Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-pergi-petik-buah-di-australia/).
(Update) Oleh kerana di ruang komen ada bekas-bekas pekerja pati Australia yang menular dan memberi info SALAH kepada orang ramai, meh sini aku betulkan balik info-info salah tu. Pandai-pandai ye bagi info salah, tak pernah masuk website Home Affairs Australia ke?
Pertama, correction penting—> “visa” yang korang dapat selepas 3 bulan pertama jadi pekerja haram tu, itu bukan “visa bekerja” ! Agen korang tahu yang korang tak reti apa pun pasal visa-visa nie so dia cakap la OK takpe lepas 3 bulan nanti kami bagi kamu Work Visa, dah tak haram dah lepas habis 3 bulan nanti.
Wah liciknya agen. Realitinya, visa yang dia apply kan utk korang tu ialah BRIDGING VISA yang mana bridging visa nie MEMBENARKAN seseorang itu bekerja demi menampung hidup dia sementara menunggu kerajaan proses permohonan dia mendapatkan Visa yang dia sebenarnya nak
Pening? Takpe nie cukup baik dah aku tolong tulis dalam BM sebab kalau kau masuk website Immigration Australia dan Kedutaan Malaysia, penerangan dia dalam English so lagi pening pulak nanti (tak kata kau tak reti English). Back to topic..
Yang korang duk panggil work visa work visa tu, tu bukan Work Visa wahai abang kakak sekalian. Itu Bridging yang membenarkan pekerjaan… kerana korang sedang menunggu keputusan kerajaan bagi sesuatu Visa lain.
Apa masalahnya? Masalahnya ialah korang menyebabkan queue yang panjang gila terhadap orang orang yang betul betul memerlukan PROTECTION VISA. Korang reramai apply Protection Visa nie dengan bermacam -macam versi cerita dengan harapan dapat duduk 2 tahun lagi, kan? It is not an open secret.
Mereka sengaja apply Protection Visa nie ramai -ramai (salah guna system pihak Australia) dan sebelum dipanggil interview diorang pun bekerjalah di serata Australia dengan Bridging tadi tu. Sebab Bridging memang ada rights to work.
Ini namanya menyalah gunakan sistem & kebaikan kerajaan negara lain hingga mereka yang betul2 perlu Protection Visa terpaksa tunggu lama sebab kerajaan terpaksa belek kes kes rubbish nie. Statistik kata jumlah illegal workers capai 60,000+- ya, dan dalam jumlah tu paling tinggi ialah Malaysian. Tiap kali masuk berita memang berita akan sebut bahawa Malaysia mengatasi statistik.
CARA BETUL :
Cara yang betul ialah, yang paling mudah, ialah mendapatkan Work and Holiday Visa (subclass 462). Sesiapa yang nak bercuti cuti di Australia sambil bekerja petik buah ke kerja basuh pinggan ke, kau boleh jumpa Migration Agen dan minta dia apply untuk kau Work and Holiday Visa (subclass 462).
Kalau kau reti apply sendiri maka tak payah guna service agen, jimatlah duit. Harga WHV ni ialah AU$485. Dengan membayar AU$485 atau sekitar RM1500 utk visa semata mata, kau dapat izin utk bekerja dan bukan PATI
Tapi visa nie terhad, dalam setahun cuma beberapa je yang Australia keluarkan. Ingat ye…ini baru visa yang betul kalau nak datang bekerja 3 bulan atau 6 bulan atau 12 bulan sekali pun. Nak proses visa nie pun lama so kau kena menunggulah di Malaysia sambil kumpul2 duit untuk kos hidup.
Ramai fruit pickers yang datang Australia ssbagai backpackers , diorang guna visa nie la. WHV nama dia. Diorang bukan masuk guna visa pelancong (jalan shortcut) tu walaupun TIDAK dinafikan ada jugak bangsa-bangsa lain yang buat cara salah tu. Ada.
Next….. Australia ada pelbagai lagi visa untuk orang orang yang nak bekerja. Antara nama namanya ialah :
– General Skilled Visa
– Nominated / Skilled Visa
– Highly Specialized Workers
– Trainee / Short term
– Experienced Business People
– Investors
– Australia offshore and gas industry
– Working holiday makers (yang aku sebut dah)
Ini lah visa visa yang korang kena apply sebab nak datang bekerja di Australia nie. Tak pernah lagi kerajaan Australia kata kalau nak bekerja di negara kami kamu apply la Bridging Visa ramai ramai! Sila sila datang apply Bridging Visa, kami sukaaaa sangat kamu apply Bridging.
Bridging tu sekadar dia nak masa untuk dia proses application kita dan dia tak nak kita lapar kebulur merempat takde rumah sewa jadi dia bagi Bridging supaya kau boleh kerja ladang kerja Uber. Dapat la duit sementara nak pergi interview atau keputusan.
So please la jangan pandai pandai ingat Bridging tu lah matlamat yang semua orang kena aim. Salah tu. Pandai ya agen korang corner, corner baring terus. Cina cina kat Australia (Cina Malaysia) ramai yang masuk lepas apply visa di atas iaitu skilled visa dan macam macam lagi. Duit memang habis berbelas ribu dan berpuluh ribu sebab harga visa bekerja tu mahal. Yang murah tu bridging, memang la bridging murahhhhh, huh.
Jadi sebelum korang terpercaya agen agen ni dan bekas2 farm workers yang tetap tak nak ngaku salah tu, korang check website Immigration Australia atau website High Commission Australia KL. Dalam tu ada list visa visa bekerja yang penting BUKAN visa pelancong dan BUKAN bridging visa.
Mengaku je lah korang dah masuk cara salah dan salah guna Bridging Visa tu, kenapa ego nak mengaku. Memang la diizinkan bekerja, tapi di mana keadilan untuk ribuan kes yang betul betul duk beratur (sebagai bridging visa holders) dan tertunda sebab lambakan BV nie. Tak nak mengaku salah takpe lah biar Allah swt je lah bayar perbuatan nie.
Owner owner homestay Malaysia ada yang cerita kat aku business homestay terkesan teruk sejak perbuatan korang. Pelancong2 visa kena reject (ETA kena reject) jadi jumlah yang melancong telah menurun sebab orang dah tak confident nak apply ETA. Lagi2 pelancong lelaki yang 30an dan 30 ke bawah. Memang immigration akan check kaw kaw la sejak benda ni serius. So homestay2 mengalami kesan penurunan income sebab pelancong Malaysia berkurang.
Sekian untuk update nie, tolong jangan percaya bahawa ada visa bekerja yang harga AU$70 atau AU$150…. kalau ada memang dah lama aku angkut sepupu2 aku masuk Australia. Takde. Pergi lah cuba apply WHV yang RM1500 tu mana tau rezeki korang .
– Mohd Melbournizam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit