Assalamualaikum semua. Pertama sekali apa yang aku nak share ni cumalah dari manusia biasa macam aku ni. Aku terlintas lama dah nak tulis pasal ni. Banyak kali dan tak jadi jadi. Tak tahu nak mula dari mana. Cuma niat aku hanya untuk share benda yang aku rasa perlu. Mungkin boleh kait dalam ‘ujian’ masing-masing.
Aku ni sejenis yang mudah bergaul dengan orang. Walaupun baru je jumpa. Dan boleh terus jadi kawan chit chat, boleh geng sekepala orang kata. Aku bukan orang yang nak sentap2 benda yang kecik2 bila dengan kawan2. Kalau benda yang sensitif pun aku boleh lupakan macam tu je, asalkan ada yang dahulukan maaf. Sebab aku tanam dalam mindset aku dulu, aku cuma nak cari kawan seramai boleh dan taknak ada satu pun musuh. Ya, itu aku dan mungkin juga korang semua.
Mindset serupa itu tak salah dan tu satu benda yang bagus untuk amalkan dalam hidup.
Cumanya…aku lupa satu benda dulu. Satu benda wajib yang sepatutnya aku buat. Oh ye, aku terlupa untuk tengok diri, untuk syg diri, untuk jaga hati sendiri sebelum orang lain dan yang paling aku kecewa aku lupa untuk hargai org2 yang selama ni ada dkt belakang aku. Ye, hanya keluarga. Tak boleh nak nafi semua tu bila keadaan kau jatuh teruk mereka juga yang kuatkan kau. Ye… keluarga.
Bila aku kata niat. Aku cuma harap memang korang yang baca ni faham betul2 niat tu apa sebenarnya. Kenapa perlunya niat setiap perbuatan kita.
Aku tak tahu macam mana feeling mereka yang buang sahabat macam tu je dalam hidup, buang kawan, ignore kawan yang selama ni susah senang dengan kita. Aku tak tahu cara macam mana mereka hidup dengan keadaan macam tu. Sebab, bila dari awal perkenalan kita, dah jadi rapat, dah ada trust masing2.. waktu tu mesti niat kita ni kena ikhlas, jelas.
Jelas yang kita nak jadikan dia kawan baik, jelas yang kita pilih dia untuk jadi kwn selamanya. Ikhlas untuk hadap apa pun yang jadi asalkan kita tetap berkawan, bersahabat. Ikhlas untuk setiap perbuatan, percakapan kita dengan dia. Aku sendiri rasa kalau dari awal niat dah pasang macam ni.. hari hari esok walaupun muncul benda yang boleh musnahkan tali persahabatan ni.. usaha untuk baik pulih tu mesti ada. Sebab niat tu dh tanam awal2.
Cuma aku kecewa rupanya orang2 yang aku kenal sebelum ni seolah takde pun niat tu. Aku tak cakap niat tu kena sebut satu2 dpn aku. Over la pulak! Cuma kita dah boleh faham lah kan bila masing2 dah ada ‘trust’ tu. Tapi yang kita dapat lepas kita bersungguh2 hargai mereka sebagai kawan dan sahabat ; dpt semcm sampah.
Tapi, aku kan jenis taknak hilang kawan. Jadi takpe aku cuba sebaiknya untuk jaga #BFFTILLJANNAH ni katanyalah..
Orang kata biasalah dalam berkawan ada up and down. Kadang bergaduh, salah faham, ini itu. Tapi nanti2 baik juga…
Ye, aku tanamkan juga ayat ni dalam hidup aku. Sebab tu bila ada mulut kawan2 yang cakap buruk, hina kita, pandang rendah dekat kita, tak hormat pendirian kita, takde budi cakap yang elok hanya tumpu pada ego dan emosi dia semata. Yee selama lebih 8 tahun aku berkawan. Macam2 juga yang aku kena dan biasanya aku diam & aku akn bagitau salah mereka apa. Dan harap mereka betulkan.
Aku bukan jenis yang over nak merajuk sampai 7 hari 7 malam, nak up status perli2. Eh bukan ye. Sebab bagi aku usia sekarang ni takde masa dah nak berkawan macam budak2,bukan waktu untuk wujudkan tali persahabatan yang masih taknak tinggalkan ego walaupun untuk niat yang awal tadi. Atau mungkin fikiran mereka still dalam aras darjah satu. Ntah, rasanya umur2 macam tu pun reti berkawan. Kan!
Dan aku mengaku ada kesalahan mereka yang ada kata maaf. Cuma..ia sekadar maaf dan takde effort,bukti yang mereka betul2 dah ‘insaf’ dari kesalahan lalu. Lagi mereka sorak happy lepas dah tahu aku okey dan hari hari esok buat balik macam tak pernah taubat sebelum tu.
Yela, bila kau tahu kau ada buat salah, jadi tunjukkan cara yang kau betul2 kesal dan nak berubah. Tapi tak. Eh aku juga balik2 kena ‘baik’ kan semua. Yela…taknak hilang kawan kan? Sampai syorga kan? Asam garam dalam berkawan kan? Tak gitu.
Ye, dulu. Mybe tak nampak2 juga orang lebih kurang je dengan kita..kita je terlalu melebih2 hargai orang sampai yang berkawan ni boleh tahu tiap masa susah dia kita ni akn ada. Mesti. So itu juga sebab mereka acuh tak acuh pun untuk ‘balas’ bahagian kita dalam berkawan pulak. Sebab dah comfirm aku akn ada untuk hidup mereka. Itu je.
Bila dah lama..aku dah habis belajar..dah ada kerjaya aku sendiri. Lama2 tu aku dapat rasa doa yang pernah aku minta, dan sentiasa minta dkt Allah untuk jauhkan diri aku dari orang2 yang beri mudarat untuk hidup aku dunia akhirat. Jauhkan, tunjukkan aku jalan keluar atas jalan yang aku lalui sekarang. Sakit sangat waktu aku minta tu. Ntahlah, cuma aku betul2 niatkan dalam doa tu. Aku sendiri tak tahu setiap orang yang datang dalam hidup aku ni baik ke buruk untuk aku. Aku tak tahu.
Kadang, kita rasa semuanya ok, tapi sebenarnya tak. Mata hati kita Allah boleh tutup atau terangkan pada situasi apa pun. Sebab tu aku tak kisah kalau ada yang cakap aku ni “bodoh” percayakan mereka. Sebab yang dalam situasi tu kita bukan orang lain.
Oran selalu cakap, apa yang kita taknak tulah Allah bagi. So, itulah yang Allah bagi dekat aku beberapa tahun sebelum ni. Dengan diri aku tak bersedia pun dengan hari paling buruk dalam hidup aku, hari yang boleh katakan dalam setahun tu aku taknak jumpa orang, kalah orang putus cinta wei. Ye, kawan dan sahabat aku satu2 hilang.. pergi dalam hidup aku. Satu2… sampai sekarang mereka hilang.
Dalam proses untuk aku terima hakikat tu aku selalu salahkan diri aku. Salahkan cara aku selama ni dengan mereka. Aku tak tahu bahagian mana dari aku,salah aku yang buat mereka semua pergi? Semua. Orang boleh kata ala setakat kawan je pun.. kawan boleh carilah. Ramai lagi orang kat luar sana.
Ye itu mereka. Bukan bagi orang macam aku yang dari awal dah niat sebaik2nya untuk mereka, sebagai kawan sahabat. Bukan bagi orang macam aku yang dah bagi kepercayaan 100% dekat mereka dan akhirnya semua tu lenyap ats perbuatan mereka sendiri pd aku. Aku yang betul2 jujur pada mereka dan hasil macam ni. Siapa tak kecewa dan sedih kalau betul2 kau ikhlas dengan perbuatan kau selama ni.
Dan tanpa sedar, ini semua jawapan dari doa tu dan jalan keluar dari apa yang aku minta.
Lama jugak aku nak move on dengan semua ni. Lama. Amik masa bertahun nk buang sakit tu. Dari seorang yang mudah bergaul dengan orang, happy2.. suka berkawan dengan semua orang dan hari ini…aku masih tetap tak berani untuk ada bff atau kawan rapat sekalipun, aku tak berani nak share apa2 cerita aku dkt sesiapa selain family, aku dah tak reti nak mulakan langkah cari kawan baru, tegur orang baru. Aku jadi tak pandai dah semua tu. Walaupun kdg tu ada lah niat nak ada kawan,
Cuma itulah…masa yang dah jadi & kesakitan tu betul2 mengajar aku untuk tahu batas bila berkawan, tahu yang mana kau kena tinggalkan, tegur, yang mana kena tolak ansur, bukan semata hanya sebab ‘nak kawan ramai’ semua benda kasi sapu tanpa hargai diri & keluarga.
P/s : dah 3 tahun jadi rupanya. Aku tetap macam ni. Haih, bukan taknak cuba cari kawan baru… cuma yang lepas tu memang bagi kesan dalam hidup aku. Aku taknak buat silap dkt diri dah. Aku gunakan masa yang ada ni memang untuk betul2 hargai diri dan family aku dulu. Doakan aku ye.. (‘:
– Kak Alin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit