Pesanan Buat Pencari dan Pemohon Pekerjaan

Hai, nama aku Sha. Ini kali kedua aku menulis di sini. Artikel aku kali ini langsung tak ada kaitan dengan artikel lama aku. Sebab kali ini aku bangkitkan isu baru.

First of all, aku nak mohon maaf kalau artikel aku ni ditulis dalam dua bahasa (BM dan English). Straight to the point, apa yang aku nak sampaikan nanti adalah lebih fokus kepada fresh graduate yang sedang dalam proses mencari kerja. Artikel ini agak panjang. Jadi bersabarlah bagi yang membaca ya.

Hari ini ada dua orang pemohon kerja datang ke company tempat bekerja (walk in). Dua-dua perempuan. Selaku Front Office Assistant, aku diamanahkan oleh HR Department untuk menyediakan Job Application Form (JAF) kepada mereka untuk diisi.

Seperti biasa, selesai mereka mengisi borang aku akan menyemak terlebih dahulu borang mereka sebelum aku bagi kat HR Executive yang akan interview mereka. Mana tahu kalau ada maklumat penting yang mereka lupa hendak isi. Dan benar ada ruangan “Family Details” yang mereka lupa hendak isi. So aku minta mereka isi semula ruangan yang kosong. Cuba teka, apa mereka jawab.

“Do I need to fill these details? Are all that important to you?” dengan nada tidak berpuas hati dan gedik. Lepas itu adalah beberapa ayat yang mereka bebel dalam English. Siap kutuk company ni banyak sangat songeh la. Minta banyak sangat maklumat la. (Agaknya mereka ingat aku tak reti nak bercakap dalam English ko. Hello!! I’m university graduated and a first class degree holder too okay!) ~

Kenapa aku kerja Front Office Assistant pula kalau ada degree? Jawapan ku ringkas jer dik, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Prinsip aku senang, kalau kau betul-betul nak kerja. Jangan memilih kerja. Yang penting halal.

Back to my real story, waktu si pemohon kerja tu kemukan soalan tu aku jadi terkejut sangat. Nak marah pun ada sebab cara mereka tu macam bukan orang nak cari kerja sangat. Tapi aku tetap minta mereka mengisi sebab itu sudah PROCEDURE company. Malahan memang company kami memerlukan maklumat itu. Jadi apa salahnya untuk dia isi. Lagi nak komplen.

Setelah mengisi maklumat terakhir itu, si pemohon kerja dengan gediknya mengembalikan borang itu. Tanpa bertanya apa procedure seterusnya, mereka pun berlalu pergi. Reaksi aku kemudiannya hanyalah gelengan kepala. Dalam hati Tuhan saja tahu betapa aku kesal dengan sikap budak-budak merangkap si pemohon kerja itu.

As I have reviewed her JAF, I found her just graduated from a university in this town. But what make me disappointed is, she doesn’t seem like an educated person at all. Why did I said so? Here are my points :

1. She gave me BAD impression toward her. Yup, aku bukanlah HR Exec utk menilai dia. Selama 2 tahun aku bekerja di company ini aku dah didedahkan tentang sedikit sebanyak tentang cara penilaian dan proses pemilihan pekerja.

2. Dia kutuk company banyak songeh. Ini disebabkan dia kena mengisi banyak sangat maklumat dalam job application form company kami. Girls! Dah namanya borang isi saja. Lain company lainlah maklumat yang mereka minta. Kalau awak betul-betul nak kerja, sabar sajalah.

3. Langsung tak pandang wajah staff bertugas semasa masuk ke ruangan pejabat lebih-lebih lagi front counter. Dia datang terus cakap “Saya datang nak minta kerja.” Tapi mata dok pandang kawan sebelah. Lepas tu buat muka macam tak puas hati bila salah seorang daripada HR Executive kami bertanya pasal working background dia (masa ni belum formal interview lagi. Kebetulan HR Executive ada di kaunter dengan aku).

4. Tak ucap terima kasih dan bertanya sama ada mereka akan dipanggil untuk interview secara formal atau tak. Habis isi borang terus blah macam itu saja.

Pesanan aku buat adik-adik yang fresh graduate sekalian. Kalau korang betul-betul nak bekerja sila tunjukkan niat dari air muka itu. Apabila datang isi borang atau interview jangan tunjukkan perangai menjengkel awak tu kat staff office. Tak kisahlah orang tu front office assistant kah, cleaner kah, executive level mahupun manager level sekali pun.

Ingat dik, first impression daripada pihak majikan itu PENTING. Jangan ingat sebab awak tu university graduated awak nak menyombong di mana-mana tempat yang awak pergi. Itu saja, semoga cerita aku ni jadikan iktibar dan pengajaran buat kalian.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *