Serba Salah

Assalamualaikum pembaca sekalian. Serba ringkas mengenai aku, nama aku Zul, umur 23, tahun akhir di sebuah IPTA. Alhamdulillah, aku akan habis belajar lagi 6 bulan dan sangat syukur akan dapat graduasi nanti.

Ya, tak nafi dalam tempoh 3 tahun belajar ni, banyak benda aku belajar, banyak masalah aku berjaya harungi. Aku tak ramai kawan baik sebab aku tak berapa suka dedahkan hal peribadi atau berkongsi masalah dengan orang lain.

Jadi, aku ringkaskan cerita, aku telah dilamar sebulan yang lepas untuk berkahwin dengan sepupu aku sendiri. Aku panggil dia “Min”. Aku dengan Min ibarat langit dan bumi, jauh bezanya. Min dah bekerjaya, umurnya dua tahun lebih tua daripada aku dan aku masih belajar. Family agak berada dan aku tak berada.

Kalau aku nikah nanti, duit simpanan aku cuma cukup untuk lepaskan mas kahwin sajalah dan adalah balance sikit. Sebelum aku cerita lebih lanjut ni, aku harap korang tak marah tapi aku cuma nak minta pandangan sama ada sesuai atau tak untuk aku terima lamaran ni.

Ayah Min kata, kalau aku setuju, majlisnya terus buat bulan depan. Iyya, ayah dia memang terburu-buru nak kahwin kat kami, tapi aku minta masa untuk fikirkan. Dia fikir kahwin gitu-gitu je ke, geram jugak aku.

Ayah Min melamar aku on behalf of anaknya tapi dalam tangan aku, cuma ada dalam 500+ ringgit. Nak kahwin apanya .. Tapi, ayah Min kata dia tak kisah, Min pun tak kisah pasal hantaran dan majlis yang grand-grand. Dia kata niatnya cuma nak bantu jaga aku, kesian aku hidup sendiri katanya. Jadi, apa yang aku cuma nak highlightkan ialah Min dan ayah dia terima aku atas dasar simpati dan kesian.

Ya, mak ayah aku dah tak ada, adik beradik yang lain pun dah tak ada. Jadi, aku banyak habiskan masa sendiri, kalau kat uni adalah kawan tapi bila balik kampung aku jadi lone-ranger.

Kadang-kadang, Min-ni jelah tempat aku nak bercerita kongsi masalah, nak gelak ketawa. Dan aku dah berhutang dengan Min hampir 300k untuk cost rawatan kanser aku. Banyak lagi benda lain dia dah tolong, duit belanja, tempat tinggal, moral support apatah lagi.

Ceritanya sekarang, kalau aku tolak pelawaan dia untuk kahwin aku akan rasa serba salah sebab aku sangat-sangat terhutang budi pada Min. Saudara-mara yang lain pun dah tahu pasal lamaran ni dan aku kesian kat Min kena caci maki, kata akan dapat anak cacatlah, keturunan tak jelaslah, anak haramlah… macam-macam lagi. Puncanya satu je, sebab kelahiran aku diragui. Ya, aku “love child”.

Jadi, aku tak nak seumur hidup nanti Min kena hina dengan kerabat sendiri hanya kerana aku puncanya. Aku nak kejian dan cacian sebagai anak “love child” ni biarlah aku seorang saja yang rasa. Tambah, aku pun tak sihat dan aku dah putus harapan nak teruskan hidup takut nanti bila kahwin, aku akan tinggalkan Min sendiri. Aku kesian .

Tambahan dengan aku pun masih belajar lagi, bab kewangan memanglah sangat tak stabil. Aku faham Min cuba nak meriahkan hidupkan aku, bagi rasa ada family tapi aku tak cukup syarat langsung nak jadi suami orang apatah lagi bila dah ada anak nanti.

Walaupun dia selalu kata dia tak kisah pasal harta tapi nanti bila dah berumah tangga siapa boleh jamin dia akan taat pada aku. Iyyalah, aku tak ada apa-apa untuk ditukarganti. Takut juga kalau suatu hari nanti dia gunakan kondisi aku ni sebagai asbab untuk dia berlaku nusyuz.

Nauzubillah.. Entahlah aku pun tak tahu.. ke cuma aku yang terlalu overthinking?

Aku belajar agama jadi adalah serba sikit tahu pasal tanggungjawab suami. Iyya, tanggungjawab suami memang berat, kena jaga makan minum tempat tinggal anak bini, tak masuk lagi bab dosa pahala. Sebab itulah aku kena overthinking kan… Hermm .

Jadi, aku nak minta pandangan pembaca sekalian. Salah kan kalau seseorang tu rasa dia tak mampu untuk berkahwin tapi dia tetap nak berkahwin. Kalau ikutkan hati memang seronok nak kahwin, teringin juga nak rasa ada family macam mana, rasa disayangi.. tapi… aku confius. Tolong aku.

– Zul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *