Kerana RM1

Masa tu kecoh satu jabatan, Aku dipanggil Ketua Jabatan. Katanya Ketua Jabatan mengamuk !

Aku dah dapat jangkakan, Sebab aku dipanggil.

Aku bersedia untuk terima segala tomahan yang bakal mendatang walaupun bakal menggugat karier aku sebagai seorang doktor.

“ Bos !! Pakcik kat luar tu bising bising dekat kaunter triage !! Macam mana ni ?” Tanya lee.. Medikal Asistan aku..

“ Adoi dia bising apa ?” Tanya aku.

“ Dia kata lama sangat menunggu ni !, Boleh cepat sikit ke bos ?” Tanya Lee yang dah mula rimas duduk di kaunter pendaftaran “ Triage “ jabatan kecemasan..

Masih jelas lagi dalam ingatan masa tu.. Aku sampai seawal pagi…

Kad pesakit atas meja dah ada 30 keping.

Doktor kecemasan 4 Orang di zon hijau..

Aku pun seperti biasa, Aku mulakan rawatan…

Tak sempat nak minum / Makan bekal yang dibawa.. Bukan apa, Takut nanti makin lama makin ramai…

Akhirnya bekal aku tu beku sejuk je dalam pantri tu…

Semakin aku merawat… Kad makin bertambah… Itu pun dah cukup memberi tekanan mental!

“Kenapa 4 Orang je dekat zon hijau !!! Arghhhhh !!” Aku mengeluh dalam hati.

Bila dah ramai2 macam ni.. Memang susah nak fokus pada pesakit..

Belum lagi desakan pakcik di luar tu..

Bila pesakit masuk ke jabatan kecemasan, Aku perlu merawat mereka secara teliti.. Bukan sekadara konsultasi, Pemeriksaan, Ambil ujian darah, ujian itu ini, Follow up keputusan ujian lagi, Bila keputusan dah keluar, Nak kena rancang pelan rawatan pulak.. Kalau perlu hantar ke subspesialiti yang lain, Aku kena call dan refer lagi…

Contoh aku rasa pesakit ni wajib di hantar pada jabatan pembedahan.. Aku kena call dulu, Sebelum hantar pesakit.. Itu satu hal

Lepas tu, Apa jadi ? Bergaduhla. Kami sama sama doktor pun selaly bergaduh !

“This patient belong to u !!”

“Tak boleh ! Wad tengah penuh patient ni !”

Setiap kali referal, Mesti nak gaduh..

Untuk kes aku, Aku tak boleh hantar pesakit balik rumah, Untuk doktor di wad pulak.. Wad dah penuh ?

Apa cara lain yang?

Bergaduh dengan doktor hospital lain pulak lah.

Bukan senang nak handle seorang pesakit… Hari hari aku kena hadap tekanan yang macam ni…

Apatah lagi pesakit yang tunggu diluar berjam jam lama… Menambahkan lagi tekanan…

Masa aku tengah merawat seorang pesakit wanita…

Tiba tiba pintu aku dari luar dibuka…

“Hoi ! Doktor.. Kau buat apa lama sangat tu ! Kau tau ramai orang dekat luar… Jangan terhegeh2 boleh tak ?” Jerit seorang pakcik yang bengis.

“Saya tengah cuba lah ni pakcik.. Sabar la dulu.. Ni ha.. Pesakit saya ni sakit macam macam tempat ni.. Saya kena periksa semua dulu..” Balas aku sambil melihat makcik yang sedang duduk disebelah.

Makcik itu menggelengkan kepala.

“Yelah ! Tapi cepat lah sikit !! Dah sejam aku tunggu dekat luar ni… Bodoh punya doktor !!” Jerit pakcik tadi.

Emosi aku dah mula kacau… Fokus aku dah lari… Mood aku memang dah kelaut masa tu.. Aku rasa nak je letak pen.. Terus cau dari hospital..

Tapi memandangkan.. Ini lah lumrah kerja aku… aku harungkan juga… Kena caci maki tu dah biasa. Tapi setiap kali bekerja.. Kau di herdik macam ni.. Mana boleh tahan ?

Tak lama lepas tu..

“Bos pakcik tadi tu mengamuk la dekat luar..” Balas Lee.

“Aduh !! Stress la aku macam ni… Aku serabut betul.. Kau tengok.. Kad banyak lagi.. Bersusun lagi tu macam tak tersentuh… Makin lama makin bertambah…arghhh !!” Kejap aku ikut kau sekali…” Balas aku.. sambil berjalan bersama Lee ke arah kaunter triage.

Sambil aku menjenguk kawan kawan doktor aku yang sedang cuba bertungkus lumus mempercepatkan proses rawatan pesakit…

Aku berjalan keluar.. Aku tiba je di kaunter triage…

Pakcik tadi mula datang ke arah aku.

“Hoi ! Dah sejam kau tau tak ? Aku Bayar tau !! Bukan tak bayar.. Jangan layan orang lain macam sampah boleh tak ? Kau ingat Free ?? Aku bayar tauu !! Cepat sikit lah !!” Jerit pakcik tu berkali kali…

Netizen yang sedang menunggu semua menoleh ke arah kami.. Jeritan pakcik tadi yang agak kuat… Memang menarik perhatian..

“Pakcik tengok, Ramai orang di luar.. Mesti lah ambil masa sikit… Jangan buat kecoh macam ni.. Pakcik dah lambatkan lagi proses rawatan..” Balas aku.

“Aku tak kira.. korang ni semua bodoh.. Kerja tak ada sistem.. Lembab nak mampus.. Dah la aku ni demam… Tak larat aku nak tunggu lama lama kau tau tak !!” AKU BAYAR OK !! Aku tak mintak ubat free !! Aku bayar !!” Herdik pakcik tu lagi.

Aku dah mula hilang sabar masa tu.. Ikutkan hati nak je aku hempuk pakcik tu dekat depan tu…

Aku menyeluk saku.. Aku ambil wang RM5…

“Nah.. Ambik balik.. Ni RM5… Cukup untuk datang lagi 4 Kali ! Tapi jangan buat bising lagi lepas ni”, Balas aku terus meluru masuk semula ke bilik rawatan.

Masa tu, hati memang dah panas membara… Fokus aku terus hilang, Berpeluh peluh.. Aku longgarkan tali leher.. Sambil aku bernafas lebih dalam berkali kali untuk cuba tenang…

Tak lama lepas tu..

“Ting” Aku memicit butang panggilan untuk memanggil pesakit seterusnya..

Pintu aku dibuka.. Mata aku terbeliak.. Pakcik tadi masuk..

Nombor giliran dia dah tiba…

“Aduh, kenapa pesakit jenis macam ni je dapat kat aku..” Bisik hati.

Tapi tak apa lah, Aku cuba berlagak professional..

“Duduk pakcik.. Dah sampai pun nombor giliran kan..” Balas aku.

Pakcik itu duduk dengan wajah yang bengis… Serba serbi tak kena.

“Aku demam ! Aku nak ubat paking bagus !” Balas pakcik tu.. Dengan tona suara yang kasar.. Dan sedikit kuat. Kononnya nak tunjuk lah ego dia tu. Makin lama aku makin meluat dengan pakcik ni.

Yang tadinya aku cuba jadi professional. Malangnya pakcik ni sekali lagi memijak emosi aku.

Aku diam tak berkata apa apa.. Kali ni aku bertekad.. Apa nak jadi.. jadi lah..

“Nah, Ambil slip ubat ni.. Pergi farmasi ambik..” Balas aku.

“Aik.. Terus kasi ubat je ?” Tanya pakcik tadi yang mula pelik.

“Aah.. Dah pergi ambik ubat.. Saya nak cepat ni.. Banyak pesakit dekat luar tu.. Nanti kang ada spisis macam pakcik ni dok buat bising lagi” Balas aku.

“Mana boleh macam ni ! Kau kena periksa aku… Aku ni sakit.. Kalau kau tak periksa.. Macam mana kau nak tau aku sakit apa ? Sesuai ubat apa” Jerit pakcik tu tadi sambil berdiri.

“Tadi pakcik kata demam, Saya kasi lah ubat demam.. Kata nak cepat.. So sekarang ni saya cepat tak ??” Tanya aku.

Pakcik tu mula tunduk,

“Cara macam ni je boleh cepat.. Orang tak payah periksa, Tak payah tanya soalan… Senang ! Memang cepat kan ? Dah.. Pakcik pergi ambil ubat sekarang.. Pesakit lain nak masuk.” Balas aku sambil memicit butang panggilan.

“Ting !”

Pesakit lain mula masuk. Pakcik tadi masih tercegat.

“Dah, Keluarlah.. Saya nak rawat pesakit lain pula.” Balas aku.

Pakcik tadi mula menggigil, Muka kemerah merahan… Dia keluar dari pintu, Hempas sekuat hati

“Doktor bodoh macam ni pun ada” !!

Sempat lagi dia herdik aku sekali lagi.

Beberapa hari lepas tu, Aku dikenakan tindakan tarta tertib.. Aku terima, kerana aku dah menjangkau kan perkara ini. Memang rekod aku dah buruk Tapi aku bertekad untuk terima kenyataan ini…

Aku dikenakan tindakan… Yang boleh menjejaskan karier aku sebagai doktor. Memang tak sepatutnya aku buat begitu..

Tapi, setiap hari, emosi kau bagaikan dipijak pihak.. Maruah kau diludah ludah.. Aku tak mengharapkan apa apa perlindungan dari jabatan kerajaan..

Kerana aku tahu mereka tak hiraukan pun. Apa yang penting perlu beri servis yang baik.. kepada pesakit… Demi menjaga nama kementerian dan juga kestabilan politik..

Aku yang dan rakan rakan lain yang bertungkus lumus dalam sektor awam ni.. Di herdik, Di maki macam mana pun.

Ramai yang tidak bercerita pengalaman mereka. Biar aku mewakili mereka ini semua untuk ceritakan kisah kami…

Boleh buat apa ?

Hanya Pekakkan Telinga… Walaupun hati ni makin lama panas berdarah.. Pape chill dulu..

But… Semua ni during my time. Not your time. Lagi lagi kat kepala batas.

– YMM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *