Bahagia Cara Aku

Aku seorang wanita yang masih dalam perkahwinan dan sedang dalam berkira-kira untuk memutuskan hubungan ini. Aku dan dia berkahwin sekitar lapan tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sebenarnya dari awal lagi perkahwinan aku bermasalah. Tapi aku pendam demi menjaga banyak hati termasuk hati dia. Aku berkahwin sebab penuhi kehendak orang tua aku sedangkan aku pernah cuba nak putuskan pertunangan kami sebanyak tiga kali. Aku redha dan rasa bertanggungjawab dengan pilihan yang aku buat. Aku berazam tinggalkan insan yang aku terlalu cinta demi dia. Demi bahagia dia.

Tapi sebaliknya yang aku dapat. Kerana terlalu menjaga dia dan membuat semua urusan sendiri dia langsung tak jalankan tanggungjawab hakiki dia sebagai seorang suami. Nafkah atas katil je dilunaskan. Hanya kerana aku bekerja dan gaji yang lebih tinggi menjadi alasan untuk dia tak beri belanja dapur dan paling teruk waktu anak 1st lahir aku support dari susu, diapers hingga bayaran pengasuh sekali aku tapaw.

Aku diam dan berharap dia hargai apa yang aku korbankan demi perkahwinan ini. Hampir setiap hari bergaduh dan bila aku ingatkan pasal nafkah dia jadi berang dan memaki dengan kata kesat. Kalau aku nak duduk dlm rumah tu kena ikut cara dia. Kalau tak nak boleh keluar cari orang lain. Orang lain maksud dia adalah ex aku.

Sebelum kahwin dia janji dia takkan ungkit pasal tu dan nak buat aku lupakan ex aku tapi dia yang tak boleh move on rupanya. Dan ex aku dijadikan modal utk elak bagi nafkah. Kalau ungkit lagi dia suruh aku pergi kepada ex aku. My ex dah kahwin beberapa bulan lepas aku kahwin so, tak mungkin aku boleh dapat lagi.

Akhirnya aku putuskan untuk cari bahagia ada atau tanpa dia. Dua tahun berlalu… aku dan dia bergaduh lagi hal yang sama masih tentang nafkah(duit) sampaikan aku dicekik. Allah je yang tahu betapa takut, sedih, hampa kecewa semua ada. Ada rezeki dapat anak kedua dan aku redah macam biasa check up sendiri sampaikan anak 1st warded pun aku yang jaga dengan perut memboyot dan cuti tanpa gaji.

Kalau belanja untuk anak2 jangan nak mintalah memang kena hamuk. Kali ni dah berganda, aku harap dia faham. Dia mcm nak berubah bila dia start bayarkan rumah dan utilities. Aku lega sikit dah mula dapat buat simpanan sikit. Tapi panas tak sampai petang, tiba- tiba dia berhenti kerja dengan tak ada gaji lagi aku terpaksa tanggung. Episode gaduh2 lagi.

Sepanjang bertahun-tahun tak pernah tak minta dilepaskan dengan dia, cuma dia taknak lepaskan. Kalau aku nak sangat bercerai aku yang kena uruskan. Damn!!! Aku rasa tawar dah. Aku tanyakan ustaz untuk rujukan ke pejabat agama dan kemuadian aku batalkan sebab aku kesiankan anak-anak yang tak faham situasi. Sebab dia tak endahkan aku, aku terlepas saat2 akhir mak aku.

Aku rasa nak mati sekali. Kejam sangat dia buat hati aku kering. Aku tetap nak rasa bahagia walaupun perkahwinan ni tak bahagia. Daripada selalu rasa tertekan aku buat keputusan untuk tak pedulikan dah apa yang dia nak buat.

Aku mohon Allah tunjukkan jalan je. Kalau dia masih jodoh aku, tabahkan aku. Kalau dia Tak baik untuk aku, lepaskan ikatan kami. syukur aku ada kawan yang selalu pinjamkan bahu dan telinganya itu dah cukup bahagia. Sekadar nak luahkan rasa. Tentang anak-anak aku tak risau sebab dia sayang anak-anak dia walaupun jarang jumpa sebab waktu kerja tak tentu.

Katanya, hal anak2 (yuran sekolah je pun) urusan dia sekarang. Urusan aku je bukan tanggungjawab dia. Masalahnya segalanya aku uruskan sendiri bertahun tahun dan terbiasa dah tanpa dia walaupun tinggal sebumbung. Aku redha. Dosa dia antara dia dengan Allah.

Untuk aku, aku maafkan dia dan masih menjaga amanah-amanah yang dipinjamkan macam biasa. Aku cuba elakkan gaduh sebab aku tak nak dengar dia memaki hamun. Aku berhak bahagia dengan cara aku. Sampai masa nanti dia juga akan biasa tanpa aku. Bila tiba waktu tu aku akan lepaskan dia…

– Ain Reza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *