Assalamualaikum. Semoga admin consider untuk publish cerita ni, aku perlukan motivasi dan kata2 nasihat sekarang ni. Dan ada points yang sangat penting untuk diutarakan.
Aku kenal si dia dah lama. Dari sekolah menengah. Cinta aku berbalas dan paling bahagia sekali bila dia kenalkan aku pada parents dia dan parents dia sangat supportive dengan hubungan kami. Parents aku pula lebih konservatif. Selepas parents dia jumpa parents aku, barulah parents aku ok dengan decision aku utk bercinta di sekolah. Tengok results pun makin ok.
Masuk Form 4, aku dah mula kenal Tuhan dan aku rasa ada yang tak kena. Aku nak hentikan hubungan tu sebab aku rasa berdosa dan tak tenang. Aku taknak terus hanyut dalam dosa. Tapi dia taknak terima dan cuba cederakan diri sendiri. Bukan tu je, dia sakit admitted hospital lepas tu. Aku trauma dengan apa yang jadi dan buntu tak tahu nak buat apa so aku cuba tanya cikgu2 yang aku rapat tentang apa yang sepatutnya aku buat.
Cikgu2 tu kata teruskan je hubungan tu sebab dorang berpendapat nanti dah keluar sekolah kawin juga. Aku dengan berat hati terima nasihat tu walaupun hati aku kata salah. Then aku fikir, aku ni budak lagi, orang2 dewasa lebih tahu. Jadi aku ikutkan juga nasihat tu; teruskan hubungan ni walaupun masa tu aku dah tak sayang dia.
Tapi sebab aku hormat parents dia, aku dah terima dia dan kekurangan dia, aku dah sayang dengan family besar dia yang aku dah mula rapat, tak susah untuk aku sayang dia semula. Aku sangat setia dengan dia walaupun ramai sangat lelaki lain yang baik2 cuba dekati aku dan confess perasaan. Lelaki yang jauh lebih baik daripada dia. Tapi aku berkorban, sebab aku fikirkan parents dia yang dah terima aku dan dah bincang pasal meminang semua.
Hubungan aku dengan dia terkenal sampai satu sekolah tahu pasal kami. Cikgu, ustaz, juniors, seniors semua tahu. Salah satu sebab aku nak berpisah dengan dia pun sebab aku rasa aku beri contoh yang tak baik pada adik2 junior dan adik aku sendiri. Aku malu sebenarnya bercouple tapi nak buat macam mana. Aku tersekat dalam situasi tu. Nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Nak taknak aku cuba terima dia dan belajar untuk bahagia dengan dia.
Parents dia ada kata nak masuk meminang bila keluar sekolah. Tapi lepas habis sekolah senyap je takde apa2 yang jadi. Tapi hubungan kami rapat je macam biasa. Aku faham2 jelah kan mungkin mak dia ada jumpa perempuan lain nak buat menantu ke apa kan. Lagipun aku taknak dah bercouple lagi so aku pun cuba nak break dengan dia sekali lagi, bukan sebab aku dah tak sayang dia tapi aku taknak tambah dosa lagi.
Bagi aku, kalau masih nak teruskan bercinta, kawin dulu dengan aku. Kalau tak boleh kawin lagi, takpe, kalau ada jodoh, adalah kan. Tak perlu nak bercinta beria tanpa hubungan yang halal. Tapi mak dia tak faham. Mak dia kata jangan, mak dia still nak aku jadi menantu. Tapi mak dia tak boleh nak bagi anak dia kawin sekarang. Aku nampak dah kat situ mak dia tak faham sebab aku nak break dengan dia.
Dia pulak accident teruk lepas tu sampai admit hospital berbulan2. Dan aku guna mentaliti yang sama untuk korbankan sekali lagi niat aku untuk break dengan dia. Mak dia pujuk mak aku, kata dia nanti dah habis study degree dia masuk meminang. Itulah yang mak dia kata kat mak aku. Aku pun terpaksa akur. Padahal prinsip aku kalau nak bercinta, kawin dulu. Tapi tulah, jahil.
Kesian sangat dekat orang sampai gadaikan prinsip hidup diri sendiri. Time tu paling mencabar sebab aku mmg niat nak kawin muda. Aku jumpa lelaki2 yang jauh lebih baik drp dia yang nak kawin dengan aku. Tapi aku ni memang jenis setia. Aku tolak je lelaki2 tu. Aku langsung x simpan hati kat lelaki lain walaupun aku memang niat nak kawin time study.
Baru2 ni aku ada jumpa parents dia untuk bagi buah tangan sikit. Aku dtg tanpa parents. Sembang lama lepas tu tiba2 dia bncang topik kawin. Mak dia kata taknak anak dia kawin lepas habis belajar. Dia nak anak dia kerja dulu few years then kawin. Pulak dah. Aku just mampu mengeluh dalam hati jelah.
Yelah aku datang tanpa parents aku nak kata apa kan. Berapa kali dah mak dia tangguh pasal kawin ni tapi aku faham, dia anak first, mungkin mak dia masih tak puas nak besarkan anak dia, hidup dengan anak dia tu. Aku pun dah lama dengan si dia, dan aku memang dah sayang sangat dengan dia, so aku sanggup je tunggu dia. Haha pelik kan perempuan tunggu lelaki.
Sayang seribu kali sayang, dah nak dekat setahun dia kat luar negara, dia tinggalkan aku melalui text message. Dia kata dia buat macamtu sebab dia dah takde apa2 perasaan kat aku. Aku peliklah, kenapa kan. Dah lama dah hubungan ni takkan lah senang2 je nak tinggalkan aku mcm ni. Aku pun taktau nak buat apa, dia pun dah block aku semua then aku decide nak hack account dia.
Selidik punya selidik, barulah kebenaran demi kebenaran keluar. Macam2 aku jumpa weh. Baru aku sedar selama ni dia curang kat belakang aku. Mesej mesra2 dengan perempuan lain, macam aku ni tak wujud. Berapa orang aku dah tak boleh nak kira. Bersayang, bagi love bagai. Selalu video call dengan perempuan lain. Aku macam tak percaya tu dia.
Rupanya dah bertahun2 dia buat perangai tu. Yang tu aku kuat lagi, tapi paling aku kecewa bila aku nampak dia bawak perempuan lain atas katil baring sekali buat video. Aku baru sedar yang selama ni aku ditipu hidup2. Setelah sekian lama aku setia dengan dia, rupanya dia dah lama tipu aku, mainkan perasaan aku.
Sekarang ni aku dah trauma dengan lelaki. Sekian lama aku setia, tepis semua lelaki yang nak dekat dengan aku, last2 dia happy je kat sana dengan perempuan lain. At least dulu walaupun dia curang dia masih sayang aku. Aku pun bodoh sangat percaya dengan dia padahal ada je kawan aku cerita pasal apa dia buat. Tapi aku yang tak percaya. Sekarang bila dia dah tak sayang, dah tak perlu, dia buang aku. Aku separuh mati juga lah bila dia dah buang aku. Tapi aku redha dan bersyukur sgt sebab aku tak sempat kawin dengan dia. Allah dah dedahkan siapa dia yang sebenarnya.
Pengajarannya, jangan dahulukan makhluk Allah daripada Allah sendiri. Salah aku sebab percayakan kata2 ustaz dan cikgu yang suruh teruskan hubungan tu walaupun aku tahu benda tu salah. Sebagai cikgu, janganlah galakkan hubungan cinta di sekolah. Kalau ada student nak kembali ke pangkal jalan, janganlah kau suruh dia terus bercinta. Kau bantulah dia.
Next, jangan bercinta beria-ria sangat walaupun dah bertunang sekalipun. Bersederhana jelah. Sebab kalau dah Allah kata bukan jodoh, bukanlah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jangan sayang seseorang tu 100%, sebab bila kena tinggal, memang 100% lah kesengsaraan yang kau rasa. Berikan cinta tertinggi tu pada yang berhak. Cari cinta Allah dulu sebelum cinta makhluk. Kalau dia nak bunuh diri ke, nak cederakan diri ke apa lepas tu dia punya pasal. Yang penting kau tak buat dosa.
Sebagai ibu bapa, janganlah suka2 berjanji atau berbincang dengan parents dan anak dara orang nak masuk meminang tahun sekian2 kalau anda tak bermaksud apa2. You are dealing with a human. Humans have feelings. Kalau dah berjanji, cuba sedaya upaya penuhi. Kalau nak bergurau pun, banyak lagi benda lain yang boleh nak diguraukan.
Kepada semua kaum lelaki, janganlah permainkan perasaan perempuan. Kalau dah rasa nak pasang satu lagi ke, ada masalah dalam hubungan ke, bincang baik2 smpai betul2 ok. Jagalah pergaulan. Kalau dah berpunya, buat cara dah berpunya. Janganlah tunjuk sgt yang awak tu womanizer. Fikirlah kalau benda ni jadi kat kakak ke, adik perempuan, atau anak perempuan awak, awak suka ke lelaki main2kan hati perasaan orang mcm tu.
Kepada para wanita, jangan mudah percayakan lelaki. Dalam kes aku, aku percayakan dia sebab dia libatkan parents dia dalam hubungan kami. Aku ingat aku dah selamat dan takkan ditipu dengan dia, tapi last2. Still he cheated on me. Oh ya. Parents dia tak buat apa2 pun.
Aku akui salah aku sebab aku masih teruskan hubungan tak halal tu walaupun aku tau benda tu salah. Dear sisters, kalau kita memang nampak lelaki tu ada masalah yang ketara yang boleh affect masa depan kita, don’t feel reluctant to say no to him. Kita berhak pilih lelaki yang terbaik untuk memimpin kita ke syurga. Pastikan imam yang kita pilih ialah lelaki yang ada lifegoals yang realistic; untuk beribadah dan work together for akhirah. Bukannya yang tujuan hidup pun masih samar2 dan hanya nak bergembira semata.
Dear girls, ayuh mahalkan diri kita. Tak perlu pun bercinta sebelum berkahwin. Take it from me; aku menyesal bercinta time sekolah, bercinta sebelum kawin. Kalau dia betul2 ikhlas sayangkan kita, dia akan berusaha untuk dapatkan kita dengan hubungan yang halal walaupun kita jual mahal macam mana sekalipun. Walaupun parents dua2 belah pihak dah restu, tak bermaksud hubungan yang haram tu dah dihalalkan.
Sekarang aku masih terkesan. Trauma. Lepas ni tak tahu mcm mana nak percayakan lelaki lagi dah. Kalau korang kat tempat aku, apa korang buat?
– Qaseh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit