Produk MLM Yang Beri Tekanan Kepada Pengikutnya

Pada hari ini, saya akan mendedahkan, bagaimana satu produk pengurusan berat badan terkenal merupakan satu MLM yang berselindung disebalik produk kesihatan. Saya terdetik untuk memberi pendedahan ini lantaran peristiwa beberapa bulan dahulu, terdapat beberapa ratusan ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Setelah diselidiki, rupanya ahli yang telah mendaftar nama dibawah saya “downline” pada awal penglibatan saya dalam mengguna dan menjalankan coaching online produk ini telah membeli produk dalam kuantiti yang agak banyak walaupun saya sudak tidak aktif menggunakan produk ini lebih setahun.

Walaupun saya rasa bersalah kerana saya sebenarnya tidak layak menerima wang ini kerana saya hanyalah menjadi orang yang memperkenalkan beliau kepada produk ini pada peringkat permulaan sahaja, namun saya tidak mempunyai kekuatan untuk menolak wang ringgit. Ya, ekonomi kita semua pun bukanlah berada di tahap yang begitu baik.

Secara lazimnya, mereka mempunyai banyak ‘whatsapp group’ yang boleh terdiri daripada group yang berkongsi gaya hidup sihat lazimnya untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, supervisor di dalam group tersebut hanyalah seorang dietition tidak bertauliah dan hanya berpaksikan produk-produk syarikat sahaja.

Contohnya, jika berat badan tidak berjaya turun, peserta akan diminta untuk mengambil produk Teh yang meningkatkan metabolisme badan. Pada bulan hadapan, peserta akan diminta untuk mengambil minuman yang mencuci usus. Semakin banyak ambil produk, semakin bagus! Jika terdapat penurunan, kita dinasihatkan untuk berkongsi rahsia kejayaan agar menjadi inspirasi orang lain. Agar keberkatan diperoleh daripada “journey” ini.

Namun begitu, setelah beberapa bulan, akhirnya saya telah sedar setiap pembelian produk oleh kita, bukan sahaja upline pertama akan dapat keuntungan, malah upline kepada upline dan seterusnya pun mendapat manfaat.

Untuk mengaburi perniagaan MLM ini nampak berdosa, mereka sangat kerap menggunakan istilah-istilah keagamaan dalam coaching online dan media sosial seperti “MasyaAllah” “Bersangka baik kepada Allah”, “Niat kita nak bantu” dan banyak lagi istilah-istilah keagamaan yang mengkaburi MLM yang jijik ini.

Setelah beberapa bulan di dalam organisasi ini juga, mereka menawarkan saya untuk hadir ke satu sesi “pembelajaran” berkenaan produk syarikat di sebuah hotel terkemuka. Saya datang bersama pasangan dan duduk di bahagian belakang sekali. Apabila majlis bermula, ada kelibat seorang lelaki mengenakan pakaian sut dan berlari ke atas pentas sambil memegang sebotol produk dan meminumnya berkali-kali.

Berlainan sama sekali ketika diajar oleh coach yang mengajar minum dalam kuantiti sedikit sebagai tanda penjimatan. “Lebih banyak kita minum, lebih besar kesannya!” Laung beliau. Semua perserta lama bersorak. Good morning! Pagi, goodmorning, tengahari pun good morning, malam pun ucap good morning! Kita boleh minum produk ini sampai 8 kali sehari!

Katanya, lagi banyak minum lagi cepat kurus! Semua orang tepuk tangan berlari kearah pentas. Minta tandatangan pada buku mereka! Mereka bersorak. Dalam hati saya berkata, ini seperti sistem brainwash kepada sesiapa yang hadir .

Saya beritahu coach saya pada masa itu, kenapa sesi pembelajaran ini begitu pelik. Terlampau MLM. 10 minit bercakap berkenaan produk dan 50 minit bercakap tentang bagaimana peluang menjadi kaya bersama syarikat ini! Beliau berkata, sebab itulah kita mesti belajar di peringkat yang lebih tinggi di ekstradisi ( bukan nama program sebenar)!

Semua jurulatih yang layak akan berkumpul di luar negara. Di singapura, Hong Kong atau mana-mana negara yang terpilih untuk menjadi tuan rumah setiap tahun. Ada yang menangis terharu apabila berada di sana. Macam pegi umrah pulak detik hati saya. Hehe.

Setelah memahami apa yang berlaku, baru la saya sedar bahawa ekstradisi itu adalah tempat pengumpulan jurulatih syarikat untuk di brainwash dan di refresh semangat mereka agar terus tekun mengumpul mata agar dapat naik pangkat. Mereka gemar gunakan terma “Bantu lebih ramai orang!”. Walhal sebenarnya ianya adalah satu manipulasi upline-upline yang kaya raya untuk menjadi lebih kaya dengan mengerah supervisor (jurulatih) untuk membantu golongan gemuk untuk menjadi kurus.

Adakah produk syarikat ini berkesan? Ya. Sebenarnya produk mereka ialah produk yang berkesan. Saya akui. Malah, pelumba basikal negara dan pemain bola sepak tersohor dunia pernah menjadi duta produk ini. Namun begitu, bagaimana ianya dipasarkan begitu menjijikkan. Golongan jurulatih syarikat tidak akan menerima jika sesetengah produk mereka tidak sesuai dengan pengamalnya.

Ada satu peristiwa dimana seorang kenalan tidak dapat menggunakan salah satu produk mereka selepas bersalin. Apabila minum produk tersebut, beliau mudah pening kepala. Apabila diadukan kepada coach, mereka berkata pening tersebut bukanlah kerana produk itu, tetapi kerana bagaimana makanan lain yg memasuki tubuh badan kita.

Bagi mereka, produk mereka ini terlalu sempurna. Ibarat mukjizat dari langit!. Tidak ada cacat celanya dan tidak boleh bercakap negatif mengenainya kerana jualan produk ini adalah sumber pendapatan mereka. Ya, ramai diantara mereka melakukan perniagaan “membantu” orang yang “memerlukan” secara sepenuh masa. Jadi, siapa yang bercakap bahawa produk mereka kurang elok, maka orang itu haruslah disingkirkan daripada circle mereka sebelum menjangkiti orang lain.

Setiap individu di dalam syarikat ini termasuklah dari ahli biasa, supervisor seterusnya world team, Get Team dan banyak lagi ranking mengumpul mata setiap bulan untuk terus maju dan terus kaya. Jadi setiap penghujung bulan, sebelum akaun ditutup, upline-upline akan whatsapp downline nya. Selalunya bermotifkan bertanya khabar.

Soalan-soalan yang saya tidak boleh lupakan adalah soalan begini. Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Adakah cukup membantu orang yang memerlukan bantuan? Sebenarnya, upline ini sedang mengerah downlinenya membuat sales supaya downline ini naik pangkat dan upline akan terus dapat point itu juga dan mereka akan menikmati keuntungan wang ringgit berdasarkan jualan kita.

Sebab itulah hubungan diantara upline dan downline ini adalah hubungan yang palsu. Selagi kita memberi manfaat kepada mereka, maka mereka akan kerap bertanya khabar, memberi respon di media sosial kita. Komen atau like gambar dan sebagainya. Apabila kita buat keputusan untuk tidak lagi aktif, maka hubungan itu terputus dan tiada lagi whatsapp tanya khabar. Ambil berat dan sebagainya.

Apabila anda menjadi penganut syarikat ini, telefon akan sentiasa berada di tangan. Ini kerana kita banyak menjalankan coaching secara online. Oleh itu, memang kerja hakiki akan terjejas. Tambahan pula kita sering mendapat tekanan daripada upline yang memaksa secara halus untuk bekerja lebih keras hingga tugas hakiki sebagai penjawat awam misalnya terabai.

Apabila kita berada di dalam circle mereka, kita takkan sedar. Apabila seketika berada diluar circle kerana telah berhenti, kita akan jelas nampak rakan-rakan yang masih aktif tersebut semakin hanyut. Ada yang mengalami tekanan perasaan ditempat kerja kerana mendapat banyak tugas.

Ada yang beranggapan bahawa bos mereka jahat dan kejam. Sengaja memberikan mereka banyak tugas! Namun sebenarnya tekanan itu muncul kerana beliau terlalu sibuk dengan perniagaan ini. Perlu coaching, memohon cuti untuk ke program specmata, ekstradisi dan banyak lagi! Sebab itulah saya katakan bahawa syarikat ini merupakan MLM yang memberi tekanan kepada penganutnya!

Saya pernah mempersoalkan kepada upline saya, jika benar kita ingin membantu orang yg ingin menurunkan berat badan, kenapa kita mesti menjual produk dengan harga yang mahal? Bayangkan sebotol produk berharga rm160 dan sebagai supervisor, keuntungan bersih yang kita peroleh adalah lebih kurang rm75.00. Kononnya nilai rm75.00 itu adalah nilai coaching kita terhadap mereka.

Kita diajar untuk menawarkan pelanggan harga member setelah sebulan mereka menggunakan produk ini. Setelah itu, barulah mereka menikmati diskaun 25% dan seterusnya. Setelah diasak beberapa kali dan saya selalu mempersoalkan niat membantu tapi tidaklah setulus mana. Akhirnya ada seseorang daripada mereka yang whatsapp saya dan memberitahu bahawa sesetengah mereka menjadikan penjualan produk sebagai punca pencarian utama mereka.

Saya diajar bahawa ini adalah soal etika. Dalam syarikat ini, etika sangat penting. Jika kita jual murah, dan ada orang komplen, maka keahlian kita akan dilucutkan. Ada rakan-rakan sekerja yang ingin membeli dengan harga yang murah, tapi saya tolak kerana etika. Akhirnya bermasam muka kerana kononnya saya sombong dan berkira.

Setelah lebih kurang 4 bulan menggunakan produk ini, saya sangat aktif mempromosikan produk ini di media sosial. Namun begitu, saya dapati ramai juga yang whatsapp saya tetapi tidak membeli dengan saya. Rupa-rupanya mereka membeli di Lazadun, Shipu dan sebagainya. Di laman web yang saya sebutkan tadi menawarkan harga yang sangat murah. Perkara inilah yang mereka tidak dapat selesaikan walhal kita dilarang menjual dengan harga yang murah kerana etika.

Bayangkan harga sebotol produk bagi seorang supervisor adalah rm90 tapi dijual di shopee pada harga rm95. Walhal, sebenarnya merekalah sebenarnya menjual produk ini di laman web tersebut kerana mereka sebenarnya perlu membuat sales supaya kekal pada jawatan atau ranking mereka.

Bagi mengkaburi hal ini, mereka mengatakan bahawa produk-produk yang dijual tersebut kemungkinan palsu. Dengan gambar-gambar orang ditangkap dikongsikan di whatsapp group untuk menenangkan kita. Oleh itu, saya telah mencuba sendiri membeli di Shipu dan ternyata, produk-produk tersebut adalah asli. Maka dengan itu, saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada aktif menjual produk ini.

Ingin tahu mengapa saya cepat mengalah? Kerana saya tidak mahu mengikuti program-program brainwash anjuran mereka. Setiap bulan di hotel-hotel terkemuka, specmata sekali setahun di dalam Malaysia jika tidak salah. Ekstradisi di luar negara setiap tahun. Di sana mereka akan diberikan cerita-cerita kejayaan individu yang telah ramai “membantu” orang yang memerlukan hingga mengalirkan air mata.

Semangat mereka di refresh dan mereka kembali ke tempat lubuk rezeki dengan semangat yang baru. Walhal sesetengah mereka tidak sedar bahawa semua usaha mereka akan membantu upline mereka yang elit menjadi semakin kaya. Mereka telah buta dengan niat ingin membantu orang lain tetapi sebenarnya ianya adalah lebih kepada keperluan wang ringgit.

Mengapa saya mengambil masa yang begitu lama untuk mendedahkan perkara ini? Saya rasa sungguh kasihan terhadap beberapa orang yang menjadikan penjualan produk ini sebagai mata pencarian utama mereka. Namun saya rasa terkilan, ada diantara rakan sekerja yang terjebak dengan MLM ini mengalami kemurungan dan stress ditempat kerja hingga perlu mengambil ubat di Hospital Sakit Jiwa.

Saya pernah berada di situasi upline-upline akan whatsapp pada penghujung bulan. Whatsapp bertubi-tubi masuk. Walhal, kita ada kerja hakiki. Jadi, semua penambahan kerja oleh majikan akan dirasakan sebagai bebanan. Kononnya ingin mengejar impian, akhirnya emosi sarat dengan tekanan dan memakan diri.

Seperti mana yang saya sebut pada awalnya, produk ini sangat bagus. Ada kualiti. Berkesan. Cuma, teknik penjualan MLM nya sangat merepek. Saya cadangkan, sesiapa yang ingin membeli produk ini beli saja di shipu atau mana-mana laman web yang lain. Dunia semakin canggih. Boleh google bagaimana hendak menggunakannya.

– Mantan Coach MLM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *