Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku Ateh (gelaran dari 2 orang anak buah aku), umur dah masuk 30 tahun dah tahun ni. Aku sebenarnya ditakdirkan menjadi cikgu walaupun pada batinnya aku tak berminat sejak aku ditawarkan masuk ke IPG.
Apakan daya, aku turutkan juga kemahuan mak aku nak aku jadi cikgu. Katanya masuk IPG tak yah pening kepala nak fikir pasal duit belanja sebab dapat elaun dan nanti senang dapat kerja (yang ni 12 tahun yang lalu). Family aku nak kata miskin tu.. tak de lah miskin sangat. Tapi, nak kata kaya… tak juga lah kaya sangat. Sederhana laaa.
Aku ni jenis yang lasak, kasar. Ok aku lupa mention jantina aku. Aku perempuan ya pembaca2 sekalian. Masa tahun last kat IPG, aku kena isi borang nak posting kat mana. Dalam kepala aku memang tak nak laa Sarawak. Tapi, Sabah aku nak! Aku call la mak aku tanya nak aku posting mana.
Saja laa aku nak tahu pendapat orang tua walaupun aku akan derhaka masa isi borang tu nanti. (Masa ni hati aku sikit-sikit dah ada bibit-bibit cinta akan profesion cikgu).
“Assalamualaikum mama”
“Waalaikumussalam”
bla bla bla…
“Mama, ni ada kene isi borang tempat nak posting. Mama nak suruh isi negeri apa ni?”
“Ko isi la negeri dekat-dekat dengan rumah ni ha, tak yah la nak gi jejauh beno”
Aku dah senyum-senyum dah dengar respons mak aku.
Last2, aku isi la :
1. Sabah
2. Negeri Sembilan
3. Kuala Lumpur
Rumah mak aku kat Terengganu. Jadi, semua pilihan aku tu derhaka tau. Haha.. Ampunnkan anakmu ni mama!
Untuk Batch aku waktu tu, kiteorang memang lambat dapat posting tau. Sebelum posting, kene lulus interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran). Turn aku untuk sesi temuduga tu pada bulan Februari di SPP Putrajaya. Berdebar tahap dewa sebab dapat panel temuduga tu, Pengarah SPP sendiri pada waktu tu la.
Alhamdulillah, pasrah jek dengan keputusan temuduga akan datang samada aku lulus atau tidak.
Habis jek interview, aku call mak aku mintak tolong jemput aku la. Masa tunggu mak ngan abang aku jemput aku, member aku Lailatul mesej bagitau aku dapat interim kat Sarawak ! Sila lapor diri selewa-lewat hujung bulan Mac.
Dalam hati aku, Dammmmn! Sarawakkk!!
Aku bagitau la mak aku yang aku dapat negeri Bumi Kenyalang ni. Mak aku tak tunjuk reaksi terkejut pon sebab mak aku cakap tahu dah aku ni memang takkan mintak posting dekat-dekat. Bersyukur pada Allah Swt atas rezeki yang dilimpahkan pada aku sekeluarga.
Apa lagi, hari-hari seterusnya, aku uruskan la dokumen-dokumen yang diperlukan untuk aku menjejak kaki kat sana macam passport biru (Dokumen Perjalanan Terhad). Kakak aku menganjing kat aku padan muka aku, tak nak sangat pergi kat sesuatu tempat tu, haaa… kan dah dapat. Hahaha!
Tiba la hari aku nak pergi lapor diri. Aku, ayah aku, mak aku dan adik bongsu aku bergerak ke KLIA dan seterusnya landing di Sibu. Masa kat imigresen airport Sibu, mak, ayah dan adik aku di beri sekeping nota yang tulis ala-ala selepas 90 hari, sila keluar dari negeri Sarawak. Aku pakai passport biru tu kene cop jek.
Bergerak kami semua ke tempat penginapan. Buat pengetahuan pembaca, Sibu ni majoritinya kaum Cina. Perut kami masing-masing berkruk krik dalam teksi on the way ke hotel. Ayah aku ajak makan kat hotel jek then berehat. Lepas makan, aku ajak la adik aku jalan kaki round2 Sibu.
Jam dah pukul 6 petang, kiterorang pergilah ke tapak pasar malam. Mind set dah set makanan semua tak halal. So, bila nampak Cik Pig panggang terus bertambah kuat mind set aku (typical malay, haha). Actually, ada jek kedai makan yang muslim. Tapi tula, aku masih lagi dalam keraguan.
Yang buat aku impressed, setakat ni kat Sarawak jek aku nampak satu meja ada pelbagai bangsa. Iban, Cina, Melayu, Melanau boleh duduk satu meja. Aku dapat interim dekat sekolah yang majoriti penduduknya etnik Melanau. Apabila aku sudah lapor diri, kami semua bergerak pulang semula ke hotel dan hari-hari seterusnya mak, ayah dan adikku pun nak balik ke Semenanjung.
Dorang packing la barang nak berangkat pulang. Aku tengok mak aku gelisah. Ayah aku tanya la mak aku nape gelisah sangat. Mak aku terhilangkan note yang dapat mase kat imigresen airport Sibu hari tu.
Ayah aku ape lagi, makin diusiknya mak aku lagi bertambah gelisah dibuatnya.
“Kene tinggal kat Sarawak la awak dengan anak awak nii, hahaha!”
Ok la, nanti aku sambung lagi untuk entri yang seterusnya,
“Kamek segaut mauk keluar pigi kenduri kawen housmate kamek di Oya, Dalat”
Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca cofession aku yang tak berapa nak ‘manis’.
– Ateh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit