Aku seorang pekerja disalah sebuah syarikat swasta. Lagi sebulan, genap dua tahun aku kerja sini. Sebelum ni aku kerja di syarikat lain, tujuan aku pindah sebab lebih dekat dengan rumah dan ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Di syarikat sebelum ni aku kerja selama setahun.
Aku ada masalah dengan rakan sekerja aku yang sorang ni Hana. Aku tak faham kenapa dia benci sangat dengan aku. Kadang2 aku tak buat salah apa2 tiba2 je dia buat muka.
Aku bukan ape, dekat ofis tu cuma ada tiga orang je. Sorang lagi Hani (bukan nama sebenar). Diaorang rapat dan aku selalu tersisih.
Biasanya kalau ada masalah dengan kerja, aku akan fikir sendiri dan kalau aku betul2 tak tau aku akan straight tanya bos. Selalu kena marah dengan bos sebab asyik tanya dia, tak nak tanya co-worker lain.
Bila bos marah dia akan suruh aku tanya diorang, tapi bila aku tanya nak tak nak je jawab. Bila ade bos je diaorang jawab betul2, tapi bila tak ade bos, diaorang langsung tak endahkan aku, diam je. Bos takkan faham masalah aku.
Tapi diorang dua orang tu kalau ada masalah diorang akan bincang antara satu sama lain, sampai kerja selesai.
Even kalau kerja tak boleh selesai diaorang akan sama2 tanya bos dan bincang sama2. Kalau sorang tak faham, sorang lagi akan terangkan balik. That’s why kerja diaorang lebih cepat sebab buat sama2.
Ye, dalam ofis tu, aku sorang je tak berduit. Diorang selalu borak pasal melancong, tempat makan sedap2 dan phone keluaran terbaru.
Aku pulak memang tak berduit so bab2 yang diaorang cerita memang aku tak tahu. Bila lunch sekarang aku akan lunch sorang2 bawak bekal. Diaorang lunch berdua biasanya di restoran fast food/ western/ korea.
Dulu awal2 selalu aku join sebab cuba nak ambik hati diaorang tapi jujur aku dah tak mampu dari segi kewangan. Lagipun macam mane aku ambik hati pun, aku tetap tak disukai.
Lebih baik aku pilih jalan aku sendiri. Bukan aku yang menyombong tapi aku memang tak dijemput. Dan bukan aku kuat drama, tapi siapa tahan bila asyik diajak beli itu ini dan bila cakap tak dapat beli mula buat muka dan selalu ditinggalkan dibelakang.
Pernah isteri bos aku ajak kami makan lunch sama2. Masa makan diorang borak pasal diet, aku saje2 borak jugak tak nak la diam je, aku cakap la dulu aku penah diet masa dekat uni dan tiba2 Hana yang benci sangat dengan aku mencelah bila aku bercakap.
Aku ingat kata2 dia, “ko senang nak kurus sebab kedekut nak makan, tu bukan kurus sihat, orang nak ade shape sikit, tak nak aku macam dwarf, orang kalau kurus nak tinggi, tak nak la pendek”.
Selama aku hidup, aku banyak kali diejek pendek dan gemuk terutama masa sekolah (memang dulu aku gemuk). Tapi aku dah lali. Sebab aku anggap benda tu lumrah. Tapi aku boleh beza orang bergurau dengan orang nak hina. Bagi aku dia bukan nak bergurau tapi lebih kepada dia rasa bahagia dapat rendahkan orang macam tu.
Aku terkejut dengan kata2 tu. Diaorang berdua gelak2 aku pun gelak tapi sebenarnye dalam hati menangis. Dia buat ayat macam nak bergurau, tapi aku tau dia memang nak hina aku dalam keadaan yang kononnya bergurau.
Isteri bos aku plak muka berubah pandang aku, senyum dan cepat2 tukar topik. Mungkin dia faham maksud sebenar hana tu bukanlah satu gurauan. Sepanjang lunch tu aku cuma dengar, senyum, ketawa je bila orang cakap. Tapi dalam hati aku tahan nangis. Aku tak tau kenapa tapi aku seolah2 macam tak mampu nak bertahan lagi.
Dalam ofis tu aku sorang berbadan kecil. Hana dan hani kedua2nya berbadan besar (obesiti). Aku tak pernah hina badan orang. Sebab aku pun pernah gemuk. Start berat aku turun mendadak masa lepas spm aku penat kerja macam2. Tambah turun bila dekat uni sebab aku keje part time. Tido/makan semua kurang.
Tu baru bab tu, banyak lagi. Kejadian semalam, minggu lepas bos suruh dia sampaikan pesan dekat aku satu kerja ni. Tapi dia tak sampaikan pun dekat aku. Tiba2 bos tanya aku pasal kerja tu, aku terpinga2 la. Aku cakap aku tak tau. Lepastu si Hana tu cakap dengan bos yang dia dah bagitau aku.
Nasib baik la mood bos tengah baik masa tu. Bos just suruh aku buat je. Tapi lepas bos keluar dari ofis, aku memang geram. Aku tanya dia, kenapa tak bagitau aku? Dia diam, buat muka lepastu jeling je.
Aku sebagai manusia biasa yang ada tahap sabar. Aku maki dia. Aku tak sengaja, mungkin dah lama tahan sabar. Si hana tu nampak muka cuak tapi dia cover. Mungkin dia tak terfikir yang aku boleh buat macam tu.
Sorry, bab lain mungkin aku boleh maafkan tapi bab kerja, tolongla professional. Aku pegi kerja sebab nak kerja. Aku boleh hilang kerja sebab kau. Si Hani pulak cakap aku jahat sebab marah member dia macam tu. Hmmm.
Hari2 aku rasa nak berhenti kerja tapi bila difikirkan balik, aku ada kereta nak kena bayar, hutang belajar dan macam2 lagi.
Aku bukan nak merungut tapi aku cuma nak luah, benda ni aku dah simpan lama, aku tak penah cerita dekat sesiapa. Aku tau aku sepatutnya lebih matang dalam hal2 macam ni. Selama ni aku cuba ignore perasaan ni. Tapi aku manusia biasa ignore pun lama2 nak menangis jugak. Dan aku cuma nak semua ambik pengajaran. Orang yang diam tu tak semestinya akan berdiam selama2nya.
Aku cuma gunakan confession ni untuk keluarkan benda sakit yang tersimpan je. Aku takde sesiapa nak luah. Sebelum ni ade masalah aku luah dekat tunang aku. Tapi dah hampir setahun lebih dia meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.
Maaf kalau ade pembaca yang annoying. Ya, aku sedar aku sentiasa ada Allah, hari2 aku doa, Dialah yang maha mendengar segala luahan aku.
Sebelum aku tulis confession ni aku buat permohonan kerja semula ditempat kerja lama. Tak pasti sama ada diterima semula atau tak.
Tapi aku masih baik dengan bos lama aku. Doakan aku ya pembaca. Terima kasih baca luahan aku. Aku doakan semoga doa yang kalian hadiahkan untuk hamba Allah yang lemah ni (aku), 1000 kebaikannya akan berbalik semula pada kalian semua.
Terima kasih.
– Qin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit