Assalamualaikum. Saya surirumah dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Straight forward pada cerita saya. Typical cerita antara mertua dengan menantu, ibu mertua saya seorang control freak.
Saya dah berkahwin hampir 5 tahun. 3 tahun pertama perkahwinan saya tinggal bersama mertua. Faktor ekonomi yang kurang stabil, status saya yang masih belajar (postgraduate student) dan jarak tempat kerja dengan rumah mertua yang sangat dekat membuatkan suami memilih untuk tinggal bersama ibubapanya.
Jujur saya katakan, sedari awal saya mengenali ibu mertua saya, saya dapat rasakan dia memang seorang yang ‘hard to please’ dan agak mengongkong sebenarnya. Keputusan suami untuk tinggal bersama ibubapanya pada awal perkahwinan kami pun sebenarnya banyak terdorong dari kata kata mak dia. Membazir kata dia nak menyewa rumah, macam benci dengan mertua pulak nak duduk jauh jauh.
Yelah, ku turutkan. Saya tak membantah sebab rumah tu pun memang takde siapa. Dalam fikiran saya bolehlah saya lebih mengenali mertua dan membantu beliau dalam urusan rumah. Lagipun kami masih pjj, saya banyak habiskan masa di kampus. Dari gerak geri, boleh saya katakan mak mertua saya memang ‘tak suka’ semua menantu dia. Dia suka menjeling, body language yang sangat jelas bagi saya. Haha. Baik lelaki atau perempuan. Ada saja yang tak kena di mata dia.
Apa yang saya perasan, sebenarnya dia tak suka bila orang membantah kata dia dan tak mengikut cara dia. Memandangkan saya yang tinggal sebumbung, maka memang selalu lah saya kena hadap sesi luahan perasaan pasal menantu2 hantu dia tu. Mak mertua saya ni ada anak favorite. Dengan si anak favorite ni lah dia selalu membawang hal2 anak menantu.
Saya selalu terdengar perbualan mereka. Kadang saya pun jadi bahan bawangan. Tapi saya tak kisah sangat, sebab dalam fikiran saya ‘Orang tua ni memang semua anak orang tak elok, anak dia je yang betul. Lantakkan’, walaupun hakikatnya anak dia lagi ‘sedih’.
Saya teruskan hidup tanpa masalah sampailah saya dah ada anak sendiri. Biasalah mak baru ni, memang over protective sikit bab anak ni. Saya mengaku saya sangat particular dan cerewet hal anak2 terutama dari segi kesihatan dan keselamatan anak anak. Tapi setiap ‘concern’ saya terhadap anak anak ni mesti akan dipandang sinis oleh mak mertua saya.
Saya ambil keputusan nak breastfeed anak saya pun dia cakap macam2, saya tak bagi anak saya makan jajan pun, saya kena kecam. Tapi being the typical me, saya cuma balas dengan senyuman. Malas nak berdrama swasta dengan mak mertua saya ni.
Bukan apa, dah ada sejarah dah dalam keluarga ni, bila menantu menegur bab penjagaan anak2, terus jatuh ranking si cucu ni dari favorite kepada least favor. So untuk mengelakkan anak2 saya pun jatuh ranking, saya cuba bermodus operandi seperti menarik rambut dalam tepung. So tak nampak sangatlah yang saya ni tak setuju dengan dia.
As what I have mentioned above, my MIL ni suka mengawal. Yes. Benda ni pun buat saya sakit jiwa jugak. Tahukah kalian IC anak2 dia, dia yang akan pegang sampai budak tu umur 18 tahun. Dengan alasan, nanti hilang. Begitu jugak dengan geran kereta, motor, buku akaun ASB dan buku bank.
Macamana saya tahu? Sebab lepas suami saya beli motor, depan mata saya mak dia mintak geran nak simpan. Allahu sistur. Migrain saya layan perangai dia. Surat surat anak2 yang sampai ke rumah pun, dengan selambanya dia bukak dan baca. Kalau ada surat suami saya pun, dia cepat2 simpan dan tak bagi pada saya untuk diserahkan pada suami. Kelakar jugak bila pikir tahap insecure makcik ni kadang, haha.
Status kewangan anak anak pun dia pantau walaupun dah berkahwin, beranak pinak. Dia adalah seorang yang sangat berjimat cermat. Kalau tak, takkanlah dia pernah suruh saya pakaikan anak2 saya lampin kain tu, sebab jarak anak saya agak rapat, so nak berjimatlah kononnya. Tak ke pelik tu, saya nak bagi susu badan sebab nak jimat dan bagi yang terbaik untuk anak dia bangkang, tapi diapers kena tukar dengan kain lampin untuk berjimat. Tak ada logika betullah.
Memasuki tahun ke 4, kami ada rezeki untuk berhijrah memulakan hidup sendiri. Ku pikir, sampai situ jelah kisah campur tangan ibu mertuaku ni. Rupanya, dalam diam dia dah carikkan rumah untuk kami sewa, siap dah buat deal bagai dengan tuan rumah tanpa pengetahuan kami suami isteri. Ya, suami saya anak dia sendiri pun tidak tahu menahu.
Oh ya tidak dilupa dia dah buat house visit sekali ya. Tepuk dahi lagi saya kali ni. Kami berpindah jugaklah ke rumah pilihan ibu mertuaku. Alhamdulillah, mudah urusan kami berpindah. Sekarang dah setahun lebih kami hidup sendiri, dan kehadiran sosok ‘control freak’ itu masih ada dalam hidup kami. Cuma tak sekencang dulu. Dah terkawal. Macam macam ragam manusia ni ye.
Banyak lagi kisah control freak mak mertua saya, tapi kang kalau cerita semua 4 page confession pun tak habis. So biarlah saya sorang je yang simpan semua ‘kenangan terindah’ tu. Kenapa saya cakap ‘kenangan terindah’? Sebab mak saya pernah pesan, orang tua ni memang banyak ragam, layankan jelah selagi tak memudaratkan hidup kita, berapa lama sangatlah lagi dia hidup pun, entah esok lusa. Nanti dia dah ‘pergi’ barulah teringat ingat perangai pelik dia.
Pada yang bakal mengecam, saya nak cakap 1 je, susah tau layan perangai orang tua ni. Susah sangat. Dahlah semua benda dia nak conquer, semua pendapat dia je yang betul, pastu kuasa airmata dia tu lah taktik paling ‘kotor’ dia boleh guna. Kita tak buat apa pun, dia buat drama airmata je, habissss. Memang ternampak derhaka lah kau selamanya. Tell me how am I supposed to deal with it. Saya pun nak jaga keharmonian rumahtangga saya, I am so sure my husband would be unhappy kalau saya bermasam muka dengan ibu dia.
It’s not that my husband tu terlalu dengar cakap mak dia, anak mak ke apa cuma yelah benda berkaitan dengan mak ni, siapa tak sensitif. Tak payah tipulah, walaupun korang tau mak korang salah, tapi kalau ada orang dingin dengan mak korang, mesti korang pun sentap jugak kan. That is marriage by the way. Benda macamni lah yang mematangkan kita dan mendidik kita untuk jadi lebih sabar.
Mestilah saya ada berbincang perihal MIL saya dengan suami, suami pun faham situasi saya. Dia pun ada membantah kalau ada benda yang mak dia buat tak kena di mata dia, tapi faham jelah. Disebalik setiap keputusan suami, mesti ada bayang si isteri. Walaupun yang bersuara itu suami, yakni anak dia sendiri, tapi dia tetap akan salahkan anak orang lain ni.
Saya pun takdelah bagus sangat, tapi sedikit nasihat saya pada yang berdepan situasi serupa, hidup ni janganlah semua benda nak disimpan dalam hati. Jangan lah serius sangat dalam melayari kehidupan ni. Kita memang akan jumpa macam2 jenis orang dan berhadapan macam macam masalah. Tapi ingat Allah tak hantar semua ni dengan percuma, mesti ada ganjarannya.
Cubalah sehabis baik untuk menepis mahupun menyambut setiap satu masalah itu. Berhenti menyalahkan orang lain dan selalu selalulah happykan diri sendiri. Jujur saya cakap, my humble and unpopular opinion, tak berbaloi untuk digadaikan rumahtangga kita hanya kerana sikap mertua dan ipar duai.
Carilah penyelesaian yang terbaik untuk kita dan anak anak. Mereka hanyalah orang luar yang sepatutnya tidak berkuasa menentukan kebahagiaan atau kepincangan rumahtangga kita. Kuatkanlah dan satukanlah hati kita suami isteri dalam berhadapan dengan masalah ‘orang ketiga’ ini. Semoga rumahtangga kita sama2 bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
– Mama Bear (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit