Struggle Tapi Pointer Rendah

Aku menulis sekadar berkongsi secebis kenangan dalam hidup aku.

Nama aku mawar sudah tentu bukan nama sebenar. Terima kasih sekiranya admin siarkan. Dulu aku pernah baca satu sharing hamba Allah ni. Katanya antara punca gaji fresh graduate rendah adalah kerana mereka yang keluar uni dengan pointer rendah.

Antara isi dalam sharing tu ialah menyalahkan mereka yang main2 waktu study. Tak fokus betul2 sampai dapat pointer rendah. Aku antara orang yang keluar dengan pointer rendah nak share je la. Mungkin ada yang main2 aku akui. Tapi jangan lah pukul taram semua.

Kalau nak cakap pasal struggle, yaa aku struggle, aku skema, aku datang awal kelas, aku stay up, aku study wehh.. Tapi otak aku lemah agaknya. Tak boleh masuk. Tak hebat macam orang lain. Aku join macam2 persatuan nak bagi aktif diri aku.

Aku cuba, tapi pada masa yang sama aku lawan perasaan aku. Hari2 aku terkenang2 trauma hidup aku. Aku mangsa cabul ayah aku. Hidup aku dari kecil selalu dibuli. Kena dera dengan mak aku.

Aku hari2 melawan perasaan kumpul kekuatan untuk terus bangkit. Aku banyak kali give up weh. Aku struggle nak habiskan degree aku. Tak siapa tahu cerita aku. Aku diam. Aku struggle sorang2.

Mungkin sebab tekanan hidup aku mangsa cabul, mangsa buli, mangsa dera. Buat otak aku lemah tak mampu nak dapat pointer tinggi. Jiwa aku tak kuat tak sehebat yang lain. Bukan aku nak jadikan ini satu alasan kenapa pointer aku lemah. Cuma aku nak cerita yang jalan cerita kita semua lain2 tak sama.

Alhamdulillah, aku berjaya habiskan degree aku. Allah bayar struggle aku tu weh. Lepas degree tak menganggur pun, syukur. Sekarang aku dah ada kerja bagus, gaji bagus sesuai bidang aku ambik dulu walaupun pointer aku rendah. Aku bersyukur rahmat Allah.

Senang je orang cakap aku otak lemah banyak repeat, slow, diorang tak tahu tekanan mental yang aku hadap. Beban trauma yang aku pikul hari2. Penatnya aku kumpul semangat hari2. Aku bukak mata sesak nak bangun jiwa kosong. Aku lawan aku nak berjaya jugak. Perit penat. Sakit dada aku. Sakit sangat weh.

Tapi itulah, Allah maha mengasihani. Dia tahu betapa aku struggle dulu. Allah Maha adil sekarang dia bayar struggle aku dulu.

Buat yang tengah struggle study tu teruslah buat yang terbaik. Study lah. Biar apa orang cakap, andai pointer rendah sekali pun cuba perbaiki selagi sempat. Jangan pernah give up. Mungkin ujian kau susah waktu study tapi nanti Allah bayar semula senang waktu kau kerja pulak nanti.

Buat yang gifted tahniah, buat yang struggle dan pointer gempak tahniah jugak. Buat yang meniru waktu exam aku harap kau insaflah.

Confession aku tak menarik mana pun. Cuma aku nak share yang struggle kau tu dipandang sebab Allah Maha Menilai. Allah maha adil. Ingat satu je. Selagi kau usaha Allah bayar. Titisan air mata kau tu Allah ganti nanti.

~pointer rendah also struggle lahh…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *