1. Bila kita berkawan, pastikan berkawan untuk “long term”, bukannya “short term”.
2. Kawan ini ada 3 jenis. Pertama, Hanya kawan biasa-biasa cukup sekadar kenal. Kedua, kawan rapat, boleh kongsi masalah dan lepak sama-sama. Ketiga pula kawan yang dah macam ahli keluarga sendiri. Keluarga dia pun selesa kalau kita lepak di rumah dia.
3. Tetapi di dalam berkawan, sudah tentu kita akan berjumpa dengan “kawan yang makan kawan”. Mulut manis di depan, tetapi rupanya longkang di belakang. Haha
4. Di dalam ramai kawan yang kita kenal pasti akan ada kawan yang tidak akan suka kepada kita. Benda ini tidak boleh dipaksa. Jika ada yang tidak mahu berkawan dengan anda, biarkan saja. Hidup kita, Cara kita.
5. Cari kawan ini lebih kurang seperti cari jodoh. Kita gembira, dia tumpang gembira. Kita terjatuh, dia akan gelak dulu tetapi dia tidak akan membiarkan anda terus jatuh. ”Dia akan berusaha untuk tolong anda”.
6. Kawan yang baik akan sentiasa menegur anda secara sentap. Jangan terasa, mereka tegur anda bukannya untuk memalukan, tetapi kerana mereka tidak mahu anda terus buat benda “Bodoh”.
7. Jangan cari kawan yang suka berhutang. Nanti mereka akan mengambil kesempatan kepada anda. Sebaik mana pun anda berkawan, kurangkanlah berhutang. ”Hutang adalah punca putusnya tali persahabatan”.
8. Kawan yang baik adalah kawan yang tidak suka bersaing dengan kita. Jika kita lebih hebat daripada mereka, mereka tidak akan dengki. Tetapi mereka akan lebih gembira dan meraikan kejayaan seolah-olah seperti dia yang berjaya.
9. Kawan yang baik tidak akan mempengaruhi kawannya untuk buat perkara yang tidak baik. Jika dia seorang perokok, sudah tentu dia akan melarang kawannya untuk merokok. Cariah kawan seperti ini. Sentiasa melarang, bukannya mengajak.
10. Kita berkawan bukannya sehari dua, kita berkawan sehingga hujung nyawa. Nanti bila ajal kita sudah sampai, kawan-kawan lah yang akan mendoakan dan menziarahi jenazah kita. Selain keluarga, mereka adalah insan yang paling penting di dalam hidup kita.
Sekian sahaja coretan aku kepada mereka yang masih mencari kawan sehidup semati.
“Kawan makan kawan adalah perkara biasa, tetapi kawan sehingga mati adalah perkara luar biasa”.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang pernah berkawan dengan aku tidak kira sama ada yang telah pergi ataupun yang masih kekal mengenali aku sehingga ke hari ini.
Gambar ini adalah salah satu kenangan bersama sekumpulan kawan “kepala gila” yang pernah aku jumpa di dalam perjalanan hidup aku.
“Hidup kita, Cara kita”.
– Aidil Nor Adha