Pengalaman Kerja Paling Teruk

Assalamualikum dan selamat sejahtera. Nama aku Nia berumur 20 an dan sedang menunggu keputusan upu untuk ke degree. Aku ingin cerita kisah aku selama 7 hari bekerja di sebuah kedai pakaian.

Tak perlu aku mention nama kedai tersebut cukuplah aku kata yang kedai pakaian ini bukan setaraf uniqlo mahupuan BO. Cawangannya di serata malaysia, kurang popular dikalangan budak hipster.

Selepas tamat belajar aku ambik keputusan untuk bekerja sementara sambung degree . Alhamdullilah selepas 3 hari aku walk in interview di kedai pakaian tersebut aku diterima bekerja. Semasa interview aku ada bertanya kan isu solat. Bolehkah solat dan assistant manager (Kak Ani) yang interview aku cakap boleh dan mereka ada sediakan ruang solat.

Semuanya baik walaupun penat. Kisahnya bermula apabila satu hari aku terlebih masa solat maghrib selama 20 minit. Disini aku ingin jelaskan bahawa semasa bekerja di kedai tersebut aku diminta untuk memakai lipstick merah menyala kononnya berpenampilan menarik walhal bagiku warna lain pon menarik.

Jadi hari tersebut aku pakai lipstick maybelline superstay matte ink sebab itu je lipstick yang warna terang aku ada. Betapa susah nya nak remove lipstick tu jadi ia menjadi satu sebab kenapa aku lama. Bila aku keluar dari ruangan solat aku nampak muka manager aku Kak Bedah (bukan nama sebenar) marah.

Aku akui itu kesilapan aku tapi sekali itu sahaja selepas itu setiap kali ambik wudhuk solat asar aku akan jaga wudhuk sampai maghrib supaya cepat tak pun jika wudhuk aku batal aku hanya buka pin tudung di leher saja dan ambik wudhuk biarpun tudung aku basah sekalipun. Selepas itu solat aku memang kebanyakkan bawah 10 minit sahaja jarang la lebih 15 minit.

Namun pada meeting staff kak bedah tuduh aku duduk bersantai, bersandar, baring masa solat tu lah lama di depan semua staff dan setiap kali aku minta solat muka kak Bedah mesti menunjukkan reaksi kurang senang.

Selepas meeting tu aku ambik keputusan untuk berhenti kerja terus . Aku call ayah aku mengadu sambil menangis sikit. Bukan manja ya cuma sedih bagaimana seorang bos melayu boleh tuduh pekerja dia curi tulang semasa solat. Demi Allah tidak pernah terlintas di fikiran aku. Ayahaku memang suruh berhenti selepas itu. Semasa ingin pulang Kak Bedah langsung tak nak pandang aku.

Bila mak aku nak bersalam pon dia taknak. Aku gembira aku berhenti biarpun tempoh aku bekerja 7 hari tidak diberikan gaji. Tak apalah. Sakit hati segalanya. Masa rehat aku 40 minit jadi pernah aku nak rehat 20 min je lagi 20 min aku nak gunakan masa solat. Tapi respon Kak Siti dan Kak Ani “kau ni kalut la” . Adakah salah kalau aku nak kalut mengenai hal solat?

Bukan aku seorang sahaja yang mengalami kesulitan solat semasa bekerja disitu jiran aku seorang lelaki yang bekerja di kedai tersebut selepas spm pon kena juga. Maka dia berhenti selepas 2 minggu tanpa dibayar gaji sebab bergaduh isu solat jumaat. Selepas berhenti kerja aku ada WhatApps personal Kak Bedah ceramah la sikit tapi tak kasar pon. Selepas itu Kak Bedah block aku. Urmm koyak la kot.

Aku sebenarnya amat sedih bila tengok staff dekat kedai itu bayangkan daripada 13 orang termasuk manager hanya aku sorang sahaja yang solat. Aku tak cakap aku baik tapi jahat jahat pon at least solat.

Sedangkan iblis pon tunduk pada Allah tetapi iblis tidak mahu tunduk ke nabi adam itu yang ditendang dari syurga inikan kita sebagai manusia yang lemah. Lebih teruk dari iblis. Tak sangka masyarakat kita separah itu.

Sekian pengalaman aku yang tak seberapa. Aku harap confession aku diterima. Terima kasih.

– Pekerja part time (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Allahhuakhbar.orang islam buat muka,mengenai solat.

    Aku sampai tahap rasa nak undi pas.(sbb tak nak ada kejadian ni).

    Solat selain dihitung sbg amalan pertama kita didunia.
    Macam macam kebaikan solat.(kesihatan,perlindungan ,doa sihat,panjang umur, bukan doa untuk diri sendiri,doa untuk family,umat manusia,umat islam seluruh dunia tetap hati & iman dgn islam hingga akhir hayat, amin).

    Umat islam bela & sokong umat islam lain,amin.Umat islam dipermudahkan untuk solat pada waktunya,amin.

    Saya dipihak awak.aku yang pertama pun pilihbtempat,yang mudahkan solat.
    Aku tak makan takpe, janji boleh solat.(boleh buat pada waktunya,amin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *