Kifarah Itu Ada

Asalamualaikum kepada semua reader di IIUM CONFESSIONS. Aku harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Seperti tajuk di atas ya, aku cuma ingin berkongsi pengalaman pasal keluarga aku dan jiran tetangga.

Tujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi lebih kepada pengajaran untuk semua. Ya guys, KIFARAH itu wujud, KIFARAH itu ada , cuma cepat dengan lambat je! Aku dah jadi saksi dengan mata kepala aku sendiri.

15 tahun lepas, pada 1 malam, rumah kami dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, aku dan keluarga terbangun kerana bunyi bising diluar rumah dan kami mendapati geng rukun tetangga datang membuat serbuan.

Ayahku menggeletar bila menangkap kakak aku berkhalwat di dalam rumah bersama teman lelaki ! Habis kami adik beradik dimarahi kerana dikira sebagai bersekongkol walaupun aku langsung tak memahami situasi yang berlaku.

Cerita ini tersebar keseluruh kampung, sehinggakan ayah dan ibu malu untuk keluar rumah. Ke mana- mana mereka pergi pasti ada yang memandang sinis mereka. Ya mereka silap! Mereka silap mendidik anak, terlalu memanjakan sehingga memakan diri. Dan kakak aku juga silap, kerana mengikut nafsu remaja yang nakal ketika itu.

Hasilnya selepas kantoi, kakak aku semakin mendekatkan diri kepada Allah, ayah dan ibuku semakin kontrol anak-anak yang lain risau pisang berbuah 2 kali. Ya aku membesar dalam keadaan yang stress kerana parents aku tak lagi percayakan kami anak-anaknya. Orang kampung pula, terlalu banyak cacian dan tohmahan dari mereka. Seperti biasa, ada perkara yang tidak benar di perkatakan.

Aku pulak pada ketika itu, aku masih bersekolah rendah, tiada dendam, tiada masalah, ceria-ceria selalu dan tujuan aku hanya untuk bermain bersama rakan sebaya. Aku masih ingat, aku ke rumah seorang kawan, Didi untuk ajak bermain seperti biasa, tetapi apa yang aku dapat hanyalah jelingan maut dari parents Didi yang melarang anak mereka bergaul dengan aku hanya kerana kesalahan kakak aku.

Aku kerumah kawan yang lain pula iaitu Shira, parents Shira melarang anak mereka keluar rumah dan bercakap dengan aku. Dengan mimik muka yang tidak menyenangi kedatangan aku. Parents Shira aku langsung tidak mahu pandang muka aku dan mengheret anak mereka masuk ke rumah sambil marah-marah!

Ada beberapa kawan yang terus menjauhkan diri dari aku atas warning dari ibu bapa mereka. Sebagai seorang tua, patut kah anda bersikap begitu pada budak yang berumur 9 tahun masa tu? Aku tak tahu apa kesalahan aku dan aku masih naif! Keluarga aku pindah ke 1 daerah lain tak lama selepas itu.

Masa berlalu, aku kini bergelar graduan dari sebuah Universiti tempatan dan berjaya menempatkan diri dalam bidang profesional. Aku mendapat tahu, kawan aku Didi mula melarikan diri dari rumah ketika berusia 15 tahun , terjebak dengan dadah dan bergaul dengan rempit serta masuk pusat pemurnian akidah dikala berusia 17 tahun. Dan kakak kepada Shira pula, melahirkan seorang anak luar nikah.

Oleh itu aku sarankan kepada semua supaya jangan sesekali kita mengata orang atau pun menyakiti hati orang lain. KIFARAH itu telah pun berlaku. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran kepada semua.

Sekian terima kasih.

– Puteh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *