Hai semua, nama aku Zarina. Aku di penghujung 20an dan bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Confession kali ni bukan la confession sangat tapi lebih kepada meminta pendapat.
Selepas aku graduate, aku sangat susah nak dapat kerja. Lepas setahun tanam anggur, baru aku dapat kerja. Dalam masa setahun tu, aku banyak guna simpanan aku untuk cari kerja dan survive sebab aku tak suka bergantung dengan family aku. Jadi duit simpanan aku tinggal sikit je.
Kerja pertama aku, main tangkap muat je, walaupun aku overqualified dan dibayar murah, aku terima je sebab graduan tak boleh memilih kerja. Sekali lagi, aku terpaksa guna duit simpanan untuk survive. Duit yang sikit semakin sikit. Kerja pertama aku bos dia psycho, dia mental torture aku sampai aku betul2 stress dan resign. Aku kemudian dapat kerja lain, masih overqualified, dibayar rendah namun cukup2 nak survive kalau rajin OT, simpanan takde.
Aku masih bekerja di sini sampai sekarang, dah setahun lebih. Company kecik je, pastu bos masyaAllah kedekut taik idong masin, nak improvement plan tapi tak nak invest, tapi officemate semua tabah2, baik2, office politics takde sangat la Selain masalah tu, kerja aku okay je, stress sikit2 kadang2, tapi aku bekerja weekend, ada shift malam, kadang2 straight 12 hari kerja baru jumpa cuti, kerja yang pakai physical energy dan bekerja dengan foreigner lelaki.
Waktu shift malam, aku sorang2 je perempuan handle foreigners lelaki (bangla, nepal, myanmar, indon etc) semua dalam 70 orang. Foreigner tempat aku takde la buat masalah tapi aku risau jugak, dorang ni lama dah tak jumpa bini masing2, tempat kerja pulak bos kedekut cctv. Benda ni totally TAK okay untuk bakal suami dan family aku sebab dorang risau. Tapi zaman sekarang ni susah betul nak cari kerja lain, lagipun ada ke kerja lain yang tak stress macam sekarang ni?
Aku ada degree, masuk kerja guna degree, tapi kerja level diploma, dibayar pun level diploma. Peluang nak naik pangkat? Tunggu la 3,4 orang senior atas aku resign lagi 10 tahun gamaknya, huhu. Walaupun aku kerja ntah pape je, aku ada 1 crucial skill yang industry ni sangat2 perlukan. Tapi 1 tu je la skill yang power, yang lain semua kerja bodo je, kawan pulak sesama dengan foreigners, degree boleh simpan dalam tanah, sambil bayar ptptn diploma + degree yang tak pernah guna tu.
Sebab crucial skill aku nan 1 ni, sorang bos dari 1 company terulung kat Malaysia ni dapat contact aku sebab dia nak skill tu, dorang still tak boleh discover rahsia company aku yang boleh hasilkan barang higher quality than them. Dia offer kerja, jawatan besar, gaji besar berganda2 dari gaji sekarang, sanggup bayar penalty untuk aku resign kerja sekarang dan start right away kat company dia.
Aku ni nak kahwin, bakal suami memang agak stable dari segi financial, tapi takkan la aku nak harapkan 100% duit dia je buat majlis belah aku. Aku tak nak majlis sendu sebab kahwin sekali je, takde la bercita2 nak kahwin grand2 tapi mak ayah aku dua2 family besar dan suka berkumpul, punya la ramai nak jemput. Dah la bukan main susah nak cari pakwe. Pakwe dah lama ajak kahwin, tapi aku takde duit dan tak mampu menyimpan.
Aku tak boros pun tapi gaji aku rendah dan memang cukup2 je survive kat KL ni, dah habis ikat perut dah, takde beli kereta pun, kerja dah sama teruk dengan bangla. So sekarang aku memang perlukan duit untuk survive dan duit kahwin etc.
Beli insurans pun tak mampu sekarang ni. Mak ayah aku dah 70 tahun lebih, tak lama dah kat dunia ni, aku ni teringin nak bagi duit banyak kat dorang, bawak mak ayah jalan2 ke tapi tak mampu. Sendiri pun tido berlapar, mana nak simpan nak kahwin, mana nak bagi mak ayah lagi (aku tetap bagi jugak dalam RM200 sebulan okay walaupun aku sendiri tak cukup).
So sekarang aku confuse, kerja aku sekarang okay, tak stress tapi tak selamat, gaji rendah, jawatan rendah and physically exhausted. Company baru ni offer gaji mahal berganda2 dari gaji sekarang tapi aku tau dorang just nak gunakan aku until skill aku yang 1 tu. Kalau dah habis skill tu, dorang campak aku ke mana?
Aku pernah tanya pendapat few ex staff kerja company tu, kebanyakan lari sebab ditindas dan dipergunakan, office politics and stress. Tapi aku nak duit, tak tahan dah hidup cukup makan, aku nak build better life, have better career, gunakan degree aku. Bayangkan kalau dapat kerja dgn company besar, resume cantik je. Tapi apa gunanya kalau kerja gaji besar, company besar tapi hidup tak happy? Plus kalau aku pindah company tu, aku kena PJJ dengan suami aku nanti.
Tapi kalau aku stay kat company sekarang , ntah bila la nak maju hidup. Aku ni dah dekat 30, hidup masih terumbang ambing, skill ada 1 tu je la, asyik hopping kerja je, nanti masuk kerja baru still macam fresh graduate, bos2 pun nanti lagi muda dari aku, huhu. Tolong la bagi pendapat, aku betul2 buntu ni. Aku hanya nak yang terbaik untuk masa depan aku ni.
– Zarina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit