Aku dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan aku dan adik-beradik tidak pernah kurang.
Aku anggap ayah seorang ayah yang sangat baik. Ayah selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja. Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai ayah dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang aku anggap…
Semasa aku di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, aku ternampak mesej ayah dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai. Remuk hati aku. Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan ayah. Ayah bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.
Bila fikir balik, aku terimbas kembali sewaktu aku kecil dalam umur 4 tahun aku teringat kali pertama dan terakhir aku melihat mak dan ayah bergaduh dihadapan kami adik-beradik. Sebabnya ayah mahu keluar malam tetapi mak tidak setuju dan ayah teruk marah. Sejak dari itu mak tidak pernah menghalang pergerakan ayah. Malah dibiarkan sahaja jika mahu pulang lewat malam atau pagi. Sudah lali hampir 30 tahun hidup bersama.
Walaupun remuk hati aku lepas baca mesej ayah dan wanita lain, aku diamkan sahaja. Aku hormat ayah macam biasa. Tidak pernah bangkitkan pasal isu ini. Mesej sahaja. Tak lebih. Alaa… lelaki kan, semua sama sahaja. Aku pujuk diriku. Tetapi aku kasihankan mak. Sampai hati dia buat orang yang aku sayang macam tu.
Ada satu tempoh masa dahulu, ayah selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja. Satu hari, aku ingin mencari barang di dalam bag laptop ayah, dan terjumpa kondom di dalamnya. Macam-macam bermain di fikiran. Yang paling penting, kenapa perlu bawak kondom ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama ayah pun. Aku diamkan lagi…
Satu hari rakan sekerja ayah, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta ayah menemannya sebab ayah arif dalam hal itu. Mak pun biarkan sahaja ayah pergi bersama B. Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan. Aku pulak banyak tanya kepada mak kenapa ayah perlu ikut, kenapa tak suruh suami B sahaja selasaikan urusan itu dan berapa lama.
Aku bukak mesej mak dengan ayah. Awalnya kata tidak lama. Tapi tiba-tiba ayah mesej kata urusan tergendala beberapa jam. Kena tunggu dan mereka pergi jalan di kota untuk membuang masa. Kenapa aku bukak mesej mak…sebab aku nampak ayah bawak bag laptopnya. Urusan itu tak memerlukan laptop. Air mata aku jatuh bila nampak ayah bawak bag laptop dia pergi jumpa perempuan itu. Tak tenteram hati. Kasihan dekat mak…
Aku rasa mak ada syak atau tahu sesuatu tapi dia tidak akan pernah menceritakan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau ayah mahu kawin lagi kawin la. Aku pulak rasa marah.
Bertahun aku simpan rasa marah kepada ayah tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada aku tapi kepada ibuku. Dia ayah yang baik tapi bagi aku dia bukan suami yang baik pada pandanganku. Bila aku meningkat dewasa baru aku nampak banyaknya korban ibu sampai ayah banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.
Bertahun aku bergolak dengan perasaan aku sendiri. Aku tak percaya lelaki. Aku marah ayah tapi dia tidak salah kepada aku dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Aku sayang ayah sangat. Hari ganti hari aku cuba redha. Aku buat keputusan untuk lepaskan hal ini dan biar dia dengan rahsianya. Aku tetap akan sayang dia macam biasa. Biarlah tidak konvensional, sekurangnya dia tidak tunjuk depan-depan. Aku pujuk diri…
Sampailah satu hari, ayah masuk wad… Tidak serius pun sakitnya, mak beritahu aku supaya tidak perlu tergesa pulang. Aku pulang pada hujung minggunya dan mak pun ceritalah perkembangan ayah. Tiba-tiba mak cerita, B datang bawak bubur untuk ayah. Lantas aku bertanya semula kepada mak. Kenapa dia perlu datang? Suami dia tidak ikut ke? Mak jawab pendek dan terus alih topik. Aku syak dia tahu aku marah B ni. Mak bukan bodoh cuma dia tak nak besarkan hal.
Yang buat aku marah, makin berani B ni datang depan mak aku. Nasib bukan depan aku. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa B. Aku tanak. Kalau aku nampak dia depan-depan aku akan kurang ajar. Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.
Kadang-kadang aku jeling phone ayah aku nampak dia masih lagi mesej ayah sampai sekarang pada waktu malam. Normal kah isteri orang bermesej dengan suami orang pada waktu malam. Lagipun mereka sudah tidak kerja di pejabat yang sama lebih bertahun sudah.
Bagi aku lelaki tetap lelaki walaupun dia ayah aku. Aku banyak baca kes curang sekarang tapi sikit pon aku tak terkejut. Lelaki… kalau ada peluang takkan dia lepas. Beza halal haram je.
Kalau yang nak halal dia kawin lain. Kalau haram, buat lah perempuan simpanan macam ayah aku. Hahahaha… Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana…
– AA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit