Perkara Yang Saya Belajar Dari Berniaga Online

Saya mula berkecimpung dalam perniagaan online pada tahun 2012. Saya menjual Homemade Cakes. Pada mulanya saya menjual kepada adik beradik dan kawan-kawan, sehingga kakak saya mencadangkan saya menceburi bidang perkahwinan, iaitu menyediakan Cake Slice atau Muffins sebagai doorgift untuk para tetamu.

Pada masa itu, Instagram masih lagi agak baru diterima di Malaysia. Akaun-akaun Instagram masih share ‘filtered photos’ sebab IG memang terkenal dengan filter yang cantik-cantik. Saya banyak menjual menggunakan Mudah, forum, dan blog. Fashion-fashion Muslimah juga banyak bermula dari forum sebagai tempat pengiklanan.

Pada tahun 2014, saya mula nampak trend menjual di IG semakin meningkat. Saya mula menjual di IG menggunakan hashtag, dan saya follow beberapa IG yang kreatif dan tengah top masa tu. Di sini saya nak share beberapa business menarik yang saya perhatikan jatuh bangun mereka.

Copyright Issue.

Pada satu masa, Scandinavian style mula menjadi trend di IG. Saya juga terpengaruh, di mana saya mula melayari Pinterest dan IG untuk mendapatkan inspirasi packaging dan presentation untuk doorgift saya. Beberapa IG yang saya ikuti menjual barangan hiasan rumah style Scandi. Design cantik-cantik, daripada bakul baju fabric, karpet bercorak animals, hiasan dinding, dan macam-macam lagi. Semuanya direka oleh artist2 dari UK, US, dan AUS.

Disebabkan saya banyak follow handmade IG luar negara, saya mula mendapati local seller menjual barangan2 decor tersebut dengan harga yg jauh lebih murah daripada harga yang dijual di website original maker produk-produk tersebut. Baru saya perasan mereka sebenarnya import barangan ‘copy’ dari China.

Sedikit demi sedikit, semakin ramai yang ‘pandai’ jual barang trending dari China, dan mula main harga. Seller-seller yang paling awal menjual sudah mendapat cukup keuntungan untuk melabur dalam menghasilkan produk sendiri, maka mereka produce barangan decor mereka sendiri.

Tetapi produk mereka gagal terjual sebanyak produk ‘copy’ tersebut. Saya cuba study di mana kekurangan mereka. Apa yang dapat saya simpulkan:

Mereka penjual. Businessman. Bukan artist.

Pereka asal luar negara produk-produk home decor tersebut adalah artist ataupun crafter. Mereka punyai skills dan seni. Scandinavian ialah cara hidup mereka, bukan sekadar ‘poser’. Daripada seni mereka mengumpul followers. Bila mereka keluarkan produk, follower mereka support. Daripada artwork mereka, berkembang menjadi brand dan company yang besar, cukup trending sampai China pun nak copy. Produk mereka, walaupun betapa simple pun artwork dia, ada jiwa.

Lain dengan seller Malaysia tadi. Even bila mereka hire designer untuk buat artwork baru, still tak dapat ‘tangkap’ hati pembeli. Saya pernah ‘check’ kualiti produk mereka, Dengan kualiti yang sama, saya boleh beli barangan China dengan 1/6 harga.

Satu lagi checkpoint yang menggagalkan ialah berkembangnya Aliexpress dan Taobao, pelanggan beli kuantiti sedikit pun sudah boleh dapat harga borong. Ada satu seller menjual bakul raga Vietnam dengan harga ratusan ringgit, tapi setelah kewujudan shopee yang menjual dengan harga belasan ringgit sahaja, seller2 tersebut mula menjual produk lain.

Bagaimanapun, ada juga seller IG Malaysia yang menjual fabric dan produk original dari luar negara. Saya saksikan beberapa IG yang tutup disebabkan China mula copy barangan original tersebut, dan bila seller lain mula import dari China, mereka tak dapat ‘compete’ dari segi harga.

Daripada sini, saya menyimpulkan bahawa adalah penting untuk kita commit menjual barangan dari brand yang mementingkan copyright. Beberapa IG dibanned sebab menjual barangan copy, setelah original brand report pada Instagram.

Be creative.

Ada satu IG yang saya ikuti setiap hari, menjual barangan dari Jepun. Ownernya sangat kreatif, anaknya yang iras gadis Jepun menjadi model untuk baju-baju yang dijualnya, sejak anaknya kecil sampailah sudah mula bersekolah. Apa yang saya perhatikan pada seller ini, setiap hari beliau akan ‘update’ sesuatu yang baru. Konsepnya sama:- kimono Jepun. Tapi tak ada satu pun corak yang sama atau produk yang sama.

Followers setiap hari diperkenalkan dengan pattern Jepun yang baru ataupun produk yang baru. Contohnya, hari ini jual kimono, esoknya beliau jual beg yang dijahit menggunakan kain kimono. Membuatkan followers tertunggu-tunggu apa yang akan dihasilkannya setiap hari. Saya tertarik dengan range harga yang dikenakan, dari semurah-murah barangan sehingga semahal-mahal kualiti.

Seller juga pandai menggunakan ‘engagement’ dan ‘gamification’. Baru-baru ini saya mendapati beliau banyak membuat Giveaway, di mana followers perlu ‘bermain game’ untuk mendapatkan hadiah yang menarik. Contohnya, beberapa gambar giveaway akan ‘dosorok’ dalam listing produk di IG beliau, dan followers perlu slide satu-satu gambar untuk mencari hadiah tersebut.

Saya mendapati beliau menggunakan ‘passion’ dan ‘creativity’ untuk meningkatkan brand beliau, selain tidak kedekut untuk berkongsi informasi dan hadiah untuk pelanggan-pelanggannya. Saya masih cuba untuk belajar ‘tips’ dan ‘tricks’ yang beliau gunakan untuk menaikkan folower dan sales di IG saya sendiri.

Pernah juga saya berbual dengannya ketika kami menjual di satu event yang sama. Saya ada tanya, barangan murah yang dijualnya, tidakkah mengganggu barangan yang mahal? Customer nampak kimono yang murah, mestilah beli berbanding yang mahal walaupun kualiti berbeza.

Beliau memberitahu beliau lebih suka ramai pelanggan ‘to be able to afford and enjoy the items’, di samping cashflow yang laju daripada barang-barang murah itu, beliau kumpulkan untuk projek seterusnya. Satu point yang agak menarik dan boleh digunakan.

Outsource Handmade/Homecooked Items.

Apabila saya menjual coklat, biskut, atau cakes as a doorgift, daripada masak sehinggalah packaging disiapkan sendiri. Saya personalize each of them. Saya tak yakin untuk ‘outsource’ kepada bakers yang lain, sebab utamanya saya mahu semua untung, di samping saya mahu jaga kualiti.

Bagaimanapun, saya pernah terbaca tips berniaga online di IIUMC, di mana menasihatkan bahawa kita memang boleh jadi sangat particular dengan hasil kerja kita. Tapi kita kena ingat, setiap hari, kita kena expand. Katakan untuk satu bulan saya boleh buat 100 keping kek.

Kek saya sedap, pelanggan pun suka. Order naik sehingga 500 keping kek, Tapi saya masih seorang, kapasiti saya masih setakat 100 keping kek. Sebulan saya cuma dapat menjual 100 keping kek walaupun yang berminat untuk membeli ada 500 orang.

Katakan saya outsource kepada bakers lain. Saya dapat berkongsi rezeki. Saya dapat penuhi permintaan lebih pelanggan yang dapat menikmati kek kami. Saya juga dapat meningkatkan keuntungan dan taraf hidup kami.

Masih banyak lagi yang saya ingin kongsikan pengalaman dan pengajaran yang saya study selama saya membuat perniagaan online. Jika anda berminat nak tahu lebih lagi, beritahu di komen, dan sila kongsikan pengalaman anda sekali. Terima kasih.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *