Derita Pembuat Keropok Lekor

Assalamualaikum semua. Mohon share kan post ni, biar nasib kami pembuat dan tukang uli keropok lekor terbela.

Sebut sahaja keropok lekor, ramai terus teringatkan negeri terengganu. Yea negeri ini ada macam2 makanan sedap2 , dan antara yang popular ialah keropok lekor. Aku adalah salah seorang staff di sebuah restoran keropok lekor yang agak popular di sebuah bandar di negeri Terengganu. Tauke nya memang kaya raya, rumah banglo besar macam Sultan. Tapi macam mana pula dengan pekerja? Hak kami banyak dinafikan. Meh aku bukak cerita..

Alkisahnya di Terengganu sangat sukar mencari kerja lalu aku terima bekerja di restoran keropok lekor. Pada mulanya diberitahu bahawa aku hanyalah cashier. Dengan pengalaman 3 tahun menjadi cashier di ibu kota dan berbekalkan ilmu dari master aku, aku rasa semua pengalaman kerja aku dulu dan lulusan aku sangat tidak berbaloi dengan kerja aku di restoran keropok ini. Kenapa?

Pertama, aku jadi cashier tapi tugasan cashier langsung tak sistematik. Tak de pengalaman cashier pun tak pe lah kalau nak jadi cashier di sini. Tunggang langgang cara uruskan duit. Semua stail kampung. Cara orang lama. Langsung tiada float money, tiada risiko sekiranya cashier ada short money.

Berapa sales setiap hari, langsung kami tak endah. Sebab at the end tauke je akan kira sendiri berapa total sales. Dan cashier jugak kena buat semua kerja lain seperti mencuci, buat keropok, packing keropok dan jual keropok. Kesimpulannya, tiada tugas spesifik kerana semua orang buat semua kerja.

Penat? Gila tak penat?! Kadang kadang kami kerja pagi sampai malam ! Cuti sehari seminggu ! Gaji? RM 600 lebih permulaan. Kalau OT dapatlah merasa RM 700 lebih. Nak merasa gaji cecah seribu kau kena kerja 5 tahun ke atas. Berbaloi ke gaji dengan long working hours dan penat kerja? sangat tidak berbaloi!

Kedua, sistem tak sistematik. Bisnes punyalah besar siap ada banyak cawangan restoran tapi tak sistematik langsung ! Duit jual beli disimpan dalam tupperware. Bila nak pulangkan baki duit customer, gigih kami korek duit baki dalam tabung yang bercampur duit besar dan kecil. Tiada mesin kira2 seperti di restoran lain. Tiada resit pembelian. Tiada kalkulator untuk kira2. Semua kira guna otak.

Kau bayangkanlah, pekerja kat sini ramai yang belajar tak tinggi, tua2, makcik makcik. Diorang pun main anggar je. Kadang-kadang aku perati ada je depa ni main congak tapi tersalah kira tapi aku malas nak tegur sebab aku bukan boss, aku kuli je. Boss yang rugi bukan aku. Lagipun yang kerja ni bukannya semua lulusan tinggi macam aku. Kalau mereka tersalah kira, tauke jugak yang rugi. Padan muka.

Ketiga, kat sini barang-barang takde label harga. Bukankah ianya satu kesalahan jika harga barangan tidak dipamer? Staff sendiri pun kadang2 tersalah harga. Kami pun kadang2 tak ingat harga. Jadi kesian kat customer yang terpaksa bayar lebih hanya sebab staff tak ingat harga. Banyak kot produk kat sini. Dengan nak uli keropok lagi, nak jual keropok lagi, nak mencuci lagi, nak hafal harga lagi. Semua kena buat.

Keempat, tahap kebersihan amat teruk ! Aku sendiri geli tekak nak makan keropok lekor. Sebab aku lihat sendiri cara staff handle makanan. Kau bayangkan, tangan yang menguli itu tidak dibasuh dari pagi straight sampai zohor unless kalau dia pergi tandas. Kalau dia gatal hidung, dia pegang je hidung dia lepas tu sambung menguli balik.

Lepas tu tangan itu jugak sentuh handphone nak jawab whatsapp dan call jika ada. Tangan tu jugak betulkan tudung kalau tudung dah serabai. Then tangan itu jugak duk pegang meja pegang apron pegang benda lain. Kalau nak rehat kejap pergi minum air. Pegang gelas dan jag pun pegang tangan itu jugak. Agak-agak dah berapa banyak kuman terkumpul dekat tangan tu hasil sentuh sana sini. Kau rasa? Masih nak makan keropok lekor lagi? Itu belum aku cerita bab peluh menitik atas keropok lekor lagi.

Kerja sebagai tukang uli ni penat beb. Panas, penat dan tak berbaloi gaji. Panas sebab takde aircond. Kipas tu pun slow. Hadap minyak panas lagi nak menggoreng. Muka putih boleh jadi hangus main dengan minyak panas ni. Menguli tu kena berdiri sepanjang hari, langsung tak boleh duduk. Sakit badan kami.

Malam-malam menangis nak tidur sebab kaki cramp. Kena selalu mengurut sebab sakit badan. Korang tak tau derita kami. Yang korang tau, keropok tu sedap dimakan. Tapi setiap keropok tu hasil keringat dan derita kami yang underpaid dan overworking. Haritu hari raya pun kami kerja. Boss bukan nak rugi, raya kan. Ramai orang luar balik Ganu beli keropok time raya. Tapi Gaji kami tetap gitu jugak.

Bila panas, peluh memang tak boleh dielak. Kadang2 menitik nitik peluh staff atas keropok. Then tentang peralatan dan instrumen. Mesin kat situ memang kami basuh setiap hari tapi cincai cincai je lah. Kadang memang tak bersih pun. Penat weh nak sental satu2… Banyak kot mesin nak basuh. Semua kawasan dalam restoran tu kena basuh everyday. Kami lah cashier, kami lah tukang uli, kami lah tukang cuci. Semua benda kami buat.

Kawasan restoran pun tak bersih. Siling2 berhabuk penuh sarang labah2. Kau bukannya perasan pun kalau ada sarang labah2 jatuh masuk dalam keropok time menguli tu. Taik cicak kalau jatuh dalam besen ikan pun tak perasan. Ni belum masuk bab kipas untuk keringkan keropok lagi. Taktau lah bila last kipas tu dibasuh. Penuh habuk dan sarang labah-labah. Kipas itulah digunakan untuk jemur keropok. Sumpah kalau korang tengok sendiri cara penyediaan dari awal sehingga akhir keropok lekor ni, korang akan rasa jijik nak makan. Sedap tu memang sedap, dah adunannya campur peluh masham masham kami hihiks

Ni kalau jabatan kesihatan check memang FAIL ! Gred C pun tak lepas aku rasa. Owner MUSLIM tapi bab kebersihan ke laut. Tapi malangnya tetap ramai orang melayu suka membeli keropok di sini, lagi2 orang luar. Sijil HALAL sah-sah takde. Sebab tu lah kalau korang nak cari makanan, tak kira lah kedai makan ke, restoran ke, keropok lekor ke, tolong cari kedai yang ada sijil HALAL JAKIM. . Walaupun kau tahu ianya memang dijamin halal tapi bab kebersihan? Halal jakim ni penting tau.. ingat senang ke nak dapat halal jakim? Premis kena bersih.. sebersih bersihnya… selain dari barangan yang halal…

Tahu nak support produk muslim tapi aku perati kedai muslim susah nak cari yang bersih.. so far aku dah boikot warung warung kayu sebab ada pengalaman tragis.. aku pernah dapat air ada tahi cicak.. banyak kali dapat makanan ada rambut dan serangga.. hehe..

Maklumlah warung kan biasanya takde siling.. bukannya dia nampak pun sarang labah-labah kat atas sana dengan serangga dan cicak yang berkeliaran.. tahi cicak jatuh pun tak perasan.. dan aku pernah kerja sebagai tukang buat air kat 2 warung berbeza.. memang dekat tempat letak cawan2 dan pinggang mangkuk pun penuh tahi cicak dan debu.. pastu cawan dan pinggan mangkuk tu jugaklah buat guna letak makanan korang.. eww sangat !

Aku perati kedai cina sentiasa bersih. Sentiasa dimop lantai, dilap barang-barangnya.. tak macam kedai melayu.. cuba korang compare kedai runcit melayu vs cina.. ada beza tak? Aku bukan nak puji cina.. tapi bab kebersihan melayu masih belum ikut islam sepenuhnya..

Aku ada tengok kat tv semalam… ada mualaf ni bangsa cina.. dia tertarik dengan islam sebab islam sangat titikberatkan soal kebersihan.. setiap kali nak masuk masjid kena bersihkan diri. Kaki kena basuh.. korang ada amal? Tiap kali nak solat, badan kena bersih.. korang ada check seluar dalam korang tak tiap kali nak solat? Untuk perempuan wajib check seluar dalam tau before solat. Kalau ada air mazi tu kena basuh. Atau pakai je panty liners, nanti nak solat basuh kemaluan dan ganti panty liner yang baru.

See. Melayu masih terkebelakang bab kebersihan. Konklusi confession aku, tolong jangan makan keropok lekor yang gerainya takde sijil halal Jakim. Dan tolong usha dulu gerai tu bersih ke tak. Tu pun kalau nampak lah. Sebab kadang2 dapur kat belakang korang bukan boleh tengok pun

Last sekali mintak tolong share. Biar viral. Baru pengusaha keropok lekor sedar sikit dan jangan nak tindas sangat staff. Mereka hidup mewah tapi staff kerja sampai nak mampos. Yang kerja sini mostly dah takde pilihan nak kerja lain. Kami terpaksa kerja sini sebab dekat dan ada tanggungan. Ramai makcik sini yang mengadu sakit badan kerja kuat tapi gaji cukup2 makan.. kadang2 tak cukup.. diorang pun selalu meminjam dengan orang lain nak cover makan minum..

Aku kerja sini pun sebab kena jaga parents yang dah tua. Kalau ikutkan nak je merantau sampai ke luar negara sebab aku pun budak pandai, lulusan tinggi. Course aku ni banyak je peluang kerja lagi2 di oversea tapi tu lah.. kisah kita semua tak sama kan.. kasi viral sekali.. biar gegor & sentap habis pengusaha keropok lekor ganu..

– Xyz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *