Tips Untuk Kekal Sihat

Assalammualaikum semua.

Saya nak berkongsi rutin saya yang dicedok dari pelbagai sumber untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Tips ni random je. Saje nak kongsi. Sharing is caring.

1. Apple cider vinegar.

Saya ada menonton satu rancangan di Astro yang menyarankan untuk kita mulakan hari kita dengan segelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu apple cider vinegar. Memang bau dan rasa dia tak berapa menyenangkan tapi alhamdulillah, memang ada kesan positif bila saya buat pemeriksaan kandungan gula dan kolestrol dalam darah.

2. Air suam.

Kalau tak boleh nak tolerate dengan apple cider vinegar, mulakan hari dengan segelas air suam. Nescaya lepas tu terus ke tandas membuang toksin-toksin semalam.

3. Minum air hanya selepas selesai makan.

Ini saya pasti semua sedia maklum yang tak elok kita makan bersulam air. Saya akan minum air sekurang-kurangnya 15 minit selepas makan.

4. Senaman harian.

Banyak aplikasi dalam Google play tentang senaman harian yang boleh diamalkan secara harian.Plank ke, sit up ke, leg raise ke, squat ke. Buat sikit-sikit tapi istiqomah.

5. Senaman mingguan.

Saya gemar berjogging. Memandangkan saya tak sempat berjogging pada hari-hari biasa, saya akan jogging pada waktu cuti seawal jam 7 pagi. Masa yang saya peruntukan adalah lebih kurang 45 minit. Selepas itu, akan mula bersilat di rumah untuk urusan keluarga.

6. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan stamina.

Pejabat saya menjadikan Jumaat petang sebagai waktu untuk beriadah. Selain itu, saya juga suka mengambil bahagian dalam acara larian seperti fun run. Bukan nak menang pun. Saja sebagai motivasi untuk terus fit di samping dapat kumpul medal yang cantik-cantik.

7. Pernafasan untuk senaman yang melibatkan cardiac.

Saya dapat tips ni dari seorang rakan. Katanya, apabila kita melakukan senaman cardiac macam hiking, running; pastikan kita sentiasa bernafas melalui hidung. Saya sangat setuju dengan tips ini. Dulu-dulu, saya selalu bernafas menggunakan mulut. Ini akan menyebabkan kita cepat dahaga dan penat sebab tekak kering. Cuba tips bernafas guna hidung ni. Memang sangat berkesan.

Ini je tips yang ingin saya kongsikan dan insya Allah, mampu untuk dilaksanakan. Banyak lagi cara di luar sana untuk kita kekal sihat, terutamanya jaga pemakanan. Part ni saya tak berapa disiplin sangat so saya tak masukkan part pemakanan sebagai tips saya. Hehe.

Kawan-kawan bebas memilih cara mana pun selagi objektifnya untuk kekal sihat.

Semoga bermanfaat!

– Nad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *