Assalamualaikum. Aku harap admin dapat siarkan penulisan aku sebab aku inginkan pendapat tentang kekeliruan yang melanda.
Keliru dengan perasaan sendiri. Itu yang mampu aku katakan.
Aku berkenalan dengan seorang jejaka, Amri, tidak tampan dan tidaklah jelik tapi cukuplah sedap mata memandang. Dia merupakan rakan sekuliah yang tidak pernah aku sedari kewujudannya sehinggalah kami ditakdirkan menjadi rakan kumpulan dalam satu siri kursus yang berlangsung selama sebulan di sebuah IPTA utara tanah air.
Aku tidak pernah bertegur sapa dengan Amri berikutan aku sendiri juga bukan seorang yang peramah, begitu juga beliau. Sehinggalah pada minggu kedua kursus menjelang pun, aku masih tidak berbual dengan beliau sehinggalah beliau sendiri yang memulakan perbualan padaku.
Semuanya berlaku secara pantas dan sejak dari itu aku berkawan baik dengan Amri, walaupun setelah kursus tersebut berakhir.
Secara spontan aku dan Amri menjadi kawan rapat dan tidak disedari aku mula menaruh perasaan pada Amri kerana bagi aku Amri seorang yang unik dan optimistik. Sudah tentu, aku menyembunyikan perasaan aku kerana bimbang kalau-kalau Amri berhenti menjadi kawan baikku sekiranya beliau tahu aku mengkhianati persahabatan kami.
Namun aku tersilap, selang beberapa minggu kemudian, Amri menghantar pesanan Whatsapp untuk mengajak aku menemaninya ke sebuah tempat. Aku turuti dan setibanya disana Amri meluahkan perasaannya terhadapku.
Sejujurnya hatiku berbunga kerana merasakan seolah cintaku terbalas tetapi umum mengetahui aku masih seorang pelajar, dan aku seorang yang firm, aku mengutamakan cita-cita aku lebih dari segalanya. Ini juga sebab mengapa aku tidak meluahkan rasa kepada Amri pada mulanya.
Aku kemudian bertanyakan pada Amri jika dia sanggup menunggu kerana aku tidak bersedia untuk mempunyai apa2 hubungan buat masa ini. Amri akur.
Beberapa hari berlalu, aku dan Amri masih berhubungan seperti biasa. Pernah juga sekali sekala Amri menyuarakan soalan berkenaan cinta dan tapi selalunya aku akan meng-ignored Amri atau mengubah topik lain. Semuanya kelihatan baik sehinggalah Amri sudah mula mengasingkan diri dari aku. Mesejku tidak berbalas dan beliau kerap kali ponteng kuliah sehingga membuatkan aku runsing.
Bila aku bertanyakan masalahnya, Amri diam tidak memberi jawapan. Begitu juga pesanan Whatsappku selalu di-bluetick atau tidak dibaca walaupun online. Aku positive dan bersangka baik mungkin ini sebenarnya aku mahukan. Bukankah aku yang reject Amri?
Namun aku keliru, menolak cinta Amri bukan bermakna aku tidak mahu membalas cintanya, aku cuma meminta sedikit waktu untuk betul-betul bersedia kerana prinsip aku, aku hanya akan bercinta dengan lelaki yang serius mahu menjadikan aku suri hidupnya sahaja.
Amri pernah berkata yang beliau tidak mempunyai niat berkahwin dalam masa terdekat kerana dia juga mahu bekerja dan mengejar cita-citanya. Dan sudah tentu, bagi aku, jikalau itu yang kau hajatkan, teruskanlah sahaja persahabatan kita ini dahulu. Bila dua-dua sudah bersedia barulah berpindah ke fasa yang seterusnya, bukan?
Hari bersilih ganti, hubungan aku dan Amri semakin dingin. Kami seperti sahabat baik yang sedang bergaduh walaupun punca sebenarnya masih samar-samar. Aku keliru apa salahku padanya dan silapnya bila aku terus mendiamkan diri sehingga menjadi toksik dalam diriku. Aku bagaikan tidak keruan memikirkan akulah yang bersalah.
Hari terus berlalu sehinggalah Amri dengan yakinnya memuatnaik gambar di IG dengan seorang wanita yang aku kenali juga, walaupun tidak rapat. Setakat yang aku kenal, Amri bukanlah seberani ini. Sejujurnya aku cemburu tapi bukankah ini yang kau mahukan? Bukankah kau yang menolak Amri? Dan bagiku tidaklah salah Amri berbuat demikian kerana secara rasminya aku dengannya bukannya ada apa-apa!
Aku seperti wanita psycho, aku selusuri ruangan komen jika ada komen-komen yang mampu memberikan jawapan kekeliruan dan ya, aku menemuinya. Dalam satu komen, seorang pengikut IG Amri yang aku percaya rakannya juga bertanya adakah wanita itu teman wanita Amri dan Amri menjawab wanita itu cumalah kawan beliau saja.
Walaupunbegitu hatiku tidak sedap namun aku masih diam membatu tidak bertanyakan hal itu sendiri pada Amri. Aku tidak perlukan penjelasan Amri tapi pada masa yang sama aku hatiku meronta untuk mendapatkan kepastian.
Sejujurnya aku sayang pada Amri tapi aku tidak mahu bercinta buat masa sekarang. Aku keliru namun aku positive bahawa mungkin dia bukanlah jodoh aku yang terbaik. Lelaki yang baik tidak akan pandang wanita lain bukan?
Namun kadangkala syaitan selalu menguasai diri. Kadang rasa penyesalan menolak cintanya terlebih dahulu menghantui diri dan kadangkala rasa bersyukur kerana dilihatkan kepadaku sikap Amri. Aku keliru.
Apapun, semuanya telah berlalu sejak 5 tahun yang lepas. Aku pun kini telah memiliki pekerjaan yang aku idam-idamkan, begitu juga Amri (aku tahu kerana beliau sering memuatnaik gambar di IG (ya kami masih friend di alam maya) dan juga menurut info daripada rakan sekelas yang lain).
Walaupunbegitu, aku masih menyayangi Amri dan sejujurnya aku tidak dapat move on daripada beliaum Usah ditanya, aku sendiri tidak tahu. Bagi pihak Amri, menurut apa yang aku lihat di IG nya, Amri juga dilihat seperti masih tidak mempunyai pasangan lagi.
Entahlah, ini cuma andaian aku sebagai seorang wanita yang pernah menjadi sahabatnya dahulu. Melihatkan tingkah lakunya, begitulah yang aku andaikan, tapi tidak tahulah mungkin Amri ada sisih yang lain sepanjang aku bukan menjadi sahabatnya.
(Sebenarnya ada banyak lagi kisah kekeliruan antara aku dan Amri namun cukup ini dahulu yang kau ceritakan)
Aku buntu dan keliru. Kini, aku dan Amri telah capai impian masing-masing. Inginku tegur Amri kembali untuk menunaikan janji tapi hati perempuanku meronta, merasakan seolah-olah aku menjilat ludah sendiri.
Amri sendiri tidak pernah mencari aku selepas tamat pembelajaran, aku pula yang terhegeh-hegeh. Entah-entah hatinya padaku sudah lama mati. Jikalau tak, Amri pasti mencari aku semula.
Entah. Aku keliru bermain teka teki hati sendiri. Walaupun berjaya mencapai cita-cita, hatiku kosong dahagakan pasangan hidup dan hanya Amri sahaja yang aku sayang sedari dulu walaupun setelah lebih 5 tahun berlalu. Mungkin aku yang belum move on atau aku yang keliru. Mungkinkah kami ego? Entah.
Manusia keliru,
– Izara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit