Raihana

Assalamualaikum. Aku Umar. Aku kenal dengan Raihana sewaktu di sekolah rendah. Masa tu aku darjah 1. Dan dia darjah 2. Beza setahun saja kami berdua. Kami kenal sebab kami rumah sukan sekali dan merupakan atlit yang aktif pada waktu tu. Apa2 kami akan dipanggil cikgu untuk tentukan apa2 aktiviti kokurikulum. Kami berdua rapat. Cikgu2 semua panggil kami belangkas. Sebab tak pernah berenggang. Haha.

Raihana merupakan pesilat. Dari kecik lagi dia dijinakkan denagn ilmu seni petahankan diri. Sewaktu dia darjah 6. Aku sedar aku dah sukakan dia. Tapi waktu tu aku tak matang lagi so aku ingat aku cinta monyet je la dengan dia. Kalau dia pi training ataupun pi lawan silat, maknanya dia tak datang sekolah. Memang aku tak boleh duduk seabb aku rasa kosong sebab kawan rapat aku tak ada di sisi aku. Kawan2 yang lain memang ada tapi Raihana ni special sikit. Hehe. Naik sekolah menengah, masa aku form 1. Dia form 2. Alhamdulillah aku memang doa supaya kami sekolah sekali supaya aku dapat jumpa dia selalu.

Start aku form 2 aku dah matang. Aku dah dapat kenal masa satu baik dan buruk. Aku dah tau apa itu perasaan sayang. Dan yes, walaupun masa tu aku rasa aku budak2 lagi, tapi kalau Raihana tak datang sekolah, aku memang tak boleh duduk. Rindu resah apa semua lesap dalam pala otak aku ni. Haha.

Kami memang aktif dalam sukan. Dia olahragawati, aku olagragawan. Tapi kami rumah sukan lain2 la pulak. Haha. Bila menang sukan sekolah, maka akan pi bertanding sukan daerah pulak. Aku dengan Raihana memang terlibat. Tapi disebabkan jadual dia memang kekang dengan silat. Dia tak dapat join sukan daerah tu. Allahu aku memang spoil gila.

Stop takat tu. Masa ni dah ada henfon kan. Aku pernah chat Raihana cakap gurau2 yang aku suka dekat dia. Tapi hati aku cakap serius. Tapi aku chat cara main2. Dan Raihana ingat aku main2. Aku pon tak kisah janji aku puas sebab dah luahkan walaupun Raihana tak tahu pon yang aku serius. Masa ni aku baru form 3 biasalah mana tahu bab2 bercinta ni. Kami berdua boleh dikatakan sahabat yang kalau boleh apa2 semua share la antara kami berdua. Tak ada rahsia.

Oh ya, mai aku explain dulu pencapaian akedamik kami. Bab kokurikulum kami memang dah top sebab asyik naik pentas sebab dapat anugerah bintang cemerlang. Raihana lagi la, dah la dapat top anugerah bintang cemerlang dalam sekolah, pastu dapat lagi anugerah khas sebab dia lawan silat di indonesia dan dia menang tempat kedua. Alhamdulillah rezeki dia.

Okay aku kokurikulum memang top jugalah. Tapi tak ada la sampai pi peringkat antarabangsa tu. Setakat kebangsaan wakil negeri tu memang makanan aku lah. Dan akedamik aku pon boleh dikatakan cemerlang. Tiap tahun aku naik pentas dapat anugerah cemerlang dan juga anugerah kokurikulum. Dan Raihana. Akedamik dia tak berapa cantik.

Dan hari yang aku luahkan perasaan dengan nada main2 dekat dia haritu, dia ada cakap dengan aku. Aku ni tak kisah ka kawan dengan dia. Sebab dia tak pandai dalam pelajaran. Nama dia pun selain dari dapat anugerah yang baik2 tu, nama dia pon selalu jugak disebut oleh pengetua sebab pencapaian akedamik dia tak bagus. Pastu kerap tak datang sekolah. Pastu datang sekolah lambat. Dia takut aku malu bila kawan dengan dia.

Masa tu, aku memang tak sangka langsung yang dia akan pikir macam tu. *Aku cakap yang aku ni cerdik apa semua di perenggan di atas adalah untuk hampa paham cerita aku ni. Bukannya aku bangga diri*. Masa berlalu seperti biasa. Rapat masih seperti biasa.

Sampailah masa Raihana nak ambil spm. Memang dia struggle gila study. Sampai dia tak pergi training dan terlepas game dekat thailand. Sebab dia nk fokus spm ni. Dia cakap dekat aku yang dia nak buktikan yang dia boleh dalam pelajaran. Aku support dia ajar dia yang mana dia tak paham. Sampailah keluar result. Dan memang hari yang aku tunggu. Raihana tak bagi aku teman dia amik result. Okay aku tunggu dirumah.

Tapi memamg aku chat dia tak reply. Aku chat kawan2 dia mana pi Raihana. Depa cakap depa tak tau. Dapat2 result terus dia balik. Aku ada pi rumah dia. Tapi anak2 menakan dia ja yang keluar. Tiga hari selepas amik result, tiba2 Raihana chat aku. Dia cakap jangan kacau dia dah lepas ni. Dia sekarang busy. Aku terkejut. Aku husnuzon maybe dia busy training.

Tapi makin lama Raihana makin jauhkan diri dari aku. Sampailah aku ambik spm. Lepas ja dapat result tu, alhamdulillah, kredit. Aku pi rumah Raihana sebab nak share result aku dengan dia. Tapi bila aku pi rumah dia, mak dia cakap Raihana sekarang dah pindah pi perlis. Kenapa? Bila? Macam2 aku pikir. Adakah sbb result dia kurang baik ataupun hal lain yang dia sembunyikan.

Aku cuba cari dia melalui kawan2 silat dia yang aku kenal. Antaranya putri. Putri cakap Raihana memang sekarang pindah pi perlis sebab dia sekarang training silat. Aku lepas tahu tu perlu ka dia jauhkan diri dari aku? Aku lepas tu aku cuba busykan diri aku dengan macm2 benda. Antaranya aku mula join taekwondo. Aku buat semua ni sebab aku nak busykan diri aku daripada terus mengingati dia.

Akhirnya aku dapat tawaran ke U di selatan tanah air. Aku cuba juga untuk contact Raihana tapi semua acc aku dia block. No whastapp dia pon dia tukar. Aku masa tu memang marah dengan dia. Aku tengah rindu kot dia buat macam ni. Sampaila habis diploma aku aku lost contact dengan dia.

Rindu sangat dengan dia. Ya, dia cinta pertama aku. Walaupun aku belajar sambil busykan diri dengan taekwondo dan benda yang lain, tapi memang aku tak boleh lupakan dia. Lepas habis diploma aku, aku teman kawan aku yang masuk silat pergi ke msn perlis sebab ada game. Masa tu memang aku taruh harapan sangat yang aku dapat jumpa Raihana. Tak dapat jumpa lama pon, sekejap pon aku bersyukur sangat. Dan aku juga berharap sangat yang Raihana masih ada di msn perlis tu.

Sampainya aku dekat sana, memang ramai orang. Tujuan aku pergi sana memang untuk cari cinta hati aku saja. Tak dak benda lain yang aku cari. Dan akhirnya aku dapat jugak jumpa coach Raihana yang aku gelar paksu. Paksu ni memang aku kenal sebab dulu aku yang selalu teman Raihana training. Aku tanya paksu Raihana training lagi ka dak dengan dia. Dan paksu jawab, Raihana dan 2 tahun tak datang training. Paksu ada cari jugak tapi tak ada.

Aku terkejut. Seriuslah paksu. Aku dah serius sedih marah semua ada. Kenapa dia buat semua ni. Aku tekad ajak paksu untuk cari Raihana. Seminggu lepas tu aku pergi rumah Raihana. Mak dia yang keluar. Aku terdesak sangat sampai aku paksa mak Raihana bagitau Raihana dok mana sekarang ni. Dan akhirnya, mak Raihana bukak mulut.

Dan selama ni Raihana bukan busy dengan training silat dia. Tetapi busy dengab rawatan kimoterapi. Raihana diagnos cancer lymphoma stage 4. Dan dia ada dalam rumah waktu tu. Aku terkjut paksu pon terkejut. Aku tak boleh tanya apa sebab tujuan aku hanya nak jumpa Raihana. Cinta hati aku.

Mak Raihana bagi isyarat supaya aku tunggu sat sebab dia nak siapkan Raihana. Yalah, aku dan paksu kan lelaki. Sambil aku tunggu, aku berdoa supaya aku dapat terima hakikat semua ni. Aku sedih. Aku takut. Bila aku masuk ja dalam rumah. Aku tengok penuh di katil Raihana penuh dengan mesin wayar apa semua. Dan Raihana berada dalam keadaan separa sedar.

Aku? Air mata aku jatuh. Jatuh semahu mahunya. Aku takut. Aku sedih tengok keadaan serikandi cinta aku dalam keadaan macam tu. Menurut cerita mak Raihana, sewaktu Raihana struggle study sebelum ambik spm tu, dia ada batuk2 demam tak kebah apa semua. Pergi check doktor cakap demam biasa. Lepastu tak kebah jugak.

Lepas sebulan ambik spm, Raihana terus pengsan sebab muntah darah. Masa aku chat Raihana tu, Raihana tak reply. Aku sangkakan dia training. Rupanya dia sedang bertarung nyawa walaupun keadaan dia ketika tu stabil. Cancer dia awalnya peringakat awal tapi disebabkan Raihana training dan bergerak aktif,sel cancer dia mula merebak ke peparu sehingga menganggu fungsi buah pinggang dan jantung. Aku terkjut. Istighfar panjang.

Paksu dah menangis. Aku cuba berkomunikasi dengan cinta aku. Tapi dia hanya boleh mengerdipkan mata sebagai tanda dia boleh respon apa yang dia faham. Aku cuba tanya, hang tak rindu aku ka Raihana sambil aku nangis. Dan Raihana ambil masa nak kerdipkan mata dia, terlebih dahulu air mata dia jatuh. Allahuakbar. Aku sayu melihat keadaan dia. Tak boleh bergerak. Bergantung sepenuhnya dengan mesin sokongan hayat. Atas kemahuan Raihana, akhirnya keluarga dia setuju nak bawak Raihana balik. Aku tahu, Raihana memang tak suka duduk hospital.

Raihana block aku tak reply chat aku, bukan sebab dia benci aku tapi dia tak mahu aku tahu yang dia sakit. Mak dia cakap, lepas Raihana ambik result spm dia, result dia tak berapa cantik tu yang dia stress. Dan aku tahu, Raihana dengan mak dia memang rapat. Apa2 rahsia semua Raihana akan kongsi dengan mak dia. Dan ingat tak yang aku pernah cakap aku suka dekat dia dengan nada main?

Mak dia cakap, balik2 tu Raihana terus cerita dekat mak dia yang aku luahkan perasaan kat dia. Sebenarnya Raihana pon suka dekat aku tapi disebabkan keadaan akedamik aku lebih baik dari dia, tu dia terus rasa rendah diri.

Lepas pada semua tu, air mata memang kering. Lepas tiga hari aku jumpa Raihana, tepat 3 petang hari jumaat. Raihana meninggal dunia di sisi keluarga dia. Dan masa ni aku dalam perjalan nak pergi melawat dia. Lemah lutut aku bila mak dia cakap Raihana dah tak ada. Aku mampu mengucap panjang.

Lepas kebumikan Raihana, mak Raihana panggil aku. Suruh datang majlis tahlil. Dan ada sebuah buku yang mak Raihana bagi dekat aku. Aku mengangguk faham. Balik tu dalam bilik aku terus bukak buku tu. Dan aku menangis lagi. Dalam buku tu ada tulisan dia yang dia berucap sempena hari jadi aku pada 17.2.1994. Dia memang nak bagi dekat aku tapi dia malu.

Maknya yang pegang. Dalam buku tu jugak ada gambar aku dengan dia waktu darjah 1 dan darjah 2. Tengah lawan tarik rambut. Haha simpan lagi gambr tu. Aku sedih aku kecewa sebab aku tak dapat luangkan masa lebih dengan dia. Tapi aku bersyukur aku dapat jumpa dengan dia dan tahu kisah yang sebetulnya. Allah. Sungguh aku rindu dengan Raihana sekarang ni. Memang dulu aku bercita cita nak jadikan dia isteri aku. Tapi mencintai tak semestinya memiliki. Aku redha dengan semua ni.

Aku tahu pasti ada hikmah asbab semua ni terjadi. Hang cinta pertama aku, dan mungkin cinta terakhir aku. Banyak benda yang aku nak share kat hang sebenarnya Raihana. Tapi aku tahu, hang pasti dah tahu keadaan aku disini. Aku doakan hang bahagia dia sana. Tunggu aku ya. Aku sayang hang. Happy birthday sayang, Nur Raihana Nabila (1.7.1993-28.6.2019)

– Umar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *