Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan post aku ni. Hari tu aku ada baca confession pasal majikan dari neraka, sampai dua part dah dia tulis. Masih aku tunggu part III pulak, hehe.
Boleh baca confession berkenaan di sini,
Untuk part I, (https://iiumc.com/majikan-dari-neraka/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/majikan-dari-neraka-ii/).
Kali ni aku nak kongsi lebih kurang cerita yang sama, Cuma ni bukan pasal majikan tapi boss. Lebih kurang boss dari neraka sebab kejam tak leh blah. Terjadi pada aku dan pada kawan rapat aku kat syarikat sama kami berkerja.
Biarlah aku namakan kawan aku Pah je. Aku dengan Pah kenal bila mula2 kerja kat syarikat ni. Sebabnya aku banyak berurusan dengan Pah yang duduk di bahagian akaun mana kala aku kat bahagian operasi. Sebab Pah handle invoices makanya aku selalu berurusan kalau ada invoice yang nak di issue kepada pelanggan.
Awal tahun lepas satu business unit baru – SSF (shared service finance) baru ditubuhkan di Malaysia. Oh ya, syarikat kami MNC besar beribu pejabat di luar negara jadi Malaysia adalah salah satu hub di ASIA. Bila unit baru ditubuhkan aku, pah dan beberapa orang Otai lagi diserap ke unit baru tu sebabnya mereka perlukan orang lama untuk gerakkan. Ramai undergrads mereka ambil untuk isi kekosongan jawatan.
Pah punya kepakaran dalam invoicing manakala kelebihan aku dalam setting project untuk sistem. Kami bersama beberapa orang lain diserap kat unit tu untuk buat pemindahan pengetahuan (KT). Alhamdulilah, semua berjalan lancer sampai la satu masa kami dapat pengurus baru. Biarlah aku namakan dia Az. Az ni dari syarikat pesaing dan dulu kat syarikat lama dia Team Lead je tapi masuk ke sini jadi Pengurus.
Dalam proses nak mengenali Az suma berjalan lancar, masa tu aku dah perasan perangai Az ni tapi aku biarkan je. Bila salah sorang geng Otai kami kena dengan dia, bukan sekali eh . Beberapa kali, aku mula letak border untuk tidak percaya sangat dengan si Az ni. Sebab nya masa proses nak smooth new department tu Senior kami buat lah prospek dan cadangan proses flow.
Since aku dok seblah senior tu aku tau gigih mana dia buat suma. Aku kenal dia pun dah lama. Dia yang ajar aku segala perkara kat sini. Jadi dia dah rangka satu process follow untuk si Az ni present kat top management kat luar negara nun. Senior tu da ckp kat aku beberapa kali si Az ni curi hasil keje dia. Tapi dia amik pendekatan nak tunggu dan lihat. Dia siap tunjuk email dan kronologi proses tu.
Tapi bila process flow yang dia buat mendapat pujian dari pihak atasan, dia dah tak bole tahan. Yang kelakar nya si Az ni bodoh gak sebab dia antar bulat2 email tu kat boss besar. Bila boss besar suka dan beri pujian, boss besar kata ‘ good deed, please share this with the team leaders’. Dan si bodoh ni lupa yang dia ciplak keje keras orang tanpa credits bole pulak dia forward je email tu kat senior tu dan yang lain. Keji sangat kan.
So kali ni senior aku dah tak tahan, dia terus report ke HR. Biasalah HR kan kadang amik report je, tindakan tu ntahlah. Lepas banyak kali aku pun tak percaya sangat la dengan HR ni. Bagi aku mereka sama. So dalam rekod HR ada lah satu kes si Az ni. Iaitu ciplak idea orang tanpa credits kat orang tu bahkan dia pulak yang amik kredit kan. HR memang tak ambik apa2 seabb katanya first time so derang kononnya pantau la.
Berbalik pada si Az ni. Dia semakin selesa dah kat unit kami masa tu. Dia nak build good relation dengan semua orang tapi cara dia tak kena. Kenapa aku kata tak kena sebab dia gunakan stail keji iaitu membawang pasal orang lain pada orang lain.
Since kepercayaan aku pada dia pun senipis kulit bawang aku jarang kongsi apa2 dengan dia. Pada aku biarlah casual je. Aku dah pesan kat semua kawan2 api ntahlah di mana silapnya, banyak perkara luar jangka berlaku. Banyak kali perkara dia burukkan aku sampai balik kat aku tapi aku malas nak lawan. Aku biarkan je.
Lebih kurang 6 bulan unit baru ni ditubuhkan senior aku antar surat berenti. Sebabnya dia dah dapat keja lain dan salah satu lagi takleh nak keje dengan si Az yang perangai mcm tu. Masa senior nak berenti kemain dia pukul canang konon Senior gtau dia untuk bagi pendapat pilih offer mana nak gi. Senior masa tu dapat offer di dua tempat, maka bangga la si Az ni kata dia lah penasihat nya. Hissh, perangai.
Lepas senior berenti, aku di tawarkan untuk jadi interim Leader, tapi aku menolak. Sebab aku tak minat nak manage orang, kedua aku sebenarnya tak minat nak buat keje kat finance sebab dari azali aku tak berapa ngam dengan nombor. Cuma sebab position lama dah rendudndant aku terpaksa terima tapi memang aku plan tak lama.
Lepas senior berenti, hubungan aku dengan Az tetap macam gitu2 je. Dipaksa aku untuk cuba jawatan tu dulu. Akhirnya aku setuju, tu pun sebab HOD pujuk aku sebab katanya aku ada potential, so fine. Aku cuba. Az dengan perangai membawang dia tak habis2 menyalahkan senior yang dah berenti tu. Pada masa sama Pah dengan Iza di tawarkan kursus ke ibupejabat untuk 2 minggu bersama2 Az.
Dalam masa dua minggu tu lah Pah, Iza dan Az travel, training, jenjalan sesama kat luar negara dan mereka jadi rapat. Rapat dalam ertikata mereka berdua berkongsi segalanya dengan Az termasuk lah group wasap rashia kami.. Otai group. Dan Pah dan Iza balik sini dengan good feedback pasal Az. Malangnya, Az gunakan semua tu untuk menikam Pah dalam dendiam. Sebab Az dapat tau banyak info dan maklumat dari mereka berdua, rupanya dia ada agenda tersendiri.
Aku tak salahkan Pah, sebab Az gunakan kebaikan dia untuk mengorek segala rashia yang kami selalu sembang kat Wasap group. Az gunakan tu semua sebagai senjata untuk melagakan kami semua. Lepas mereka semua balik dari training, terjadi pulak insiden bila Az menjerit dan menengking aku dihadapan team leader yang lain hanya kerana aku menyuarakan apa yang aku rasa pasal team, padahal benda yang dibincangkan tu adalah perbincangan sulit aku dan dia untuk performance review.
Aku tak pernah kena tengking begitu sekali apalagi di hadapan orang lain, aku ambil keputusan untuk report kat HR. Syarikat kami ada etika kod yang perlu dipatuhi dan Az dah melanggar salah satu nya dan dia diletakkan dalam permerhatian pengurusan.
Apa yang aku boleh kata lepas inciden tu suma, segalanya berubah. Aku dah tanam rasa kebencian yang amat sangat dengan Az. Sebab Az ni mcm pondan dia pulak yang beremosi lebih dia mula cucuk yang lain. Ntah camne Pah pun terlibat sama. Jujur aku tatau apa kes sebenar sampai Az juga membenci Pah, Aku dan senior aku yang dah lama blah tu. Aku give up masa tu. Bukan saja dia sengaja menyusahkan Pah tapi aku lagi teruk kena.
Aku terpaksa akur untuk di review seminggu sekali dengan alasan kecik, konon byk salah . Tak layak jadi TL. Walhal mcm aku kata, aku tak pernah hard up pun jawatan tu. Kau yang paksa aku. Masa tu aku all out cari keje. Pah pulak hehari mengadu betapa dia pun mcm di cari salah. Aku masih cuba cari kot2 ada internal vacancy untuk jawatan lama aku tapi jawapan yang aku dgr hampa. Bayangkan tekanan darah aku sebulan tu jadi worst. Aku kerap sakit kepala, tak bole tido dan rasa restless.
Doktor kata aku stress, betul memang benar aku sangat2 stress walau aku dah cuba tunjuk segala usaha untuk jadi tauladan baik kepada new hire, tetap jugak aku dituduh menyebar dan menghasut bdak2 baru untuk benci Az. Sebenarnya aku tak buat apa pun. Bahkan perihal aku kena tengking pun aku hanya cerita kat yang rapat je. Tapi since bdak baru suma hormat kan aku as senior mereka dengan sendiri menyampah dan meluat dengan is Az ni.
Aku memang start update resume, memohon memana jawatan di syarikat lain. Banyak interview aku pergi setelah 3 tahun, rasa agak kekok. Interview pertama aku pergi nun jauh di Subang Tai Pan tak lama aku balik lepas interview mereka kol tawarkan jawatan tu tapi aku terpaksa tolak. Sebab jauh sangat. Tak berbaloi nk travel sejam lebih untuk pergi balik dan nak berjalan dari stesen LRT ke office mereka lebih kurang 20min. Masa interview pun aku rasa berpeluh ketiak nak sampai. Walau aku nk sangat keluar dari syarikat ni tapi atas nasihat suami, aku tolak dengan baik. Aku cuba cari yang dekat2 kotaraya dan ada beberapa syarikat aku pergi.
Allah tu sentiasa mendengar rintihan hambanya, secara tiba2 Pah ditawarkan masuk ke unit lain dalam finance. Bagai bulan jatuh ke riba, dia tanpa soal panjang pindah ke unit tu walaupun Az masih mendengki dan hanya melepaskan dia sebulan lepas tu. Bahkan Pah disusahkan hidupnya sebab kena cover dua minggu lagi di unit Az. Sampai la boss Pah yang baru dah bising dan bersuara barulah Az lepaskan sepenuhnya. Jadi tinggallah aku menahan segala pahit di situ.
Oh ya, lepas dari inciden Az tengking tu aku dah takde lagi dalam interim team lead list. Semua email dah tak cc kat aku lagi. Bahkan dalam wasap group pun mcm nak tak nak so aku left group tu dengan senang hati. Aku teruskan kehidupan sambil2 tu cari keja lain. Hidup aku kembali tenang, stress aku terkawal dan tekanan darah aku kembali normal. Aku buat keja mcm biasa dan ambil pendekatan masuk keje ikut time, balik pun ikut time.
Dalam pada aku sibuk cari keja lain update resume mana patut, tetiba dalam pertengahan Feb tu ada seseorang dari Ibu pejabat tetiba tnya aku. Berminat tak nak kembali ke jawatan lama? (jawatan lama aku dimansuhkan sebab unit baru ni kononnya take over) tapi nampak kurang efektif, jadi management buat keputusan nak kembalikan jawatan tu. Dan kerana aku ada pengalaman dia approach aku dulu. Padahal sebelum tu aku dah risik2 tanya mmg takde bajet.
Doa orang teraniaya tu tiada hijab. Allah maha mengetahui. Dalam pada takde perancangan, tak ada bajet tetiba rezeki mendatang. Ya Allah, syukur lah sangat. Pah dah agak settledown kat unit baru dia. Aku pulak next. Alhamdulillah. Tapi perjalanan tak mudah jugak sebab Az masih mempergunakan kuasa nya.
Sepatutnya aku mula di unit baru pada 1/3 tapi sebab Az bagi macam2 alasan akhirnya 1hb April dengan rasmi nya aku pindah unit. Aku terpaksa bermuka2 dengan Az supaya dia lepaskan aku. Masa tu Allah je tau apa dalam hati ku betapa sakitnya. Tapi sebab aku nak keluar gak dari situ, aku terpaksa jadi hipokrit.
Sebelum aku pindah unit, bulan April ada bulan dimana kami suma patut mendapat salary adjustment atau kenaikan gaji kan. Dah la dalam performance review aku Az tak professional dengan letak komen berbau emosi, aku biarkan je sebab masa tu tumpuan aku nak keluar dari unit Az secepat mungkin.
Macam yang aku dah agak, ketika orang dapat surat kenaikan gaji dan bonus. Aku cuma dapat bonus je. Kenaikan gaji aku takde. Katanya si Az gaji aku dah lebih siling dan aku tak layak naik gaji lagi. Memang aku agak kecewa masa tu tapi aku berpegang kalau tak ada rezeki tak apalah. Mungkin ada rezeki lain. So aku terima dengan redha.
Lepas selesai suma urusan perpindahan, grade aku kat unit baru berubah. Lebih tinggi tapi takde salary adjusment management ingat aku dah dapat masa adjusment bulan March tu. Tak pelah. Aku terima dengan redha je. Yang pasti aku dah keluar dari situ. Sekarang ni aku gembira dengan tugasan aku walaupun gaji tak naik, Allah beri rezeki melalui suami. Dia promoted tahun ni, Alhamdulillah.
Since aku dah smooth sailing, Pah pula mula menghadapi masalah lain. Unit baru dia diambil alih oleh pengurusan atasan sebab dah berkembang. Pah dah terpisah dari boss asal yang tarik dia keluar dari unit Az. Memula dia rasa struggle jugak. Tapi masih bole managed sebab mcm aku, Pah selesa keje di syarikat ni. Banyak kemudahan terutama flexibility waktu bekerja.
Oh lupa aku nak cakap, pasal Az buat onar selalu menyalah guna ‘WFH” – berkerja dari rumah kemudahan WFH ditarik balik serta merta dari seluruh unit finance. Mean suma orang dah tak bole keja dari rumah lagi. Aku bersyukur sangat sebab dengan jawatan baru aku bole bebila masa je keja dari rumah. Berbalik pada Pah, semuanya ok smpailah satu hari diumumkan SSF diperbesarkan lagi. Masa ni ibu pejabat ambil ramai orang baru untuk mengetuai unit tu dan secara langsungnya unit Pah pun terbabit sama.
Mula2 mereka tukar waktu berkerja. Instead of 8.30am-5.30pm (or at anytime as long as 8 hours) dah bertukar jadi 10am-7pm. Seperti aku Pah tak suka masuk lewat. Pertama lepas kul 5 pm otak dah jammed. Dah penat. Jadi aku dengan dia prefer keje awal balik on time on once a while bole la stayback kan. Bukan Pah tak cuba nego, sebab dia tinggal jauh di Seremban balik lepas jam 7pm bukan pilihan yang baik. Namun tak berjaya. Terpaksa la dia hadap, masa ni dia dah mula memikirkan cari keje lain but not in serious. Aku pun tak sangka la dia kemudian benar2 nak berhenti dan cari keja lain.
Keja Pah dah makin banyak sebab dia kena buat benda lain, dia kena belajar. Ibu pejabat jugak nak kurangkan kos jadi banyak keje2 shared service dipindahkan ke KL. Bermakna tugasan di ibupejabat mmg dah dicampak ke KL. Pah berurusan dibahagian perbelanjaan jadi byk invoice , claim dia kena proses. Untuk Asia Pac sebenarnya terkawal dan tiada masalah. Namun bila ibu pejabat start campak back log benda jadi huru hara.
Bayangkan expenses 2015 masih tak diprosess ! adakala dah process rekod tak update dalam sistem. Yang aku dengar dari Pah banyak gila back log dan mereka kena push untuk abiskan secepat mungkin. Malang pulak Team lead baru Pah macam haram jugak perangai. Sepatut back up anak buah, dia back up orang luar.
Dan unit Pah dah jadi macam penjara. Masuk lewat kena ganti, kuar lunch tak bole sekali kena gilir2. Mc kena soal atau TL akan buat muka taik tiap kali ko gtau tak sihat. Amik cuti pun kena soal kenapa nak cuti so on so on. Bukan dari Pah je, dari team dia yang lain pun selalu je cerita mcm penjenayah. Bahkan kalau mereka ketawa sesekali, bergurau TL akan secara sinis sindir, amboi gembira sangat??.
Baru2 ni ada dua ekor orang asing yang ibu pejabat antar ke mari nak memerhati kerja mereka ni suma. Bertambah teruk bila mereka berdua ni datang sebab sumanya diperhatikan. Hatta pergi jamban lebih 10 min pun jadi isu. Paling worst, pernah sekali aku tengah mesej dengan scha pun jadi isu sebab dia tanya siapa aku? Apa aku nak ? OMG. Padahalnya aku mesej Pah pasal keje. Tapi biasa lah ada selit2 sikit membawang kans.
Sementelah aku dah tenang menjalani pekerjaan jauh dari Az, kadang terserempak je aku buat2 tak nampak. Mmg ada sessi mintak maaf dengan Az dan HOD lepas insiden tu tapi aku bantai Az cukup2 sblum aku kata maafkan dia. Bukan la aku berdendam. sebab aku dah maafkan tapi parut yang tinggal membawa kebencian aku pada dia. Tapi sebb masih kena berurusan dengan Az aku Cuma make it as professional as I can. Pah terseksa jugak mentally bukan dia je seluruh team dia jugak dek kerana hal2 diatas.
Kemuncak dari tu suma, Pah akhirnya cari kerja lain all out. Dan, mcm aku kata Allah maha mendengar rintihan hambanya begitu juga terjadi kat Pah. Dia dah dapat keja lain !. Head hunter yang carikan dia keje tu ada kol aku beberapa minggu lepas mintak rujukan dan aku dah beri apa yang patut akhirnya minggu lepas Pah dah dapat surat tawaran lagi bagus gaji baru lebih hampir lebih 2k dari yang dia terima sekarang.
Baru hari jumaat lepas Pah antar surat resign. Lepas antar tu, baru keluar cerita memacam yang dua ekor orang asing tu katanya tak puas hati dengan Pah dan memacam komplen. Well, ada dia kisah? Sekarang ni Pah dah ready nak berenti, so apa2 masalah berbangkit dia biarkan je. Sekarang dia nak abiskan apa yang bole tu je. Selebihnya pepandai lah. Dan team mate dia yang lain lepas dengar Pah nak berenti memasing berkobar2 nak carik keja lain jugak. Ahahaaha. Padan muka suma.
Aku? Masih kat sini lagi. Tapi aku dah dengar ura2 yang management nak ambil orang lagi, banyak jugak cerita yang tak sedap didengar mungkin akan berlaku dengan umur aku masuk kategori senior ni benarnya aku malas nak cari keja lain. Kalau bole aku nak je stay sini smpai 55. Tapi entahlah, kalau ada rezeki lain datang tiba2 kenapa tidak kan? Cumanya aku dah tak aktif lagi mencari yang lain. Sekadar gitu2 je.
Selama aku bekerja ni banyak aku perhati dan alami, kadang2 management ni tak peduli pun masalah orang bawahan ni. Untunglah kalau boss sangat memahami bertolak ansur dan tak perlu libatkan pihak atasan. 3tahun pertama aku kat sini semuanya Alhamdulillah sebab pengurus aku sgt memahami dan bertolak ansur. Dan boss aku sebelum ni suma orang puteh. Cuma bila dapat boss melayu, pondan pulak tu terasa sangat suffernya.
Bukan sahaja memfitnah kita, membawang dan mencucuk orang lain untuk tak suka kita. Tapi selagi kita jujur, berbuat baik dengan orang aku rasa apa juga kejahatan tak jadi. Aku salu berpegang, ikhlas berkawan, ikhlas berkerja mudahkan urusan orang lain Insha Allah urusan kita di permudahkan. Fitnah la berapa banyak ko nak caci dan cerca lah, tak perlu kita balas. Berdoa je dengan Alllah. Semoga yang mengeji dan memfitnah insaf dan dapat balasan setimpal, mungkin tak sekarang nanti.
Kita ni hidup tak lama. Tak perlu nak mendengki dengan orang lain. Allah taksuka orang yang mendengki kan. Ingat lah selalu doa orang dianiaya tu tiada hijab. Sabar dan jangan berhenti berdoa. Apapun, aku tak sudah2 mengucapkan syukur, tiap kali bdak2 di unit Az mengadu apa2 aku Cuma mampu nasihat je. Selebihnya berserah lah. Syukurlah aku dah bukan bawah dia lagi.
Kadang orang tak fikir pun nak berenti kerja kalau dah suka suasana dan kawan2. Tapi bila ada benda yang bikin stress, sesak dada mungkin orang malas nak hadap hehari, maka orang berenti cari keje lain . Tu dah pasti. Ada sebab kenapa orang lari dan buka suka suka nak tukar keje sebab bukan senang nak mula semula di tempat baru.
Tapi tu lah, kehidupan kena diteruskan bukan semua orang kejar duit atau gaji banyak. Tapi kalau hari2 nak hadap benda ni, dapat keje lain gaji lagi tinggi tu kira bonus lah. Yang penting kita nak hadap keje hari2 sejauh mana orang bole sabar. Kalau orang da tak sabar memang angkat kaki good bye la. For me, setakat ni belum lagi ada beria nak cari keja lain tapi esok lusa taktau. Aku ikut je flow nya. Insha Allah , moga Allah permudahkan urusan keja aku nak membantu keluarga mencari nafkah yang halal bagi anak2 makan.
Oh mungkin korang tertanya kenapa aku panggil Az pondan? Ya, pada aku memang dia jasad je lelaki tetapi naluri wanita terperangkap dalam jiwa dia. Perangai, gaya mengalahkan makcik bawang dan peri penting dia sendiri mengaku dia ada BF okay. Pendek kata dia ada geng jalur pelang! Semoga dia insap la nanti.
Semoga apa yang aku cerita jadi pedoman untuk pembaca semua. Hentikan perangai keji menganiaya orang kerana kita taktau bila pulak kita diberi balasan , mungkin bukan kita tapi adik2 kita, anak2 buah kita kemudian hari kan.
WallahuaAlam.
– Kak Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit