Assalamualaikum. Aku seorang perempuan berusia hampir 30 tahun, bujang dan bekerja biasa sahaja. Lulusan ijazah sarjana muda tapi aku cuma bekerja dengan gaji basic RM1100.
Habis grad aku cuba apply macam2 kerja tapi dari tahun 2017 sampai la bulan Mei 2019 aku tak dapat walau satu pun panggilan interview.
Rasa kecewa rasa tertekan semua ada tapi aku percaya Allah uji kita untuk dekatkan diri pada Dia. Kalau Dia bagi aku ni mudah dapat kerja, mudah dapat jodoh, jadi kaya aku rasa pasti aku jadi manusia yang sombong dan tak bertimbang rasa.
Lama aku lawan perasaan aku, tapi aku banyakkan dengar ceramah dekat youtube jaga solat banyakkan doa. Dekat youtube banyak aku jumpa video pasal kelebihan istighfar. Aku banyak dengar video dari Ustaz Khalid Bassalamah, Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Hannan Attaki, Ustaz Halim Hassan, dan Mufti Perlis Dr Asri.
Sebenarnya menarik sangat perbincangan asatizah dari indonesia ni, dorang banyak buat kajian tentang Quran dan Hadis. Menarik kupasan mereka tentang sesuatu isu, bukan hanya bergantung pada apa yang dalam buku.
Mula dari tahun lepas aku dah cuba istighfar tapi bila masalah aku selesai atau aku dapat apa aku nak, aku tinggalkan istighfar. Aku buat hal lagho lagi, tinggal solat Subuh terutamanya, solat lain aku mampu jaga.
Aku usaha cari apa silap aku, dan aku mulakan balik istighfar setiap hari bermula dari bulan 3 hari tu. Dan aku perbaharui niat aku istighfar. Setiap hari paling kurang aku istighfar 1000 kali. Jaga solat, banyakkan zikir, ingat Allah banyak2 puji Allah sentiasa.
Allah janji pada hambaNya yang beristighfar jalan keluar dari segala masalah dan banyak lagi. Boleh baca dalam surah Nuh ayat 10-12 dan Surah Hud. Disokong dengan hadis tentang kelebihan istighdar. Aku istiqomah istighfar dgn niat agar Allah ampunkan aku hamba yang banyak dosa.
Alhamdulillah, kejutan pertama yang Allah bagi pada aku. Aku dapat 2 panggilan interview, dan waktu aku nak pergi interview tu aku tak ada duit. Kejutan seterusnya sehari sebelum aku pergi interview aku dapat duit bonus sebulan gaji.
Dan sekarang walaupun masih belum dapat jawapan pasal interview tu. Aku cukup terharu, dan aku lebih faham kelebihan dan sebab Allah turunkan ujian untuk hamba Dia. Kalaulah aku ni macam aku cakap awal tadi.. senang dapat kerja, kaya dan sebagainya pasti aku jadi manusia yang sombong dan tak bertimbang rasa.
Dengan ujian ni aku berhati2 bila nak tanya atau bila dengan bercakap dengan orang lain. Percayalah dan yakinlah Allah jadikan ujian bukan sebab Dia benci kita tapi untuk jaga kita, jaga hati kita, jaga aqidah kita.
Ada ulama yang kata boleh jadi rezeki dan jodoh seseorang tertahan kerana dosa. Allah tu Maha Pengampun dan dan Maha Pengasih pada hamba, mohonlah ampun dan pasti Allah ampunkan.
Dan lagi tips untuk beristighfar, cari waktu yang paling afdal untuk beristighfar iaitu pada waktu sahar, 30 minit sebelum waktu subuh. Ni aku dengar dari Ustaz Adi Hidayat. Banyakkanlah istighfar.
Ataupun jika waktu mustajab untuk berdoa dah pendek sangat dan permintaan kita banyak, kita boleh istighfar instead of berdoa. Istighfar itu yang paling utama. Bila dah selalu istighfar kadang kita jadi lalai jadi perbaharuilah istighfar.
Setakat itu utk masa ni aku kongsikan. Ada masa nanti aku confess lagi. Ada banyak lagi dugaan aku tapi cukuplah aku cerita pasal aku susah dapat kerja.
Setiap orang ada dugaan masing2 tapi keep on doa dan positif. Cubaan kita pasti ada tarikh expired dan waktu berakhir. Bersangka baik dengan Allah sebab Allah sepertimana sangkaan HambaNya.
Berdoalah kepadaKu Nescaya Aku kabulkan. Aamiin.
– Hamba yang banyak dosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit