Hi semua. Aku ada masalah yang aku sendiri tak tahu bila nak hilang. Aku ada overthinking yang melampau.
Aku pon tak tahu kalau-kalau sebenarnya aku ni berpenyakit mental atau tak. Sebab aku langsung tak dapat sokongan dari sesiapa hatta suami sendiri untuk pergi jumpa doktor dan check dengan lebih lanjut.
Di sini aku senaraikan contoh overthinking yang aku hadapi:
1. Situasi tengah memasak. Pegang pisau dan datanglah macam-macam bayangan seperti aku terjatuh mungkin sebab terpijak apa-apa dan pisau tertikam ke perut. Semua bayangan tu datang dalam kepala, sebijik-sebijik dari start terjatuh, pisau tertikam dan aku nampak darah. Semua ni ada dalam kepala aku.
Belum dikira bilamana aku terbayang periuk atau kuali terbalik atau meletup sampai terbakar satu dapur. Aku nampak asap-asap semua. Aku siap dah terbayang minyak panas kena kulit semua. Penat
kan?
2. Bilamana parents, adik-beradik, suami sendiri keluar rumah. Aku dah terbayang accident lah, kena langgar lori lah. Tak tahu nak cerita dah macam mana benda ni, tapi sampai harini tak boleh nak stop.
Suami aku jenis selalu outstation, bayangkanlah sebelum dia pergi aku dah terbayang kapal terbang terhempas walaupun dia sekadar travel dalam Malaysia ja. Kalau travel naik kereta pulak, macam biasa aku awal-awal lagi dah risau macam-macam. Kalau aku sendiri pulak yang bawak kereta atau keluar pergi mana-mana lagi teruk aku punya overthinking. Hurm, memang penat.
3. Kalau atas jalan ada construction, aku dah terbayang dah semua tu akan runtuh menghempap aku yang ada kat bawah ni. Kalau naik jambatan pulak, segala scene macam dalam filem Final Destination pon muncul satu persatu.
Aku rasa cukuplah 3 sahaja contoh yang aku bagi. Banyak sangat kalau nak senaraikan sampai aku sendiri pon dah letih dan tertanya-tanya bilalah semua nk nak berakhir. Sungguh, aku memang dah penat sangat dengan semua ni.
Suami pulak, bila aku explain yang aku memang ada masalah overthinking macam ni dia macam tak serious. Sedangkan aku seorang ja tahu betapa siksanya hidup aku menanggung semua ni sedangkan yang dia nampak aku ni fikir lebih. Dia anggap benda ni biasa.
Sebenarnya masalah ni dari dulu lagi, tapi dulu masa bujang aku cerita dekat family pon diorang hanya balas janganlah fikir bukan-bukan. Bila dah kahwin, pun sama jugak respon suami. Last-last yang aku dapat hanyalah “aku fikir lebih, dan aku ja yang suka fikir bukan-bukan”
Sampai satu tahap, aku dah malas dan hanya diam dan tanggung sorang diri. Aku pon tak tahu sampai bila aku kena tanggung semua ni. Yang aku tahu, masalah ni sangat menyakitkan fizikal dan mental.
Doakanlah supaya aku sembuh dari semua ni dan doakan jugak suami aku terbuka hati untuk pandang masalah overthinking ni sebagai sesuatu yang serious.
– TA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit