Pengasuh Kesayangan

Saya seorang ibu, dengan anak kecil usia setahun. Bermacam dugaan dan usaha sebelum si kecil ini lahir, Alhamdulillah ada rezeki untuk saya dan suami. Sebelum terlupa, saya PJJ dengan suami, dan saya tinggal bersama keluarga. Baru sahaja keputusan pindah keluar dan saya gagal. Tidak mengapa. Saya masih mampu untuk positif. Permohonan selepas ini, cuba lagi.

Anak saya mempunyai pengasuh. Atas sebab yang tak dapat saya ceritakan di sini, saya hanya lulus cuti bersalin selama 44 hari. Habis sahaja tempoh pantang,saya kembali mula bekerja. Oh ya, saya seorang guru. Alhamdulillah bekerja setengah hari, dan kembali semula ke rumah melaksanakan tugas sebagai ibu.

Punch in sebelum 6.30 pagi, dan punch out selepas 12.20 tengahari. 6 jam bekerja saya, tidak strict. Hanya jika ada jadual kelas, saya masuk ke kelas. Sekiranya tiada kelas, saya mendapat kebenaran dari pentadbir untuk pulang ke rumah menyusukan anak kerana anak menyusu badan sepenuhnya. Ada sediakan susu yang dipam, untuk situasi2 tertentu seperti jadual kelas berderet selama 3 jam, atau ada meeting di sekolah, atau ada program2 sekolah dan PPD yang melibatkan guru2 sebagai AJK.

Susu saya sangat sendu. Alhamdulillah cukup untuk anak saya, tapi kalau pam, satu sesi 1oz pun belom tentu. Selalunya, 3-4 kali pam baru cukup 2oz untuk saya campurkan dalam botol. Ibu2 boleh bayangkan struggle saya. Sebab itu pentadbir berikan kebenaran untuk saya pulang ke rumah untuk direct bf.

Setiap pagi, pengasuh akan datang pukul 5.30am selepas subuh. Mengambil tugas menjaga anak saya sementara saya bersiap untuk pergi kerja. Dalam seminggu, mungkin hanya 2-3 kali anak terbangun ketika ibunya ini masih di rumah. Sempatlah saya memeluknya sebelum gerak ke tempat kerja. Kalau tidak, memang dia bangun peluk pengasuh sahajalah.

Selepas itu, dalam sehari (6 jam) bekerja, lebih kurang dua kali saya balik kerumah untuk menyusu. Kemudian pukul 12.30 tengahari saya akan balik rumah, dan mengambil tugas untuk mengurus anak kecil saya semula.

Ya hanya pada limit masa itulah, anak saya berada dalam jagaan pengasuh sepenuhnya. Yang lain, ketika saya solat, mandi, atau makan, saya akan minta pengasuh tengokkan dia sebentar. Selesai sahaja solat, mandi atau makan, saya akan terus mengambilnya dari pengasuh.

Buat aktiviti2 ibu dan anak. Bermain. Membaca buku. Menonton nursery rhymes. Menyusu. Makan. Tidur. Sampai ke malam, itulah aktiviti kami berdua. Tuan tuan dan puan puan kiralah sendiri jumlah masa yang saya luangkan pada anak berbanding masa yang mana saya terpaksa serahkan dia dalam jagaan pengasuh.

Tapi semalam. Saya sedih. Sedih sangat2 sehingga fikiran jahat rasa ingin merajuk pada anak kecil berusia setahun itu. Jika saya perlu bertugas malam di sekolah, pengasuh saya akan tidur d rumah saya untuk menjaga anak saya sementara saya menyelesaikan tugas saya di sekolah. Susu macam biasa, saya akan pam terlebih dahulu.

Ketika saya di sekolah, anak terbangun dan menangis mencari saya (BACA : Mencari susu). Dia tolak susu botol. Dia akan menangis dan tak mahu sambung tidur. Jadi penyelesaiannya adalah, bangunkan dia dan bawa dia bermain. Saya telah dihubungi untuk pulang. 15 minit kemudian, ketika saya sampai di rumah, anak saya tengah bermain walaupun masih ada sisa air mata di muka. Saya mengambilnya, memberikan susu, sehingga dia hampir tertidur.

Kebetulan ketika dia hampir sahaja lena, pengasuh masuk ke bilik. Bulat biji mata anak saya minta diambil (didukung) oleh pengasuh. Dicabutnya susu di mulut asalkan dapat didukung pengasuh. Saya mengambilnya semula dan memujuk nya untuk terus menyusu dan sambung tidur. Tetapi gerakan badannya yang asyik terpusing2 dan mengejang sebab ingin bersama pengasuh membuatkan saya jadi geram.

Saya serahkan dia kepada pengasuh. Lepas itu saya baring tutup muka dengan selimut. Terasa hati anak lebihkan pengasuh berbanding ibunya. Tapi hanya tidak sampai seminit, dan saya berjaya menepis perasaan itu. Saya bangun dan memujuknya kembali untuk sambung menyusu dan tidur.

Dua kali keadaan tersebut berulang. Pilihan terakhir, saya meminta pengasuh agar keluar dari bilik saya dan jangan masuk sehingga anak saya tidur . Barulah si kecil itu dapat ditidurkan itu pun selepas meraung apabila saya mengambilnya dari tangan pengasuh, dan melihat pengasuhnya keluar dari bilik.

Saya sedih bila anak saya seoalah memilih lebih bersama pengasuh bebanding saya sedangkan saya ibunya, saya meluangkan masa bersamanya lebihhh berganda berbanding pengsuhnya. Jika ingin dikatakan masa yang diluahkan bersama itu bukan quality time, jadi apakah semuanya.

Kami main bersama. Ketawa bersama. Terkekek2 ketawa ketika bermain. Ketika dia menonton nursery rhymes pun, saya dan anak siap menggayakan action song itu bersama. Bila penat, dia menyusu, kemudian sambung bermain. Baca buku bersama. belum habis satu buku, buku kedua pula dibuka. Sampailah semua buku dibaca. Penat lagi, sambung lagi menyusu.

Tapi kejadian semalam sangat membuka mata saya. Sedikitnya masa diluangkan bersama pengasuh pun, dia boleh memilih pengasuh lebih berbanding saya ibunya. Saya tahu pengasuhnya baik. Dan saya percaya pengasuhnya melayan dia baik. Saya bersyukur untuk itu.

Keluarga saya pun akui itu semua bila keluarga saya melihat hubungan anak saya dengan pengasuhnya. Bayangkanlah sejak saya mula bekerja, ketika usianya 45 hari, pengasuh la yang mengganti saya setiap pagi menguruskan dia. Itupun hanya waktu pagi.. Manakala, masakkan bubur, mandi dan cebok anak, atas faktor keselamatan, itu semua saya yang buat.

Luahan ini hanya sekadar luahan sedih semalam. Jika ada yang sudi berkongsi bagaimana untuk meredakan perasaan cemburu ini, saya terima dengan hati terbuka. Saya ulang sekali lagi, saya bersyukur dapat pengasuh yang baik ini. Nanti ada cakap saya tak bersyukur pulak. Hehe cuma yalah. Hati mak2 ni cemburu bila anak lebihkan orang lain. Terima kasih admin kekerana menyiarkan.

Terima kasih semuanya kerana membaca, semoga kita semua dipermudahkan urusan oleh-Nya.

– Ibu Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *