Assalamu’aikum. Saya terbaca confession mengenai depression yang dialami adik belajar di U. Punca utama adalah tak jumpa individu yang boleh pinjamkan bahu untuk bersandar, telinga untuk mendengar dan mulut untuk bercerita. I feel you. Masa belajar dulu saya alami perkara yang sama. Apa yang saya lakukan adalah cark hobi yang boleh mengalih pandangan dan fokus pemikiran kita dari masalah yang dialami.
Masa belajar dulu saya seorang blogger. Kawan-kawan blog saya dari serata dunia. Saya sangat gembira walaupun ada masa kawan-kawan boikot saya atas sebab yang saya pun tak tahu apa puncanya. Kawan-kawan perli fans blog saya tu semua fake. Tapi makin lama blog saya semakin ramai follower dan mereka terdiam. It was the best revenge. Prove to them. Sampai la saya tamat belajar di U, most of the time saya adalah seorang lone ranger. And it is ok to me.
Masa berkerja saya juga pernah diboikot. Atas sebab saya bercouple dengan officemate dan mereka tak setuju. Saya tak suka biarkan diri saya berada dalam situasi tak menggembirakan. Saya akan cepat-cepat keluar dari situasi tu dan cari ruang yang baru.
Tapi!
Perkara tu tak boleh diaplikasikan dalam rumah tangga. Sedih, duka, hancur, remuk macam mana sekalipun, kena hadap. Lagi-lagi kalau dah beranak pinak. Yes, itu yang saya alami. Saya stress dengan pasangan saya tapi saya cuba chill dan positive. Kadang-kadang terasa seperti nak tarik diri. Kenangkan anak-anak, saya cuba untuk bertahan.
Saya berkerjaya elok sebelum berkahwin. Even majlis kahwin pun guna duit saya 100% atas dasar perkara yang baik, elok dipermudahkan. Bertolak ansur sahajalah. Ditakdirkan saya bunting pelamin dan morning sickness saya teruk hingga saya terpaksa berhenti kerja. Hidup saya berubah 360°. Saya mula kerap jatuh sakit. Anak sulung saya sangat kuat meragam. Suami balik rumah tengok saya tak masak, anak menangis, dia keluar rumah cakap ada kerja walhal lepak dengan kawan-kawan main COC.
Saya mula stress dan depress. Saya cari aktiviti untuk menghiburkan hati. Saya belajar buat sabun sendiri dan mulakan bisnes online menjual sabun handmade. Diri terasa kembali terisi.
Suami kemalangan dan saya kembali alami tekanan hutang piutang. Selepas kemalangan, suami asyik guna alasan kemalangan kenapa dia susah nak berkerja macam orang normal. Ya Allah, bagi saya itu semua alasan. Alasan sebab dia malas. Saya pun ada saudara yang kemalangan seperti dia. Tapi elok je berkerja macam biasa dan tak pernah dia sebut pasal kemalangan yang mengubah diri dia.
Sekarang anak saya dah dua. Suami pun semakin malas berkerja. Kerja acuh tak acuh. Lagi-lagi bila saya dah kembali berkerja dengan kawan-kawan saya. Alhamdulillah kawan saya buka peluang rezeki untuk saya. Sekarang, saya fokus untuk bina kembali kehidupan saya. Saya nak berkerja sungguh-sungguh, nak cari aset sendiri, rumah sendiri, simpanan sendiri, kereta sendiri. Saya rasa saya boleh berdiri teruskan kehidupan saya tanpa suami yang macam dia. Mungkin itu lebih membahagiakan saya.
Cuma, suami pernah cakap kalau jadi apa-apa dalam rumah tangga, dia nak hak penjagaan anak-anak. Dalam hati saya, anak pun malas nak jaga, ada hati nak tuntut itu ini dengan saya.
Tolong doakan saya. Kebahagiaan diri saya. Semoga setiap dari kita dikurniakan kegembiraan zahir dan batin. Aamiinn.
Sekian…
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit