It’s a rough day. Wait a second, it is the roughest year I have. Buat ini gagal, buat itu gagal. Semua aspek dalam kehidupan gagal. Gagal dalam kerjaya, gagal menjadi bapa dan suami yang baik.
Duit di bank pun dah tinggal RM30. Tubuh pun sudah susut dan kurus,bukan seperti biasa Terasa ada sesuatu berbisik di telinga. Dan ketika itu, aku tinggal sendirian di rumah. Terasa hari ni mendung meskipun cuaca di luar hangat. Mendung kerana tiada harapan, tiada hala tuju.
Tubuh seolah-olah mati dan tiada jiwa. Dead soul. Aku fikir tiada lagi harapan pada dunia kerana dunia tidak menyebelahi aku. Lantas aku nekad mau bunuh diri.
Banyak yang bermain dalam fikiran aku ketika mahu membunuh diri. Tentang kehidupan kanak2 dahulu, ketika remaja.. aku seorang yang ceria dan bahagia. Kini, aku seorang yang gagal. Aku nak capai pisau di dapur. Tapi, aku seorang yang gagal. Nak pegang pisau pun tak mampu.
Aku duduk sejenak. Aku capai henfon. Aku WhatsApp isteri aku yang aku nak bunuh diri. Aku bagitahu yang aku tak ada harapan nak hidup. Isteri aku terkejut. Beberapa hari selepas itu, aku jumpa psychiatrist. Lega sikit sebab dah luahkan apa yang terpendam.
Dua minggu berikutnya, aku datang lagi appointment. Rasa bertambah lega dapat luahkan lagi dan psychiatrist sentiasa bagi support. Petang itu, aku call mak aku. Dan baru aku ada kekuatan untuk luah apa yang terpendam selama ni. Rasa bertambah lega.
Bulan berikutnya, aku masih kurus seperti tiada zat dalam tubuh. Aku start ikut balanced diet. Makan buah, makan sayur, minum susu. Dan beberapa bulan selepas itu, aku teringin kan badan yang fit dan sihat.
Aku pakai kasut jogging, dan terus berlari atas treadmill yang da berhabuk. Rasa best. Rasa syok. Rasa seronok.Rasa bahagia. Perasaan yang tak boleh digambarkan buat insan yang didiagnosed Adjustment Disorder beberapa bulan lepas.
Lepas berlari, aku rasa alived. Rasa pumped up. Rasa bersemangat untuk hidup. Kini aku rasa much stronger physically and the most important thing, mentally.
Kini aku dalam proses nak buka bisnes. Doakan aku. Kata azimat yang aku pegang selama ni ialah SAYANGI DIRI. LOVE YOURSELF.
– Grateful Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit