Allah Dengar, Aku Yang Perlu Percayakan Dia

Salam, admin & readers of IIUM Confessions. Aku Asma. Aku yang dulu hantar confession “Maaf Saya Tak Beri Hadiah” (https://iiumc.com/maaf-saya-tak-beri-hadiah/), cerita pasal cikgu aku masa tahun 1, Puan Abaya.

Ni confession kedua aku. Takde kena mengena dengan Puan Abaya, tapi sekadar refleksi diri dan perkongsian yang aku harap, bermanfaat kepada pembaca sekalian. Asalnya, aku nak letak confession ni kat wall FB je. Tapi makin panjang aku type, makin terasa mcm segan pulak nak share atas wall sendiri.

Nampak macam tunjuk bagus plak kan? Padahal tu bukan niat aku. Niat aku lebih kepada nak meluah dan berkongsi pengalaman yang mendidik jiwa aku. Kalau sorang pun dapat amalkan apa yang aku share ni, alhamdulillah, matlamat aku tercapai dan semoga Allah beri aku ganjaran. Tu yang aku nak benarnya. Ok, I’ll jump right into it.

Kadang2 aku malu sendiri dgn Allah sebab tak sabar menunggu Allah makbulkan doa aku.

Aku banyak tanggungan dan tanggung-jawab. Banyak sampai aku sendiri jatuh sakit dek bebanan fizikal dan mental. Banyak sampai kadang2 rasa tak tertanggung. Aku seorang surirumah yang ramai anak. Penat lelah aku sampai kadang2 terdetik fikiran2 yang negatif dalam kepala contohnya… kenapa la aku tak mati sebelum baligh lagi.

Tapi syukur, segala puji bagi Allah, aku masih waras, masih ada iman walaupun seciput. Aku pegang kuat2 iman yang seciput tu. Santapan rohani aku adalah tazkirah2 pendek yang lalu-lalang dekat newsfeed. Melalui tazkirah tu lah aku pelan2 cuba amalkan…

1. Baca surah al-Insyirah 7x lepas solat. Sepatutnya setiap kali lepas solat fardhu tapi aku yang lemah ni tak mampu nak istiqamah. Aku cuba. Aku tau, pada Allah yang Maha Pemurah, effort counts too. Ada satu ketika aku istiqamah baca setiap kali lepas solat fardhu tanpa miss, tapi makin lama makin aku tinggalkan sebab aku mula rasa macam tak nampak pun hikmah amalan ni. Astaghfirullah, semoga Allah ampunkan aku yang gelojoh ni.

2. Aku banyakkan istighfar dan zikrullah. Cara aku senang je. Setiap pagi sepanjang perjalanan pergi hantar anak ke sekolah, aku istighfar je non-stop. Dalam perjalanan balik pulak, aku zikir pulak apa2 yang aku nak. Kadang2 baca zikir Nabi Yunus. Kadang2 baca surah al-Ikhlas. Apa2 je lah. Janji tu je aku ulang2 sepanjang jalan. Macam senang kan? Tapi tu pun selalu lupa sbb start2 enjin je radio dah berbunyi lagu best, nak nyanyi la pulak dulu, hehe. Ada masa semangat aku kental sikit, aku off radio supaya aku boleh zikir. Alhamdulillah.

3. Setiap pagi jugak aku cuba amalkan apa yang Mufti Menk ajar. Baca ayat Kursi 3x, al-Ikhlas 3x, al-Falaq 3x, An-Nas 3x. Kemudian sambung plak ayat penggerak (bismillahilladzi laa yadhurru ma’as mihi syai un fil ardh. Wa laa fissamaa’i wahuwassami’ul’alim) 3x dan terakhir doa perlindungan dari kejahatan makhluk (a’udhubi kalimaatillaahi tammaati min syarrimaa khalaq) 3x. Yang ni pun aku selalu lupa (kadang2 simply malas) tapi bila ingat, aku baca kuat2 dlm kereta supaya anak2 aku pun dengar sama.

4. Baru2 ni aku nekad istiqamah baca al-Quran setiap hari walaupun sekadar 1 ‘ain. Apa yang membuatkan aku nak cultivate habit ni? Satu, aku dengar tazkirah Ustazah Asma Harun. Dia kata sekadar tengok mushaf al-Quran tu je pun dah dapat pahala, apalagi bila dibaca. Dah la setiap huruf dapat 10 point pahala.

Ustaz NAK pulak kata, lagi sukar kita nak baca Quran, lagi besar pahala sebab macam yang aku cakap mula2 tadi. EFFORT. USAHA. Itu yang Allah tengok. So aku paksa diri… mengantuk pun aku bukak gak baca 1 ‘ain. Kadang2 dilema gak, series netflix yang aku tengah follow tu tak abis tengok lagi but NO. Bukak Quran! Iqra’!

Satu lagi, sebab aku pernah dengar ceramah ustaz cakap kebanyakan kita akan mati dalam keadaan sedang buat apa yang kita paling banyak buat masa hidup. Kalau kaki arak, mati dalam keadaan mabuk. Kalau kaki dangdut, boleh jadi mati masa tengah gelek joli2. Kalau suka solat, suka baca Quran? Moga2 mati pun dalam keadaan yang mulia. Itu lah matlamat aku, semoga Allah beri aku husnul khatimah.

Fyi, aku ni overthinker. Banyak sangat benda yang aku fikir dan risaukan. Aku risaukan hal persekolahan dan masa depan anak2, mak yang tua dan uzur yang aku jaga, suami yang byk commitment kerja sampai aku risaukan kesihatan dia, dan yang paling aku risaukan ialah kemampuan aku nak galas tugas berat sbg isteri, ibu, anak.

Even now pun aku dah burned out. Exhausted. Pancit. Mana dengan aku sendiri pun melayan sejenis penyakit mental, GAD. Stress aku bukan sikit2, beb! Stress aku sampai dimenifestasikan secara fizikal… sakit itu-ini, sana-sini. Serabutnya minda aku, Allah je yang tahu.

5. Jadi yang ke-5 aku amalkan ialah doa. Macam2 aku doa sampaikan satu tahap aku rasa mcm takde perubahan pun hidup aku. Makin sempit ada lah. What did I do wrong?? Then aku ubah approach dan mentality aku. Aku lupa, Allah is the best planner. Aku mintak macam2 dari Dia tapi semua ikut aturan aku. Macam aku yang plan, tapi aku suruh Allah execute. Tak ke besar kepala tu? Ya Allah, aku nak itu, aku nak ini, give me this, give me that. What, where, when. Akhirnya, aku tersedar sendiri. Astaghfirullahal’adzim.

Aku mula doa minta Allah tolong uruskan hidup aku sebaik2nya. Uruskan family aku sebaik2nya. Basically, just take care of us and give us the best in this life and in the hereafter. You are the All Knowing. The One with infinite wisdom. Aku apa tau? Zero.

Dan akhirnya… hari ini aku finally nampak the silver lining in the clouds.

Ada satu masalah yang paling membelenggu aku. Masalah ni berat pada aku sebab ada beberapa masalah lain yang berkaitan. Hari ni Allah Maha Pemurah tunjukkan potensi jalan keluar. Allah bukakan mata aku. Tunjukkan dekat aku… ni ha! Cuma terserah kepada aku to take action and do the necessary. Baru lah betul, Allah rancangkan untuk aku, tapi dia serahkan pada aku untuk execute perancangan tersebut. Of course, aku masih berserah pada Allah untuk guide segala tindak-tanduk aku agar tak silap langkah.

MasyaAllah… bersyukur sangat aku serahkan pada Allah untuk tunjukkan jalan keluar yang terbaik. Sebab kalau ikut aku, jalan yang Allah tunjuk tu was not even an option! Walaupun hari2 option tu lalu depan mata aku! Subhanallah. Dan yang paling best, satu solusi yang Allah tunjuk ni merupakan penyelesaian kepada beberapa masalah lain. An all-in-one solution!

Sumpah aku terasa sangat terharu dan sebak. Allah dengar doa aku, rintihan aku, faham kesusahan aku… Allahu akbar. Segala puji bagi Mu, ya Allah…

Aku menulis ni dalam kesyukuran dan keterujaan yang amat, jadi maafkan aku jika penulisan tak tentu hujung pangkal. Kejadian pagi tadi. Aku masih in disbelief. In awe. It’s like aku terasa sangat kebesaran Allah, macam a breeze of fresh air brushing my face. Rasa ringan sikit dada aku.

Aku rasa malu bila mengenangkan balik betapa mudahnya aku mengalah dan ambil ringan amalan membaca surah al-Insyirah 7x selepas solat yang aku mention awal2 tadi. Sedangkan Allah dah janji dalam surah tersebut bahawa tiap2 kesukaran disertai kemudahan. With every hardship, there is ease.

Sekarang aku betul2 yakin dengan amalan2 yang aku sebutkan di atas. Cuma aku nak ingatkan korang, buatlah amalan2 tu semua KERANA ALLAH.

Only because of Allah.

Only because you want to please Him.

Kebanyakan kita buat sebab nak murah rezeki, nak cepat kaya dan lain-lain tapi kita lupa siapa yang beri rezeki dan kekayaan? Niatkan je kerana Allah kerana itulah sebenarnya tujuan amal ibadah kita. Apa2 hikmah dan ganjaran dari amalan tu biar Allah yang uruskan. Kau tak payah lah pasang angan2 kaya ke apa. Biar Allah surprisekan kau dengan rezeki yang tak disangka2. Macam kes aku sekarang hehe. Yakin. Itu lebih manis.

Sekian dari aku, insan lemah, hina dan kerdil (dan masih menyimpan anganan untuk bermimpi bertemu baginda Rasul walaupun aku tau aku langsung tak layak). Mohon doakan aku, korang. Doakan juga aku sembuh dari penyakit GAD (Generalized Anxiety Disorder) ni.

– Asma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *