Pembunuh Pesakit Kronik

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Fikiran aku runsing memikirkan ayah aku di kampung yang mengadu sakit. Ayah aku seorang penghidap penyakit kronik. Masalah darah tinggi dia yang tak pernah selesai kerana tidak ikut rawatan hospital dengan baik.

Walaupun aku bertugas sebagai seorang penolong pegawai perubatan aku masih tidak berjaya memujuk ayah untuk mendapatkan rawatan yang sebetulnya di hospital.

Kadang-kadang terdetik dekat hati, ” buat apalah aku menjadi MA ni kalau ayah sendiri pun aku tak boleh pujuk”. Biasalah orang tua. orang tua memang susah nak ikut cakap orang muda. Mereka degil, sifat mereka kembali seperti kanak-kanak yang sukar untuk makan ubat.

Pernah sahaja tekanan darahnya memuncak melebihi 200/110 dengan simptom masalah darah tinggi yang teruk sehinggakan tidak larat untuk berjalan. Hampir 2-3 kali telah masuk ward. Pegawai perubatan memberitahu yang jantung ayah telah bengkak dan sedikit luka pada buah pinggang. Cukup mendukacitakan kebenaran yang harus aku terima.

Selepas berjaya dikawal dan kembali sihat untuk beberapa ketika, ayah mula tinggal rawatan yang hospital berikan. Ubat dilupakannya. Sebaliknya, dia lebih mempercayai produk sampah yang langsung tidak pernah dibuktikan keberkesannya. Lebih mempercayai kawan-kawan,penjual produk berbanding rawatan hospital yang memang terbukti dan diiktiraf oleh dunia.

Produk yang dikeluarkan oleh melayu kita sendiri. Bukan saintis, bukan doktor perubatan malah entah siapa-siapa dan atas kajian mana mereka wujudkan produk tersebut.

Apa yang aku risaukan adalah apabila tekanan darah ini tidak dikawal, pesakit darah tinggi berkemungkinan boleh mendapat pendarahan di dalam otak atau dikenali sebagai strok . Akibatnya adalah “Kematian Otak”, atau kelumpuhan badan.

Berapa banyak pesakit kronik darah tinggi yang meninggalkan rawatan hospital mendapat strok. Sudah jemu aku melihat pesakit pesakit yang datang ke jabatan kecemasan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit mereka yang mereka sendiri langsung tidak peduli.

Ubat tidak diambil, sebaliknya mengambil supplement sampah yang memberikan mereka harapan palsu kononnya adalah rawatan alternatif dengan alasan ikhtiar dan tawakal kepada Tuhan. Amat jijik mereka yang menjual produk-produk yang langsung tak berguna ini.

Aku tidak salahkan mereka, sebaliknya orang tua kita tersangatlah naif dan ditipu oleh penjual-penjual produk ini. Malah ada penjual produk ini langsung tidak tahu apa-apa tentang produk yang dijualnya. Dengan hanya menggunakan harga yang mahal, pelekat KKM palsu, testimoni serta harapan yang menggunung mereka berjaya melariskan jualan produk mereka.

Sudahlah tidak berkesan malah sesetengah produk sampah ini memberikan kesan sampingan yang amat buruk kepada pesakit kronik. Beratus-ratus harga produk-produk ini dijual, celakalah mereka yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Aku bukannya agen bigpharma atau kedajah apa yang sesetengah korang fikirkan. Aku cukup menentang produk-produk ini kerana mereka langsung tiada bukti keberkesanan secara klinikal dan ujian makmal. Beli lah berapa botol pun pernah tak penjual menjanjikan keberkesanan produk mereka?

Apa yang ingin aku utarakan adalah masalah penyakit kronik tidak akan pernah ada ubatnya tetapi ia perlu dikawal menggunakan ubat-ubatan dan dipantau oleh petugas perubatan dan kesihatan di hospital.

Akta pengiklanan ubat tu bukannya dibuat secara semberono sahaja sebaliknya 20 penyakit itu memang tidak berkesan hanya dengan mengambil produk kerana ia mempunyai “guidline” rawatanya tersendiri.

Merasa sihat tidak semestinya organ dalaman kita sihat. Ada sahaja orang yang merasa sihat tetapi sebenarnya hidup dengan masalah kanser. Hanya ujian makmal melalui pengambilan darah dan sebagainya sahaja yang dapat membuktikan status kesihatan kita.

Tolong lah penjual produk sampah. janganlah mengambil keuntungan semata-mata atas kesusahan orang lain. Aku takkan pernah halalkan sedikit pun duit aku. Tolonglah masyarakat, tolonglah orang yang mempunyai kuasa dalam bidang ini. Tolong sekat produk-produk sampah semua ni. Tak tahu macam lagi untuk aku pujuk ayah aku.

Tolonglah wujudkan kesedaran tentang produk-produk tak berguna ni. Tolonglah sekat pengiklanan produk-produk ni di radio keagamaan dan sebagainya.

Hentikanlah pengiklanan produk yang menjurus kepada penyakit mereka. Hantarkan mereka ke hospital dan hentikan ikhtiar dengan penggunaan produk mahal tak berguna ni.

– Anak Bapa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *