2 tahun yang lepas adalah merupakan detik hitam bagi insitut pengajian di Malaysia apabila negara digemparkan dengan kes buli sehingga mati arwah Zulfarhan.
Hanya kerana isu sebiji laptop, satu nyawa telah hilang gara-gara tindakan yang terlalu mengikut emosi tanpa mendahulukan akal.
Sungguh ibu bapa mana yang tidak sedih apabila “impian” mereka untuk melihat anak mereka berjaya telah dicuri oleh sekumpulan manusia yang mendahulukan emosi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Pada hari ini, 31 Julai 2019, mahkamah telah memutuskan 18 daripada 19 orang yang tertuduh untuk membela diri mereka dan perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 2 Oktober 2019.
Seorang daripada 19 suspek iaitu Akmal Akif Alias yang berumur 23 tahun telah dibebaskan. Sudah tentu air mata yang deras mengalir dari mata ibunya. Suspek yang bebas telah memasang azam untuk menyambung pengajian dan menamatkan pengajian dalam keadaan yang baik.
Berdasarkan kes ini, banyak iktibar yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai panduan hidup terutamanya kepada golongan remaja dan awal dewasa.
1) Hidup ini sentiasa ada peluang kedua. Jika kita mendapat peluang kedua, jangan sia-siakannya. Tidak semua orang bertuah untuk mendapat peluang kedua setelah hampir jath teruk di dalam hidup. Lihat sahaja reaksi ibu suspek yang dibebaskan, dirinya merasakan seolah-olah telah timbul satu cahaya yang terang di sebalik kegelapan yang begitu lama.
2) Jangan sia-siakan peluang di dalam hidup. Jika kita sedang belajar di universiti, jangan sia-siakan masa depan dengan aktiviti yang bodoh dan tidak berfaedah. Ingat, di sebalik pengajian kita di universiti masih terdapat harapan ibu bapa kita yang tidak pernah putus ingin melihat anak mereka berjaya.
3) Fikir kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu. Jangan hanya kerana perkara kecil, kita melakukan tindakan di luar batasan. Malahan mengalahkan tindakan binatang. Fikir kesan jangka panjang. Jika ingin bergaduh, fikir dahulu. Adakah pertumpaham darah dapat menyelesaikan persengketaan?
4) Terlajak perahu boleh di undur, terlajak buli sehingga membawa kepada kematian, mahkamah menanti. Kepada pelajar universiti, jangan rosakkan rekod bersih di dalam hidup anda. Percaya lah, sekali anda pernah dihadapkan ke balai atau mahkamah, maka peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan amat lah tipis. Nampak seperti perkara kecil, namun kesannya sehingga ke hari tua.
5) Jangan ikut emosi dalam membuat keputusan. Apabila kita mendahulukan emosi, percaya lah syaitan juga akan datang mengisi kekosongan di ruang hati kita. Ikut akal, hidup selamat. Ikut hati dan emosi, gelap masa depan.
6) Jangan hancurkan impian orang lain. Dalam kes ini, saya beranggapan kesemua tertuduh telah merampas “impian” ibu bapa arwah Zulfarhan. Kita tiada hak untuk merendahkan atau merampas hak atau impian orang di sekeliling kita secara sesuka hati sama ada dengan cara mencederakan tubuh badan ataupun mendera dari segi emosi.
7) Kadang-kadang, kebenaran itu perlu ditelan walaupun pahit. Mungkin kes ini telah mendatangkan kesan yang besar kepada ibu bapa arwah dan seluruh rakyat Malaysia. Namun kita dapat melihat bahawa masyarakat sudah membuka ruang mata mereka terhadap isu buli dan pihak yang berkenaan juga telah memainkan peranan yang penting bagi mengadili kes ini.
“Buli ini nampak seperti kes kecil, tetapi ianya begitu besar jika dipandang remeh.”
“Buli boleh mendatangkan kesan besar kepada mangsanya. Jika tersilap langkah, boleh membawa kepada kematian. Jika mangsa masih hidup, ianya boleh mendatangkan trauma kepada mangsa sepanjang hayat di dalam hidup mereka.”
“Semoga keadilan dapat ditegakkan dan semoga arwah Zulfarhan tenang di sana”.
#JusticeforZulfarhan
– Aidil Adha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit