Assalamualaikum. Aku Maya, 23 tahun dan merupakan seorang programmer dalam salah satu syarikat IT kecik diberi nama company ‘C’ di KL.
Tugas aku melibatkan segala benda pasal website, from planning, then coding, sampai la ke setup website into server. And now, aku dah lakukan satu kesilapan yang tersangat besar dekat company ‘C’ yang melibatkan duit, staff dan kerja yang tergendala lah.
Ceritanya bermula apabila aku diberi task untuk siapkan satu project nama dia ‘Music’ which is ‘Music’ ni sebenarnya duplicate dengan system ‘Vise’. System Vise ni one of the biggest project yg company aku handle, and system ni collaborate dengan negara India. Memang priority la kalau ada changes ke apa.
So back to the story, kerja aku jadi mudah la, just ambik system ‘Vise’, tukar jadi nama ‘Music’ . And then setup the website into the server. Settle. Aku mintak seminggu untuk settle benda ni, tapi actually sehari dah boleh settle. Saja mintak extra hari haha xD
Buat system mesti ada team. Team aku ok, dia slalu tanya ok ke tak aku buat, nak tanya apa2 kalau ada error je tanya la. Tapi aku ego, aku tak tanya but aku akan buat semua sendiri. From the first day aku kerja sini sampai sekranag, semua aku belajar sendiri. Cuma sikit2 la tanya kalau memang dah taktau sangat.
Sebab company kecik, semua orang takde masa nak bagi training kat kau. So, aku cari solution sendiri and try to understand the flow of the system by testing the previous system. Haih. So lepas aku dah settle buat website, aku pelik kenapa team aku tak inform apa2 pasal database dah create ke tak.
Rupanya dorang ada email cuma aku yang tak perasan sebab too many Auto Email. So disebabkan aku ada structure database Music tu, aku pon masukkan database yg aku ada ke dalam live server. Sorry la cam complicated sikit, ni yang paling simple aku boleh explain.
Aku dah check betul2 semua benda. So dengan yakinnya aku masukkan database Music dalam server Vise. On the moment aku masukkan database Music, tiba2 Vise stop working. Aku dah cuak. Slow2 aku bukak database Vise, semua kosong, KOSONG. Semua data hilang.
Ya Allah menggigil badan aku time tu. Aku ada buat silap ke???? Aku terus cepat2 kasi tau team aku. Bila check2 rupanya aku pegi reset balik database Vise. Data Vise dalam 20GB jugak la kalau download. Banyak gila. End up semua tu hilang sekelip mata. And dorang tak buat backup. YaAllah aku betul2 rasa down time tu.
Hari kejadian aku stay office sampai pukul 8, sebab nak setup Music tu(keje lain tetap jalan). Aku pm team aku, mintak maaf bebanyak kat dorang. Dorang pun kata la, benda nak jadi nak buat macam mana.
Tup tup pukul 10 malam tu, CEO company aku duk marah2 dalam Whatsapp Group, ‘kenapa careless sangat?? Our income is at stake. This is really really bad!! ‘. Aku ambik pendekatan mendiamkan diri sebab boss aku terlalu marah time tu. Malam tu memang aku tak boleh tidur langsung, memikirkan nasib company aku.
Esoknya, boss department aku bagitau aku ni, “Maya, I didnt see any reply from you. This problem caused by you, and you cannot just waiting for senior to resolve by you. Please participate”. Aku makin cuak and takut. Aku balas, aku still cari solution, and aku tanya ramai senior aku pasal benda ni. Aku tak cakap dengan team aku langsung harini, dorang dok cari solution macam mana nak recover balik database tu.
Server India tu sorang je bole remote, jadi aku tak participate and aku memang tak pandai bab2 database ni, so aku memang blank taktau nak buat apa so aku buat keje2 lain yg tengah pending. Aku rasa bersalah sangat, sebab dah menyusahkan semua orang. Semua benda tak working, and masing2 banyak keja pending nak kena settle.
Aku rasa bersalah weh, rasa nak bunuh diri pun ada. Pernah rasa tak macam bila kau dah takde harapan, kau rasa down sangat sampai ttibe pisau kat tangan kau? Macam tu la aku rasa. Aku tawakal je ngan Allah, apa2 jadi, jadilah.
Sekarang ni aku menunggu nasib aku sama ada kena pecat, kena tengking, kena pandang sinis dengan boss, and kena blacklist terus. Aku dah ready apa yang bakal jadi kat aku. Suprisingly aku tak boleh nangis bila benda ni jadi. Mungkin hati ku kering.
Doakan supaya database tu boleh recover balik.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit