Perasaan Perosak Persahabatan

Assalamualaikum. Hai guys. Nama aku Ara, short form kepada satu panggilan yang ‘dia’ panggil aku. Ya, harini aku nak cerita pasal ‘dia’. Cerita ni dekat setahun sudah berlalu. Terdetik aku nak cerita sebab tadi, aku tengah mengemas bilik stor, dan aku jumpa sekeping gambar aku dan ‘dia’.

Aku panggil dia Ace, for some reasons. Hahaha. Ace kawan baik aku. Our relationship is platonic, for years… I guess. Tapi kami berdua tahu yang perasaan boleh muncul dengan tiba tiba. We were always ready for it. Until it suddenly happened.

Aku dari awal lagi dah meletakkan Ace dalam friendzone aku. Aku tak nak ada perasaan kat Ace. It would be really awkward to have feelings for him, ergh. Tapi Ace ada je mengayat aku, banyak kali. Aku tak layan. Dia kan kawan aku je, aku patut tahu yang dia cuma bergurau je dengan aku.

Malang tidak berbau. Ada kejadian yang membuatkan aku terlanggar perjanjian hati aku: “Do Not Fall For Your Best Friend”. Aku tahu aku dah mula suka dia, tapi aku still unsure dengan apa yang aku rasa. Ever felt that? Like, kau dah mula sayang someone tapi fikiran kau kata “kawan biasa je”. I deal with that unsure feeling for like five years already.

So macam tulah aku. Teruskan hidup aku macam biasa. Jumpa dia macam biasa, bergurau dengan dia macam biasa. Tapi sebab aku dengan Ace dah dekat lapan tahun berkawan. Ada beberapa individu mula tanya aku, “Kau tak pernah suka Ace ke?” Dan jawapan aku sama je — mestilah aku pernah rasa. Ace pun pernah mengaku yang sama. Tapi aku tahu boundary aku. Ace pun tahu batas dia.

It’s funny how kita orang boleh je deal dengan benda ni. Sampailah ada beberapa pihak yang tak ada kaitan tak bersetuju dengan benda ni.

Ace has a group of male friends, aku kenal lah mereka ni. Rapat? Hmm, bolehlah nak sembang. Tapi tak serapat aku dengan Ace. Satu hari tu, tularlah yang aku ada perasaan kat Ace, yang mana aku sendiri tak sure — “Do I have genuine feelings for Ace?” Tiba-tiba his group of friends ni layan aku macam ada something wrong somewhere. Macam aku ada buat kesalahan berat.

Start hari tu, Ace pun mula menjauhkan diri dia daripada aku. Layan aku kasar-kasar. Tak macam selalu. Ego dia tinggi sangat, especially bila dengan kawan kawan dia. Tapi once he is alone with me, ada masa he tone down his ego. Kadang kadang aku pun confuse, dia ni okay ke tak? Sekejap baik sekejap tak. Kawan kawan dia tu, tak payah cakap lah. Memang gone terus dari hidup aku. Lenyap.

So satu hari, aku berdepan jugak dengan Ace. Aku mengaku yang aku ada je perasaan kat dia. Wow, such a way to ruin a friendship, right? Tapi, apa gunanya aku berdiam lagi? Aku diam pun dah cukup menghancurkan friendship kami. Aku cerita, not fully, how aku boleh ada rasa suka ni. There is some parts yang aku tak cerita sebab… do I really have to explain my feelings?

Tapi, betul lah apa yang orang cakap. Once kita dah ada mindset pasal sesuatu tu, tak mudah untuk kita tukar. Dan mindset Ace: “Ara suka aku!” Hmm… what I had for Ace is so much different from what I had for other guys before him tau. Rasa sayang tu mesti ada.

Kadang kadang macam abang, kadang kadang macam kawan, kadang kadang macam pakwe! Kadang kadang rasa macam tak nak lah aku kahwin dengan dia ni, kalau dia lelaki terakhir kat bumi ni pun belum tentu aku sanggup. Tapi kadang kadang rasa, dia jelah yang faham aku.

Ace tak faham semua tu. I wish he did, he supposed to understand me, like he always did.

Tapi dah kalau mendapat kawan kawan begitu… payah juga. One of his friends came up to me, tahun lepas. Aku panggil dia Hazim. Dia salahkan aku sebab ada perasaan kat Ace. Tepuk dahi! Seriously? Aku bersalah? He said I shouldn’t have feelings for him. Aku pun berkeras lah, bukannya aku nak perasaan ni wujud pun. Tapi balasnya, “Kau sepatutnya bendung perasaan tu!”

Aku ketawa puas puas. Hazim was not even there when I struggle untuk tak nak ada perasaan kat Ace. Tambah pula bila orang luar matchmake kami berdua. Hmm… engkau raserrr?

Sebagai seorang perempuan yang tak laku mana ni… takkan lah aku tak pernah terfikir dan terbayang: “Ara dan Ace pun berkahwin, and they lived happily ever after… the end!” Hahaha. Lagi satu, tak cukup bendung ke aku tak bagitahu Ace yang aku suka dia?

Nasi sudah menjadi bubur… my “unsure feelings” have ruined our friendship. Dah dekat setahun after I confront him. And one thing I can conclude… I have lost my best friend. Hanya kerana “perasaan yang tak terluah” aku. Aku tukar tempat kerja. Kalau tidak, tempat kerja aku tu satu bangunan je dengan tempat Ace bekerja.

Dan dah dekat setahun jugak, aku masih tanya diri aku, “Ara, apa sebenarnya perasaan kau pada Ace?” Aku sendiri masih belum jumpa jawapan tu. Sedih aku lama sangat. Aku lambat nak terima dengan apa yang Ace buat kat aku, like menjauhkan diri dia daripada aku sebab benda macam ni hahaha.

Tapi nak buat macam mana kan? Tak apalah. Aku redhooo. Hehe.

Pesanan untuk pembaca: tak salah kalau kau ada perasaan kat kawan baik kau. Mengaku jelah perasaan tu hadir. Kau dah besar panjang kut! Bukannya budak sekolah lagi. Kau bukannya langgar fitrah manusia pun. Hehe. Tapi aku harap, kawan baik yang kau suka ni spesis berfikiran terbukalah. Kalau tidak… senasiblah dengan aku! KAHKAH!

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *