Assalamualaikum & terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya untuk kali pertama ini. Semua orang mengimpikan perkahwinan hingga jannah dan sekali seumur hidup. Saya ingin menceritakan kisah keluarga saya sebab saya berada dalam ‘broken family’.
Pada mulanya saya tak boleh terima parent bercerai, tapi bila dah lama saya redha sebab ketentuan Allah juga setelah mama berdoa depan Kaabah semasa mama & ayah pergi mengerjakan haji, mama hanya berdoa sekali sahaja iaitu perkahwinanku banyak masalah, jika dia bukan jodohku aku redha ya Allah.
Mama bertahan lama hampir 25 tahun sebab tak nak mengganggu pelajaran kami anak-anaknya. Selepas beberapa tahun, ayah masih lagi culas melaksanakan tanggungjawabnya mama pun menfailkan fasakh di mahkamah, ayah menceraikan mama dengan talak 1. Selepas bercerai saya nampak mama sangat bahagia sebab terlepas beban besar di bahu.
Setelah dari peristiwa itu kami juga dah habis belajar dan juga bekerja, mama juga menfailkan tuntutan harta sepencarian & mutaah di mahkamah syariah yang diwakili oleh setiap peguam parent kami, saya dan adik jadi saksi dalam kedua² kes dan juga sering kali mengikuti jika ada kes pada tarikh tertentu.
Dalam mahkamah juga saya lihat pasangan muda yang baru sahaja berumah tangga ingin bercerai & ada juga macam-macam hal berkaitan perceraian yang saya tak boleh fikir alasannya.
Setelah setahun bercerai ayah kami berkahwin baru dengan janda anak 4, saya dan adik tak menghadiri perkahwinan barunya kerana kami tidak redha,h anya abang sahaja yang pergi wedding ayah.
Pada tahun pertama kami 3 beradik beraya dengan ayah di sebuah hotel tapi kami tidak beraya di rumah mak baru kami. Dalam tahun lepas saya dapat info yang ayah juga bercerai dengan isteri barunya yang kahwin tak sampai 2 tahun.
Untuk pengetahuan awak semua mama tidak mahu berkahwin lagi, sekarang ayah masih dok jaja yang dia nak kahwin lagi, dengan alasan tak ada sapa nak jaga ayah, sedang kan anak-anak dia tidak mendirikan rumah tangga lagi.
Sampai saya terfikir apa tujuan kahwin sebenarnya untuk seronok sebab dapat bertukar pasangan atau untuk menunjuk dekat orang bahawa dia boleh kahwin lebih dari sorang, tapi saya sangat kenal dengan sifat dan perangainya masakan boleh jadi DUDA buat kali ke 2.
Sehingga kini hanya keputusan harta sepencarian sudah selesai hanya perlu tunggu keputusan mutaah sahaja.
Saya sampai takut nak kahwin sebab tengok hal parent yang bagi impak besar dalam diri saya sehingga mama ada berpesan jangan sebab tengok mama & ayah korang gagal dalam perkahwinan korang takut nak kahwin.
Semoga satu hari nanti hati saya terbuka untuk berkahwin & dapat nikmat rasa bahagia.
‘Pada akhirnya semua orang akan menemukan kebahagiaanya walaupun bukan dengan orang mereka inginkan’.
Saya mohon maaf kerana terlampau panjang eseinya, thanks sebab sudi baca.
– Cat Lover (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit