Apa Yang Perlu Aku Nasihat Pada Wina?

Assalamualaikum semua. Nama aku Sarah. Since IIUMC ni kebanyakkan pembacanya selalu memberi nasihat & idea-idea untuk sesuatu isu, disini aku nak minta pendapat & nasihat. Harapnya admin sudilah kiranya menyiarkan permasalahan aku ni. Panjang sikit lah ya… harap sudi baca.

Ni berkenaan kawan aku; satu tempat kerja dan aku dah anggap macam adik sendiri. Kami berdua ni duduk North Klang Valley tapi kerja kat Semenyih. Agak jauh la nak commute hari-hari. So sejak 3 tahun lepas, aku dengan Wina (opkos bukan nama benaran) setuju la nak carpool untuk menjimatkan perbelanjaan. Anyway this is how we get close & almost siblings.

Wina ni, orangnya cantik. Dia dah berkahwin dan mempunyai sepasang anak yang comel. Wina ni anak kepada ustaz dan berasal dari keluarga baik-baik. Aku kenal dia lama dah, dalam 5 tahun. Tapi dalam setahun lepas, sikap dia dah macam berubah.

Sejak awal tahun ni, aku dah banyak kali ternampak situasi dimana Wina menduakan suami dia dengan salah seorang orang pejabat yang berpangkat suami orang. Aku jadi tak sedap hati dan serba salah setiap kali atau setiap pagi terserempak dengan suami & anak-anak dia masa hantar dia carpool dengan aku. Mana tak nya kalau nampak die salam suami dia siap peluk cium pipi dahi bagai tapi bersahaja menduakan. Aku ni takdelah baik sangat tapi hal-hal kecurangan ini adalah kepantangan nenek moyang aku.

Ada satu peristiwa dimana Wina terpaksa luahkan masalah dia kat aku. Ye lah kan sebab selalu dalam kereta almost 3 jam sehari. Dia pulak; aku nampak terkulat-kulat, tak senang duduk macam cacing kepanasan. So aku pon tanyalah apa masalah dia. Sambil cerita teresak-esak bagitau yang kecurangan dia telah diketahui keluarga.

Aku try jadi Switzerland disitu dan mendengar keluh kesah masalah yang puncanya dari dia sendiri dan jua lelaki tersebut. It takes TWO to tango kan. So suka sama suka & salah sama salah. Kalau adik kandung aku, memang dah lama dia aku cubit-cubit sampai lebam parah (dalam fikiran aku hukuman adalah lebih ganas-tak sesuai untuk bacaan umum). But I brace my anger dan hanya mengangguk tanda dengar.

KEBETULAN… hari tu traffic jam adalah dasyat dari biasa. Makanya aku ambil kesempatan itu untuk bagi nasihat kaw-kaw pada Wina dan mengingatkan dia bahawa dia kena pilih yang mana; syurga atau neraka. Aku cakap cuba-cuba lah menjauhi maksiat, kalau tak dapat keseluruhan, kurangkan pon dah OK. Step by step. Wina angguk-angguk macam faham.

Kejadian Wina tu bukanlah aku nak jadikan aku ni lebih baik atau hebat. Pengajaran buat aku jugak dan harapnya buat yang membaca. Aku dapat tahu suami Wina bagi peluang demi keluarga dan anak-anak. Fuhhh…dah macam slot Akasia. Aku pesan dekat Wina yang dia kena gunakan peluang ni untuk tebus dosa dia.

Tapi Wina ada argument yang aku sendiri penah rasa dan tak boleh sangkal… bukan senang nak buang rasa sayang; in this case pada suami orang tu. Ok… ok… aku faham tapi boleh diusahakan sedaya mungkin bila mana agama jadi landasan nya. Bertitik tolak dari peristiwa ni, nampaklah dah kurang sikit Wina spend time dengan suami orang tu.

Tapi usaha Wina macam tak kemana. Tak lama lepas tu, kisah cinta bertaut kembali. Sebenarnya dah banyak kali dia tipu aku saying that suami dia akan ambil dia balik dari office. Aku takde masalah mula-mula, ye lah kan. Lagi afdal dan molek.

Tapi as a person yang mengadap dia dari pagi membawa ke petang, aku dapat detect something off dengan Wina. Dua kali caught red handed ngan aku tengah bermadu kasih kat café restaurant. Holding hands bagai. Aku tak la tegur sebab suami orang tu tak tahu yang aku tau mengenai hubungan terlarang mereka.

Wina nampak aku berlalu pergi sambil tundukkan muka dan tarik tangan dari genggaman lelaki itu. Maka bila tiba waktu pulang kerja, aku senyap sahaja dalam kereta. Wina try to start a conversation, aku cuma senyap je. Then suddenly dia minta maaf bagai. Aku speechless sambil fokus pada pemanduan. Aku cuma pesan as an older sister dan seorang muslim, please stop what she’s doing. Ingat Allah, parents, suami, anak-anak dan keluarga.

Dan semestinya jawapan balas adalah; aku tak faham tentang kasih yang mendalam… bla… bla sebab aku masih single. What?? Ok if that is your thinking, kesian aku pada Wina menebal. Sayang bagi Wina adalah belaian lelaki atau worst; suami orang.

Aku senyum sahaja sebab bagi aku sayang kasih tu universal dan subjektif. Dan kemudian suasana jadi sunyi sepi sampai la aku hantar dia depan bus stop rumah dia. And yes, I’m still carpooling with Wina but the situation dah tak sama macam dulu. Aku seboleh-bolehnya cuba restrain myself not to get involved in any of her problem.

Episod cinta mereka semakin hangat. Aku cuba tak nak masuk campur tapi Wina tu dah macam adik aku. Apa perasaan bila tengok adik sendiri terang-terang buat dosa tapi kau ambil keputusan untuk membiarkan saja kemungkaran tu? Aku tak kuat la nak biarkan je Wina hanyut macam tu. Setiap kali aku ditunjukkan kisah hanyut Wina depan mata, hati aku berbolak-balik.

Perlukah aku tegur setiap kali? Adakah Wina ambil pusing teguran aku atau sekadar anggap aku menjaga tepi kain dia je? Setiap kali carpooling, aku ni macam Grab driver je sejak aku dah tau hubungan dia. Aku senyap; fokus driving manakala Wina keep texting and smiling with whom you know who (macam Voldermot pulak). Aku try gak jauhkan diri, tapi aku rasa macam selfish.

Wina still a good and nice as a person tapi aku yang tak boleh handle kisah cinta terlarang dan kecurangan dia pada suami. Harapan aku; adalah yang sudi share idea, pendapat atau apa2 je lah tentang macam mana nak handle situasi ni. Aku tak nak la termasuk dalam golongan orang yang meredhakan maksiat.

InsyaaAllah aku cuba la cadangan-cadangan bernas dari warga IIUMC nanti. Bantu aku la ya.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *