Assalamualaikum. Terbaca confession ‘Orang Tiada Rupa’ (https://iiumc.com/orang-yang-tiada-rupa/), aku rasa aku pun ada pengalaman yang lebih kurang sama. Cuma aku ni lebih tua dari confessor tersebut. Aku perempuan, belum berkahwin, berusia 30 tahun. Dari kecil orang selalu memperlekehkan rupa fizikal aku.
Aku tinggal dengan nenek. Saudara mara panggil aku hitam, beruk, tak lawa, gemuk, selalu dibandingkan dengan sepupu aku yang putih melepak. Lebih teruk bila prestasi akademik aku ketika aku sekolah rendah adalah teruk. Aku hanya pandai membaca pada usia 9-10 tahun. Tapi aku tak putus asa.
Mak aku yang turut kena tempias aku yang selalu dihina, selalu pesan, “belajar rajin-rajin, biar tak lawa, tak apa. Buktikan dengan keputusan exam along. Esok along pandai, orang pandang along.” Mak aku pun selalu sedih sebab aku selalu dihina. Aku kesian dengan mak aku. Aku rasa mak aku mak yang malang dapt anak yang serba serbi tak sempurna macam aku.
Jadi, aku pun bekerja keras, belajar sebaik mungkin kerana nak tutup kelemahan rupa paras aku. Dengan harapan aku masih dapat perhatian manusia, bila aku pandai. Kawan-kawan ketika sekolah pun hanya seorang dua yang rapat dengan aku.
Lepas SPM, aku masuk IPT. Keyakinan diri aku yang rendah ni menyebabkan aku awkward, tak pandai berkawan. Aku dah cuba, tapi orang tak tertarik. Sampaikan kawan aku kena kuarantin H1N1 dulu, aku la satu-satunya kawan yang hantar dan tunggu dia di hospital, tapi bila dia dah sihat, dia tinggalkan aku.
Kawan sekelas aku tak ada duit nak makan, aku bagi duit aku pada dia, atas dasar setia kawan. Orang lain tak perasan pun di kelaparan. Tapi bila dia dah dapat biasiswa, dah ada duit, dia tak tanya pun khabar aku. Aku sakit, aku tak ada duit, aku keseorangan. Aku hanya ada mak ayah dan adik-adik yang ambil berat.
Bila aku mula bekerja, perkara ni masih berlaku. Orang pandang rakan sekerja aku yang lain. Mereka pandai bermanis mulut. Senior tempat kerja aku selalu pandang rendah dengan aku. Dan rakan sekerja lelaki selalu ejek aku gemuk. Aku pernah jaga rakan sekerja aku kena denggi. Aku yang hantar dia ke hospital. Tapi bila aku sakit, dia tak tanya khabar pun.
Kecewa dengan keadaan tempat kerja aku, aku ambil keputusan buat Master. Dengan harapan ketika aku sibuk, aku dah tak tumpukan perhatian terhadap pandangan orang dengan aku. Alhamdulillah, lepas 3 tahun, aku selesai pengajian.
Habis master, aku pergi travel. Setakat ni aku dah jejakkan kaki ke 11 negara. 4 dari 11 negara aku pergi seorang. Trip yang lain aku pergi dengan keluarga dan seorang rakan; sorang kawan aku tu la yang setia dengan aku, tak kisah aku gemuk ke berjerawat ke awkward ke. Sebab aku tak nak kecewa cari travel partner. Aku juga cuba jaga penampilan aku. Dari 80kg sekarang aku berjaya turunkan berat sehingga 60kg.
Kelakar, bila kita nampak gembira, bila kita nampak lebih menarik secara fizikal, baru ada yang sudi berkawan dengan kita. Tapi hati aku dah tawar dengan layanan manusia yang hanya nak dampingi aku bila aku senang, tinggalkan aku bila kita susah.
Ex classmate aku yang dulunya keji aku gemuk, tiba-tiba muncul balik, menunjukkan minat. Rakan sekerja aku yang dahulunya terang-terang reject aku kata aku tak cantik dan perempuan yang nak dia semuanya lawa, tiba-tiba mengorat. Kawan yang aku jaga dia ketika denggi, tapi dia tinggalkan aku ketika aku sakit, secara tiba-tiba bermanis muka, bertegur sapa dengan aku.
Dengan perubahan fizikal aku, aku tetap tak gembira dengan perhatian manusia. Sebab aku tahu tiada keikhlasan pada perhatian mereka tu. Tapi umur aku pun dah lanjut, dah 30 tahun. Walaupun aku boleh hidup berseorangan, aku masih tetap rasa nak berteman.
Walaupun aku mampu berdikari, aku tetap masih mahu ramai kawan, walaupun aku tahu mereka ni semua akan tinggalkan aku bila aku susah. Macam mana lagi aku nak didik hati aku supaya tak rasa kosong macam ni?
Sampaikan baru-baru ni aku rasa dah tak tertanggung perasaan sedih yang aku pendam dari zaman kanak-kanak lagi. Keyakinan diri aku hancur, aku rasa aku tak disayangi, dan aku rasa manusia lain hanya nak dekati aku untuk pergunakan kebaikan aku je.
Baru-baru ni, perasaan nak bunuh diri tu kerap datang pada aku. Perasaan tu ada ketika aku zaman kanak-kanak lagi, tetapi sekarang, kerap sangat muncul, perasaan yang dunia ni lebih baik jika aku tiada. Tapi aku tak sangka, walaupun aku sekarang seolah-olah dah lengkap serba-serbi—secara lahiriah, aku masih rasa tak guna.
Aku ingat dengan buat perubahan, perasaan aku lebih tenang dan tenteram. Tapi sebenarnya tak. Aku rasa tak berguna sangat.
– MAS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit