Riak Membarah Dalam Masyarakat Melayu Islam

Assalamualaikum, maafkan saya kalau confession saya ni mengguris hati ramai orang terutamanya Melayu sebab tajuk saya sebut Melayu Islam.

Saya rasa penting untuk kita aware yang bragging/riak attitude now dah semakin teruk dalam komuniti melayu Islam. Saya takmo nak sentuh kaum dan agama lain walaupun ada je (contoh kardashian family etc), tapi sebab saya ni Melayu dan Islam saya nak sentuh perihal kaum dan agama saya je lah.

Social Media influencer menyebarkan attitude, semua benda yang orang dambakan di dunia ni kena tunjuk baru social status korang akan jadi tinggi.

Tunjuk anak belajar tadika mahal. Tunjuk logo kereta, tunjuk travel sana sini, checknin tempat mahal mahal, tunjuk shopping designers brand, tunjuk makan mewah etc… sekarang budaya makin kronik jadinya bila harga semua nak tayang. As if perlumbaan sapa spend more, sapa lagi kaya, sapa lagi mampu.

For what?

To feed own ego? Untuk impresskan siapa sebenarnya?

Dalam Islam Rasulullah s.a.w ada kata tak akan masuk seorang Muslim ke syurga kalau ada even secebis rasa sombong dalam hatinya. Kena masuk neraka untuk burn the arrogance out of his soul baru dia layak masuk ke syurga. Itu pun di dahi ada tertulis bekas ahli neraka.. and hiduplah dengan carry that title for infinity life di akhirat.

Hidup kat dunia ni berapa tahun je. Kalau nasib baik… jadilah macam Tun M hidup mencecah umur 90 tahun. Tapi average hidup manusia cumalah 60-70 tahun.

Dengan short age macam ni kita nak meriak, menanam sifat takbur dan sombong dalam hati dan leave away chances to live in Jannah forever, for infinity life?

Masalah sekarang kita semua terjebak dengan mainan social media. Semua benda nak tayang.

Kalau 30 tahun dulu sifat meriak hanyalah sekadar beli emas/ sofa/ langsir/ pinggan mangkuk baru waktu raya dan bila orang datang beraya mula sebutkan benda benda baru ni. Setahun sekali. Tapi now we are constantly try to seek people approval on our way of life. Hari hari nak OOTD, baju tak boleh ulang, hari hari nak tunjuk check in makan tempat hype, raya kena beli baju yang in trend.

These are too much. And we are creating new generation yang hunger for social approval macam ni. :( mana pergi simple easy life yang lead to self contentment? Trust me the more we seeking for people approval the more we trap ourselves in own destruction. Lead to anxiety, lead to broken life sebab kita tak selalu di atas. Tak selalu ada duit untuk catch up with latest trend.

Saya sebenarnya tak faham kenapa gaya hidup social media influencer yang jadi ikutan masyarakat sedangkan greatest people alive around us they are most humble people. Mark zuckerberg and his wife, Bill and Melinda gates, Jack Ma… ini semua the richest people on planet. Kat Malaysia pun Tan Sri Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krisnan are the richest tapi they do not go around displaying their assets to public in social media.

Orang Melayu Islam, owh my people (eh tetiba macam drama haha) sedarla.. stop memuja ikon ikon social media yang lead our people to destruction. Why saya kata destruction?

Sebab now makin ramai anggap jadi usahawan product timbang kati tu adalah real businessman. Kita biarkan mereka ini jual barang makanan yang bahaya pada kaum kita, biarkan penunggang agama fools us with their social life yang dipotray good-good di instagram mereka.

Kita biar anak anak yang baru nak mula kerja hadapkan gaya hidup hipstur, kereta takmau kalah, makan kena from known location, baju raya sampai rm6-7 ratus, tudung beratus ratus, travel sana sini semuanya swap on card, ambil personal loan just sebab to follow their influencers, to look ‘cool’ among themselves. :,(

Dalam masa 2 tahun jual product timbang kati masing masing buat duit berjuta juta, tayang lagi rumah macam istana ada swimming pool, tayang lagi spenda versace, kereta mustang. Padahal they take advantage of our foolishness by selling us their product through their fake lifestyle.

Tak tau la my point hujung ni berkait tak dengan riak.. please stop worshipping this riak culture. Teach your kids being humble human being.

Kalau ada benda nak tayang…. tayanglah positive achievements, like helping NGO ke, participate in CSR activities ke, tolong kucing strays ke, travel to spread your skillset in work to other side of the world ke, share buku buku bagus dalam pasaran yang macam Bill Gates or Mark zuckerberg ke.. spread the goodness of our life not the bad things.

Apa faedahnya tayang pakai spek mata gucci, kasut chanel, baju kenzo, tudung Duck limited edition (contohnya)… selain dari pekara ini to feed our own ego to show people we are better top to toe materially?

Kalau Mark Zuckerberg pakai plain baju kelabu kemana mana, takde nampak brand pun, bukanlah its quite obvious ‘great prople, smart people’ they sell themselves as brand not the designers brand sell them to society. Kita nak ikut jejak smart people or nak ikut jejak not-to-smart people?

We need more powerful force to lead our society to better path. Hang Tuah kata takkan Melayu hilang didunia.. takkan nak biar orang Melayu kita ikut cara bad Malay influencers mengaibkan diri di negara orang cara begini – top to toe tayang designers brand di tengah kota popular Paris.

Lepas tu rakam aksi pelik pelik tengah orang, ambik video buat odd actions semata nak nampak cool di IG *facepalm* ingatlah kita semua embassador bangsa, agama dan negara.

Image kita carry tu penting.. kita bawak image negara bangsa dan agama jugak. Tak kira la dalam negara or luar negara. Stop fooling ourselves or people will start looking at our race as fool. Our religion as a joke . Sedih betul.

Kita semua play part in our society. Kalau kita tak boleh ubah semua orang, kita ubah diri kita, cuba slowly create good steps so other people around us mungkin akan berubah ke arah kebaikkan jugak. stop making bad people famous.

Last but not least.. note untuk orang marhaen yang mula terinspired to follow steps fake life of social influencers,

“We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like.”

Let us have decent life. Dunya is not our sole aim, aim kita yang lebih besar iaitu Jannah Allah.

Dont let this life in dunya decieve us.

Last note, Nabi Muhammad s.a.w tak pernah popular dengan harta dunia. Tak pernah ada cerita dia tayang hartanya. Isa a.s (Jesus) juga tak penah popular dengan imagr dia guna barang emas setiap hari. Holy grail, bekas minumannya yang jadi rebutan setiap biggest christian power in the world cumalah cawan tanah liat biasa.

Both of them famous as pengembala kambing.

Tapi both of them ada pengikut(followers) yang paling ramai in human history. They are the greatest influencers walaupun depa tak pernah meriak dengan harta dunia.

:,(

Yang baik dari Allah, yang tak baik tu dari saya. Minta maaf kalau ada menguris hati golongan yang sukakan trend tayang harta di social media.

– Puan Cikedis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *