Erti Tanggungjawab

Assalamualaikum semua. Saya sebenarnya terpanggil dan sekadar ingin berkongsi atau meluahkan pandangan saya berkaitan tanggungjawab lelaki dan perempuan bukan nak meghakimi mana-mana jantina tapi sekadar untuk kita renungkan. Ini bukan dari kisah hidup saya semata tetapi dari pengalaman, pemerhatian dan perkongsian rakan-rakan juga.

Saya sebenarnya taklah ambil pusing sangat tentang tanggunjawab perempuan atau lelaki ni tetapi semakin hari semkin sya perasan yang pada dunia moden ni perempuan lebih banyak mengalas tanggungjawab berbanding lelaki. Tak pasti sama ada ini berlaku di Malaysia sahaja ke kat negara lain pun sama jugak ke tak pasti.

Perempuan ni sebenarnya taklah termampu nak mengalas tanggungjawab yang besar cuma bila dah tiada siapa yang boleh diharapkan perempuan boleh buat jugak la. Kadang balik kerja penat-penat terkejar-kejar nak ambil anak dari rumah pengasuh lepas tu balik rumah nak masak pula. Kita faham suami pun kerja juga tapi apa salahnya dari tidur lepas kerja tolong la isteri apa yang patut waktu isteri tu tengah masak.

Lagi satu kalau keluarga beasar datang, si isteri akan kena masak banyak-banyak dan membasuh, mungkin bagi sesetengah orang masak tu semudah abc tetapi memasak ini memerlukan tenaga juga alangkah bagusnya jika suami bersama-sama memasak berama isteri. Saya tidak tahu kenapa masak, mengemas dan sebagainya sinonim dengan golongan perempuan yang perlu menyempurnakan kerja tersebut.

Hidup akan jadi lebih baik kalau kita semua faham tanggungjawab kita sebagai khalifah dua-dua ada tanggungjawab yang perlu digalas dengan sebaiknya. Kalau masing-masing faham erti tanggungjawab hidup akan jadi lebih aman. Sebab saya ada kenalan yang memang suami dia suka membantu isterinya, memang hidup akan jadi lagi cerah bak pelangi gitu.

Sekian perkongsian saya bukan untuk menimbulkan perbalahan antara jantina sekadar ingin semua faham erti tanggungjawab yang semestinya perlu dipelajari dan diusahakan sebelum ingin menjalankan kehidupan berumah tangga.

– Zubaida Zainol (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *