. Tampar dan rotan adalah perkara biasa. Tapi bila ayah pulang, ibu akan warning untuk jangan mengadu dengan ayah apa-apa. Kami akan berusaha untuk sorokkan lebam dibadan dan dimuka dari ayah, sebab tidak mahu dibantai dengan lebih teruk oleh ibu.
Ayah jarang pulang, sebab ayah ada dua isteri (Sekarang tiga). Kena bergilir-gilir rumah. Kami jarang bermain di luar rumah sebab ibu sangat protective. Kami sangat behave dihadapan saudara mara (Which is good) tapi di rumah, kami di bantai kaw-kaw. Saya faham ibu tertekan dengan ayah, ayah jarang beri perhatian pada ibu dan abaikan kami. Ibu pula jenis yang tidak suka berkongsi masalah dengan atok nenek. Ibu lebih selesa diam dan pendam tapi ibu lepaskan amarah pada kami.
Untuk kes ayah, saya tidak tahu bagaimana rasanya kasih sayang seorang ayah. Ayah bukanlah seorang bapa yang akan timang anak dan bermain kuda. Ayah hanya menghantar wang saku pada ibu dan pulang selepas beberapa hari kemudian, atau seminggu kemudian. Dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja ayah akan berada di rumah.
Ada beberapa factor kenapa saya takut untuk ada anak / tidak mahu anak;
– Ayah tinggalkan hutang yang banyak pada kami (Saya pernah buat confession tentang “Hutang Ayah” sebelum ini.
– Ibu meroyan sewaktu kami kecil.
– Ibu selalu menggunakan kata-kata kesat kepada kami, seperti regret ada kami dan menganggap kami sebagai beban.
– Selalu pukul (dengan kayu ubi, penggantung baju, kayu blok, buku tebal, remote, baldi, pinggan, tali pinggang dan almost everything). Tidur luar rumah dan Ikat dipokok tu satu perkara normal untuk mak-mak.
– Ayah abaikan kami dari segi kasih sayang.
Bila saya dewasa, saya tidak pernah excited bila nampak kanak-kanak. Saya tidak tahu melayan atau bergurau dengan anak-anak saudara. Even bila anak-anak saudara kerumun saya, saya masih tidak tahu untuk bergurau atau memberi reaksi yang betul.
Selepas berkahwin, jumlah anak buah semakin bertambah (side suami + side saya) tapi saya tidak pernah excited atau response di dalam group Whatsapp sekiranya kakak-kakak ipar share gambar anak-anak mereka. Tetapi saya tiada masalah dalam menguruskan budak, seperti cuci najis mereka, mandikan, suap makan dan uruskan makan pakai, semua tu saya tiada masalah. Cuma saya tidak pernah sukakan budak.
Selepas hampir setahun berkahwin, ramai bertanya kepada kami, bila nak ada anak? Jawapan suami; insyaAllah (Suami sukakan budak-budak), jawapan saya; Saya tak nak anak.
Bagi saya, Kids aren’t here to “fill my life” dan saya tak luak hidup tanpa anak. Mungkin ada yang fikir nanti tua saya akan kesunyian tanpa anak, betul? Tapi bila difikirkan semula, apa beza situasi tiada anak dengan situasi kita dengan ibu bapa kita sekarang?
Kita semua semakin dewasa semakin membawa haluan sendiri. Kita keluar rumah, pergi ke university, bekerja, berkahwin dan sampai ke tua masa dihabiskan dengan pasangan dan keluarga sendiri. Ibu bapa? Kita hanya pulang ziarahi mereka sekali sekala. Mereka akhirnya tinggal bersendirian di kampung tanpa kita.
Tidak dinafikan ada yang tinggal bersama ibu bapa masing-masing, atau bawa parents tinggal bersama mereka. Even saya dan kakak pun bergilir-gilir bawa ibu tinggal bersama. Cuma apa yang saya ingin sampaikan, saya tidak pernah sukakan kanak-kanak dan saya tidak mahu ada anak hanya kerana orang lain yang kata tapi bukan apa yang hati saya kata. “Fear of missing out” masih belum wujud dalam diri saya.
Anak, adalah tanggungjawab sepanjang hayat. Kita tidak ada pilihan untuk berhenti menjaga atau bercuti dari sakit ketika kita ada anak. 24 /7 masa dan perhatian kita adalah untuk anak. Saya cuma tidak mahu hidup dalam penyesalan kerana tidak mampu menjadi ibu yang baik pada anak saya. Itu sahaja.
– Hati yang jujur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit