Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan post ni. Saya perkenalan diri sikit. Saya baru bergelar seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Saya berumur 24 tahun. Alhamdulillah.
Berkaitan dengan tajuk diatas. Sebagai seorang ibu sudah tentu kita inginkan yang terbaik buat anak kita. Kadang2 bila lihat anak sedang tidur terpikir macam mana keadaan dia bila besar nanti. Macam mana perangai dia.
Adakah dia akan membesar menjadi anak yang soleh? Baik akhlak nya? Cemerlang hidup nya? Dalam keadaan zaman mencabar sekarang. Kalau nak diikutkan zaman ibunya sahaja sudah mencabar. Apatah lagi hendak mendidik anak pada zamannya.
Jadi disini apa yang penting ialah, kembali pada Allah. Buat sehabis baik, untuk anak. Usaha, doa, dan tawakal. Sudah tentu perkara paling utama dalam agama adalah solat. Keduanya al- Quran. Didiklah anak kita mencintai al- Quran… bagaimana?
Sedari anak masih bayi lagi kita boleh semaikan benih cinta nya pada al-Quran. Ibu2 diluar sana amatlah penting dalam memainkan peranan. Bacakanlah al-Quran pada bayi. Suara ibu adalah suara yang paling dekat dengan anak.
Kalau selalu ibu2 memberi alasan tidak sempat untuk membaca al-Quran kerana menguruskan anak kecil. Kita silap. Sebenarnya kita banyak masa untuk membacakan al-Quran pada anak kita iaitu waktu menyusu.
Daripada kita scroll fb, ws, ig dan sebagainya sambil menunggu sehingga anak habis menyusu. Lebih baik kita buka app al-Quran di henset kita dan baca. Bayi menyusu dalam 10-15 minit. Kita dah boleh baca 10 mukasurat…
Dalam masa yang sama. Bayi anda mendengar alunan suara ibunya membaca ayat suci kalamullah. Walaupun bayi tidak memahami bunyi apa yang dibacakan ibunya. Tapi yakinlah. Otak bayi saat ini sedang berkembang. Mereka mudah menyerap apa yang dilihat didengari seperti span menyerap air.
Dari sini akan membuatkan mereka mula mencintai al-Quran. Ibu pun beroleh pahala. Boleh khatam al-Quran. Bayangkan kalau sehari bayi menyusu 7 kali. 7×10 dah 70 muka surat sehari. Dalam masa beberapa bulan dah boleh khatam. InshaAllah
Mungkin ada yang akan mempersoalkan macam mana nak baca al-Quran, tiada wudhu, tidak menutup aurat. Perlu berwudhu hanya apabila kita ingin menyentuh dan membaca al-Quran menggunakan mushaf al-Quran.
Selebihnya jika ingin membaca di henset berwudhu hanyalah adab. Begitu juga menutup aurat hanyalah adab ketika membaca al-Quran.Ibu2 boleh menutup sedikit kepala menggunakan apa2 kain jika mahu.
Sesungguhnya banyak fadhilat mencintai al-Quran. Nanti ibu2 akan merasa kehidupan seharian bersama anak kecil menjadi mudah walaupun banyak yang perlu diuruskan.
Lagi satu. Sembahyang diawal waktu. Walau sibuk macam mana pun berusahalah untuk sembahyang diawal waktu. InshaAllah nanti waktu akan terasa lapang dan mudah segala urusan kita dengan anak kecil.
Setakat ni sahaja penulisan saya. Moga bermanfaat buat ibu2 muda diluar sana. Buat ibu2 yang anak2 nya sudah besar juga masih belum terlambat untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Pelbagai cara boleh diamalkan. Yang penting permulaannya diri kita sendiri. Baru anak2.
Akhir kalam. Doakan anak saya membesar menjadi insan beriman yang soleh seperti namanya. Ammiinn.
– Ahmad Soleh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit