Kecil Hati Dengan Ibubapa

Aku mempunyai seorang kakak. Kakak aku alhamdulillah mempunyai kerjaya dan hidup yang serba mewah. Berbanding dengan aku, hanya kerani biasa sahaja.

Aku tidak sepandai kakak aku, tapi alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke diploma. Bukannya aku tak mampu nak sambung pelajaran lagi, tapi aku tahu orang tua ku mesti akan cakap tak mampu nak tanggung aku belajar.

Semasa aku melanjutkan pelajaran ke diploma juga, aku survive seorang diri. Bekerja part time untuk tampung perbelanjaan aku sendiri. Keluarga ku hanya memberikan RM100 setiap bulan. Apalah yang aku boleh beli dengan RM100 sebulan, dengan sewa rumah, bil dan sebagainya. Hidup sebagai student tak ada yang indah bagi aku. Semua terpaksa berdikari sendiri.

Selepas sahaja tamat belajar, aku ditawarkan pekerjaan yang setanding dengan kelayakan ku. Tapi sayang, dek kerana terpaksa bekerja shift dan jauh sedikit dari rumah, ibu bapa aku menyuruh aku untuk berhenti kerja. Aku turutkan permintaan mereka.

Di tempat kelahiran ku tidak banyak peluang pekerjaan. Dan aku terpaksa menerima apa sahaja pekerjaan yang ada di depan mata. Selepas itu, aku ingin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang setanding dengan kelayakan aku.

Tapi seperti biasa ibu bapa ku membantah dan tidak mengizinkan aku pergi jauh. Alasannya, aku masih muda, dan tidak percaya pada aku kerana aku seorang perempuan. Tetapi kakak aku bekerja di Kuala Lumpur juga dahulu, seorang diri di sana.

Bak kata orang, rezeki jangan di tolak, tetapi sudah banyak tempat kerja yang aku kerja dan berhenti kerana orang tua ku membantah. Berbagai alasan yang di berikan antaranya – “Tidak sesuai dengan aku lah, tidak ada masa dengan keluarga, waktu kerja sama sahaja seperti orang tidak sekolah” .

Apa lagi yang mampu aku lakukan hanya menurut sahaja dan berdiam diri. Aku tidak mampu untuk membantah. Tapi sudah kerap kali juga aku berselisih faham dengan ibu bapa ku kerana kerjaya aku yang mereka halang. Tetapi hutang PTPTN tetap perlu di bayar. Dan jika aku tiada duit, aku di layan seperti anjing kurap.

Dalam segala hal, kakak aku tetap akan di sanjung, kerana dia kaya. Aku hanya mampu melihat dan menangis seorang diri. Cita-cita aku dihalang, hidup aku di kongkong. Tetapi bila ibu bapa ku kekurangan duit, aku lah yang di cari, aku lah tempat mereka mengadu nasib, dan aku tidak pernah ungkit apa yang aku telah berikan.

Tetapi bila aku susah, habis di ungkitnya. Seolah-olah mereka yang menanggung aku sambung belajar. Sedangkan aku setiap hari bekerja part time mencuci pinggan di sebuah restoran.

Sekarang, aku baru sahaja mendirikan rumah tangga. Aku fikir, selepas ini tiada siapa yang boleh menjadi tempat luahan perassan aku dan menjadi pelindung untuk diri aku. Sebelum kami berkahwin, ibu bapa aku meminta aku dan suami tinggal bersama-sama mereka kerana kakak ku telah tinggal di Kuala Lumpur, takut bila ada kecemasan tak siapa yang datang membantu.

Aku dan suami bersetuju sahaja. Tapi manisnya sekejap sahaja. Ibu bapa aku telah mula tunjuk taringnya ingin mengawal segala apa yang kami lakukan. Setiap apa yang mereka beri pada kami suami isteri, mesti akan ada suatu hari di ungkitkan kembali.

Pernah suatu hari, ibu bapa ku bertanya pada aku dan suami untuk membelikan barang rim motor untuk kami harganya RM50 kerana rim motor suami ku dah rosak. Tapi kami menolak, kerana kami belum ingin pakai barang itu. Ibu bapa ku tetap membelikan juga. Kami tidak berkata apa-apa.

Sampai sahaja satu masa kami bertanya kepada orang tua ku tentang rim motor ku, ibu ku berkata “Rim itu dia yang beli dengan RM50.. RM50..” dengan berulang kali. Dan mulalah timbul panas di hati aku kerana perkataan RM50 sering kali di ulang.

Aku dan suami berbincang, dan buat keputusan untuk beli rim baru yang lain, tidak akan gunakan rim yang mereka beli itu. Kami fikir, barang sudah ada, mengapa perlu di beli yang lain lagi. Ibu bapa ku mememerli ku seperti kami yang meminta dia belikan rim tersebut.

Aku menjadi malu dengan suami aku sendiri dengan kelakuan ibu bapa aku, yang hanya mementingkan wang ringgit daripada kasih sayang yang kami berikan. Ye aku tahu, aku tak kaya seperti kakak aku, yang boleh bawa makan tempat yang sedap-sedap, belikan baju yang mahal-mahal.

Apa lagi yang aku boleh buat? Gaji aku hanyalah RM1400 sahaja sebulan. Aku tidak pernah missed untuk memberikan duit kepada ibu ku setiap bulan. Tetapi aku di layan seperti ini.

Aku sudah buntu cara macam mana lagi yang aku boleh buat untuk puaskan hati ibu bapa aku. Perlukah aku menabur duit di depan mereka barulah aku disayangi? Setiap hari aku berdoa supaya mereka sujud pada ALLAH dan di bukakan pintu hati untuk menerima hidayah dari ALLAH. Aku sendiri berasa malu dengan suami ku kerana ibu bapa ku tidak pernah sujud pada ALLAH. Aku malu dan sedih sangat-sangat.

Apa cara lagi yang aku perlu lakukan? Aku tidak mahu ibu bapa aku menjadi hamba duit. Aku tidak mahu beli jiwa mereka dengan duit. Salahkah aku berkecil hati dengan perbuatan ibu bapa ku terhadap aku??

Aku buntu. Adakah aku dipandang hina sebab aku tidak kaya seperti kakak aku?? Sejak kecil aku di layan seperti ini, sehingga aku terfikir aku ini anak kandung mereka atau anak pungut mereka sahaja?? Berdosakah aku berkecil hati, terasa hati dengan ibu bapa ku??

– ANAK YANG KECIL HATI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *