Assalamualaikum. Nama saya Atiqah, dan hari ni saya cuma nak cerita pasal fungal-acne. Harapnya info ni dapat membantu bagi mereka yang punya kondisi yang sama.
Saya dari remaja lagi, Alhamdulillah tak pernah breakout sampai lah April 2019 (umur genap 31), tiba-tiba muka mula breakout. Macam-macam saya buat,baca untuk atasi breakout ni dan akhirnya saya buat kesimpulan, breakout saya ni berpunca dari fungal acne. Alhamdulillah sekarang tinggal parut je.
Jadi saya nak kongsi sikit pasal fungal-acne ni dan moga bermanfaatlah
Fungal-acne ni lebih kurang je macam jerawat biasa, biasa org akan tersalah diagnosi sebagai jerawat biasa dan rawat sebagai jerawat biasa yang menyebabkan letusan biakan yang lebih dasyat..why?..sebab
Muka kita didiami microbiome, ada macam-macam mikrob (bakteria dan yis) yang duduk secara harmoni sampailah satu saat terganggu keseimbangan alam di muka kita disebabkan factor-faktor pencetus yang menganggu gugat kerukunan tetangga tersebut.
Contah faktor pencetus fungal acne (Malassezia / Pityrosporum Folliculitis) adalah keadaan panas dan lembab (fungal favourable condition). Dalam keadaan normal fungal acne ni adalah yis yang tidak aktif (kita semua ada), bila keadaan mengizinkan (favourable condition) dia akan bertukar pada fasa mycelia, masa ni hyphae (macam akar akan seronok menyedut zat-zat yang diberikan-sebum dan fatty acid yang dihasilkan muka; dia suka peluh dan minyak kat muka).
Disebabkan dia ada hyphae, so fungal acne ni secara fizikal kita boleh nampak diorang ni saling berhubung antara satu sama lain (kecil-kecil dalam kluster-kalau jerawat biasa dia tersebar lebih jauh bukan dalam kelompok). Secara fizikal jugak diorang ni sama saiz kecil-kecil jer..kalau jerawat biasa ada besar ada kecil sebab bakteria dia serang pori dan diorang tiada hyphae so serangan adalah secara individu). Tapi kadang-kadang dua-dua naik serentak-fungal acne dan jerawat biasa.
Kenapa kalau kita rawat fungal-acne guna rawatan jerawat biasa dia akan jadi lagi teruk. Contoh kalau kita guna benzoyl peroxide dia akan bunuh bakteria-bakteria yang ada pada muka, bila bakteria ni semua berkurang fungal acne akan jadi lebih dominan. Nampak tak?.. kita dah ganggu keseimbangan microbiome kat muka kita, dia jadi dominan dan berleluasa.. sebab lebih banyak ruang dan peluang (lebih kurang macam tulah)
Lebih malang lagi, kebanyakan pelembab ada bahan2 makanan kesukaan fungal acne. Fungal acne ni suka sangat fatty acid dan minyak (cth Lauric /Myristic / Palmitic / Stearic / Oleic acid/ minyak-zaitun/ kelapa/ argan/
Jadi untuk skincare memang kene sangat teliti akan bahan2 tersenarai ok. Nak pastikan skincare selamat dari fungal acne atau tidak boleh cek dekat skincarisma.com. Taip je nama produk dia akan nyatakan (fungal-acne safe atau tak) dan senaraikan bahan dalam produk dan nyatakan juga bahan yang cetus fungal-acne. Sangat membantu.
Untuk rawat fungal acne ada banyak kaedahnya. kulit berbeza punya reaksi berbeza.. jadi cuba dan gagal untuk dapatkan solusi untuk kulit kita. Tiada produk yang boleh selesaikan semua masalah kulit anda ye. Boleh cuba bahan yang ada kedua2 ciri antibakteria dan antifungal, contoh macam tea tree.
Fungal acne ni suka minyak dan peluh, jadi boleh cuba kawal guna kertas penyerap-minyak dan rajin lap peluh (instead of over cleanse just wipe to control). Boleh juga pakai clay mask-sangat berkesan untuk mengurangkan minyak. Seminggu 2 3 kali exfoliate. skincare rutin kene jaga secara konsisten.
Skincare rutin ni penting utk jaga skin barrier kita. Utk jaga keseimbangan microbiome ha gitu. Kalau kita pergi rawatan laser sekali pun, dia cuma akan rawat waktu tu, tapi yang akan mengekalkan/ maintain keharmonian kulit adalah daily skincare routine kita. Maksudnya walaupun kulit kita elok sekarang (after treatment), lepas tu kita tak jaga, biar sebum, biar kulit mati, sun damage dan sebagainya, maka kulit akan kembali bermasalah.
Tapi tapi tapi, kadang-kadang walaupun kita dah jaga sehabis baik skincare rutin, kita masih boleh breakout, sebab banyak faktor pencetus lain selain dari penjagaan kulit termasuklah permakanan, hormone, allergen dan sebagainya. So listen to your skin need. Yes u may fail but it’s ok, eventually it will all come together.
Secara asas cuba jaga skincare rutin, pastikan jgn over exfoliate. Jangan tak exfoliate lansung smpai terkumpul kulit mati. Jgn over cleanse (twice a day) sampai dehidrasi. Jgn tak moisturise- even oily face need moisturiser. Kene test patch cari yang serasi dengan kita. Makin minimal bahan (ingredients) makin kurang kemungkinan tindak balas reaksi kulit. Kene teruskan misi mencari apa yang serasi dengan keperluan kulit. Gunakan Toner untuk tutup pori dan ratakan kulit tak serata, juga untuk kawal penghasilan sebum.
Elakan juga sheet mask- sebab dia suka keadaan lembab (over moisture-favourable condition). Bagi kulit rehat, kalau boleh elak makeup elakan atau pastikan cuci betul2 supaya pori tak tersumbat.Even makeup kene cek fungal-acne safe atau tak.
Bayangkan makeup tu lama kot nak menepek di muka, sedablah dia makan kalau bahan-bahan dalam makeup tu tak selamat untuk fungal-acne. Kalau tak cuci makeup pulak akan menyebabkan pori tersumbat dengan pengumpulan sebum which jadi makanan bakteria punca jerawat. Macam saya bukan taknak pakai makeup tapi memang tak reti pakai haha. Biasa keluar pakai Sunscreen jer, kalau rajin lipstick dan maskara.
Secara jujur saya dah cuba dan gagal macam-macam. kalau nak senaraikan memang lagi panjang nanti..yang serasi dengan saya sekarang memamg tea tree.. tapi penggunaan tea tree mesti bersulam dengan pelembab.. sebab tea tree ni mengeringkan kulit.. nanti kulit jadi rengsa dan kusam. Adalah sangat penting untuk melembabkan kulit dan pastikan pelembab selamat dari fungal acne. Sekarang saya pakai avene.
Urmm.. Rasanya dah panjang sangat dah kot.. muntah pulak kang.
Kesimpulannya kulit kita tak sama, so jangan pukul rata.. what works on me doesnt always work on you as well.. try and error ok. kalau dah lama sangat breakout dan tak tahu punca boleh jumpa dermatologist dorang akan ambil sampel, kulturkan dan diagnosi apa yang bermaharajalela di kulit anda..
Saya suspek je saya punya fungal acne berdasarkan simptom dan cara rawatan sebelum ni yang tak berkesan (total 4 months breakout-2 month after kot baru find out it may be fungal-acne) dan bila cuba rawatan fungal acne alhamdulillah berkesan so mungkin betul fungal acne. Memang dah becadang nak jumpa Doktor nak dapatkan diagnosis secara tepat, tapi sebab simptom dah berkurang jadi hasrat itu dilupakan. Jadi kalau anda masih gagal setelah sekian lama..
Please get a proper diagnose from a certified dermatologist bukan pergi medispa la beautician la. Depa ni tak boleh nak kulturkan sampel dan kenal-pasti makhluk yang bertanggungjawab atas kerosakan alam kulit anda ok.
Walaupun sekarang tinggal parut je, tapi fungal acne ni masih ada tapi dalam keadaan dorman, kalau ada faktor pencetus (triger) – contoh keadaan panas dan lembab atau skincare yang feed pertumbuhan fungus maka dia akan bercambah semula. Orang yang dah pernah breakout dengan fungal acne lebih cenderung (prone) nak kena balik berbanding yang tak pernah kene. Jadi kene sentiasa jaga skin barrier/ keseimbangan alam di kulit dan faktor2 lain (permakanan/ persekitaran dll).
Belum lagi cakap pasal harmonal acne-lagi tricky… Moga anda tabah.
Disclaimer : maklumat berdasarkan bacaan mungkin tak tepat seratus peratus.. penerangan secara konsep supaya hampa faham.. harap bermanfaat.
– Atiqah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit